Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

Hidangan tradisi air tangan ibu sering kali mencetuskan memori bersama ibu di dapur. Pasti akan menggamit memori sang anak.

Gulai Minang Nangka Perut, Kari Pisang Muda Daging Tetel dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi antara hidangan orang lama yang tetap mampu menambat selera kita semua. Zaman berubah, namun masakan tradisi tetap jadi pujaan hati.

Walau bagaimana pun, kadangkala masakan tradisi sebegini sukar didapati di kafe dan restoran. Jadi, apa kata sediakan juadah tradisi ini untuk dinikmati sekeluarga. Selamat mencuba!

GULAI MINANG NANGKA BERSAMA PERUT

Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

 BAHAN-BAHAN:

500 gram nangka muda –  potong dadu dan rebus

300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil

500 ml santan

3-4 helai daun limau purut

2 batang serai – titik

2 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

3 sudu makan minyak masak

 BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

2 cm lengkuas

IKLAN

3 cm kunyit hidup

6 biji cili padi

2 biji cili merah

4 biji buah keras

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan babat, kacau seketika, masukkan santan.
  4. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam gelugur.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Gulai nangka sedia dihidangkan.

Lagi resipi di sini:

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

Kacang Goreng Untuk Hidangan Raya, Baki Minyak Bawang Putih Buat Masak Sup Dan Nasi Goreng

Boleh ikuti instagram Mingguan Wanita:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING

Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

 BAHAN-BAHAN:

500 gram pisang berangan muda| buang kulit ari

IKLAN

250 gram daging – hiris nipis dan cuci bersih

200 ml santan pekat

300 ml air

2 keping asam gelugur

3 sudu makan rempah kari daging

2 sudu makan serbuk cili

Garam dan gula secukup rasa

3 sudu makan minyak masak – untuk menumis

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

IKLAN

½ inci halia

 CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
  3. Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
  4. Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
  5. Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugur.
  6. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api. Kari pisang sedia dihidangkan.

TERUNG PIPIT TUMIS TEMPOYAK CILI PADI

Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

 BAHAN-BAHAN:

200 gram terung pipit

50 gram ikan bilis – kisar kasar

1 labu bawang besar – hiris

3 sudu makan tempoyak

Sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak untuk menumis

 BAHAN KISAR:

20 biji cili padi

3 biji cili merah

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1cm kunyit hidup


  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak baru masukkan ikan bilis.
  3. Setelah garing, masukkan terung dan kacau rata.
  4. Setelah terung layu masukkan tempoyak yang dibancuh dengan secawan air.
  5. Terus kacau dan biar terus mereneh hingga terung empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah pekat dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Resipi: Rasa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI