Hidangan Ini Ringkas Dan Mudah, Tapi Mampu Buat Makan Bertambah!

Share

Hidangan ringkas pun sedap kalau cukup rasa dan kena olahannya. Bahkan kadangkala bila dah pening fikir nak masak apa, hidangan ringkas dan mudah disediakan pasti jadi pilihan.

Musim perayaan ini, tentu dah muak makan daging dan ayam kan. Kita cuba masak hidangan simple ni pula. Tetap sedap tau!

Tiga Hidangan Mudah Dan Ringkas

SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

1 tin sardin saiz besar

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

7 biji cili padi

1 batang serai

1 helai daun kunyit

250ml santan

3 biji ubi kentang

2 inci halia

1 inci kunyit hidup

2 keping asam gelugur

300ml air

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK HIDANGAN INI:

1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.

2.Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.

3.Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, tutup api dan angkat.

4.Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.

Info chef:  Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.

Lagi resipi di sini:

Resipi Rendang Telur. Sesekali Tukar Selera Untuk Dimakan Dengan Nasi Lemak, Sedap!

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

TELUR GORENG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:

5 biji telur

3 biji cili padi

1 labu bawang besar | hiris

2 ulas bawang putih | hiris

1 tangkai daun sup | racik

3 sudu makan kicap lemak manis

1 inci kulit kayu manis

1 sudu makan kicap masin

1 tangkai daun bawang | racik

1 sudu makan sos tiram

2 biji cili merah | hiris

50ml air

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK HIDANGAN INI:

  1. Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak masin bersama kicap masin dan sedikit sos tiram.
  3. Masukkan cili padi, hirisan cili merah dan daun bawang. Tuang sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.

IKAN TONGKOL TUMIS ASAM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tongkol | potong, gaul dengan garam dan kunyit

1 cawan air asam

½ batang timun

2 batang cili hijau | hiris

2 batang cili merah | hiris

2 biji bawang merah  | hiris

1 ulas bawang putih | hiris

1 sudu teh serbuk kunyit

1 labu bawang besar | hiris

1 helai daun kunyit | carik

1 inci halia | hiris

Garam secukup rasa

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK HIDANGAN INI:

1.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2.Tumis semua bahan yang telah dihiris kecuali timun.

4.Apabila sudah layu, masukkan air asam jawa dan daun kunyit. Masukkan juga hirisan timun. Kacau perlahan.

5.Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan biarkan di dalam 2 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Nurul Azwa