Hidangan Cina (Chinese food) disukai ramai masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum. Mungkin dipengaruhi oleh kehidupan kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Jadi tekak kita dapat terima masakan kaum lain juga.
Hidangan Asli Cina Ada Tarikan Tersendiri
Masakan kaum Cina terkenal dengan gaya masakan yang lebih menyihatkan berbanding kaum Melayu yang bersantan dan berlemak. Masakan asli Cina juga mengandungi banyak khasiat dengan penggunaan pelbagai herba yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan.
MW kongsikan tiga lagi masakan autentik kaum Cina yang tak kurang lazat bahkan berkhasiat tinggi. Selamat mencuba!
SAUTÉED ASPARAGUS WITH FRESH LILY BULB & SHIMEJI MUSHROOM
BAHAN-BAHAN:
300gram asparagus – kupas kulit dan potong
20gram Shimeji mushroom
20gram lily bulb segar – asingkan lapisan demi lapisan
3gram bawang putih – kupas dan biar sebiji sebiji
3gram garam
3gram serbuk pati ayam
3gram gula
Minyak masak
CARA-MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan.
- Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar.
- Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi.
- Tutup api dan angkat.
- Sedia dihidangkan.
HIDANGAN STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN:
300gram isi ikan kod – potong
1gram cili kering – potong kasar
20gram bawang besar – hiris kasar
20gram kacang Cashew panggang
15gram sos tiram
15gram kicap soya
15gram kicap soya pekat
10gram cuka hitam
10gram serbuk pati ayam
100gram tepung jagung
Sedikit gula
Sedikit air
Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
- Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
- Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
- Sedia dinikmati.
STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOY SAUCE
BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN INI:
100gram kerapu – siang dan cuci
30gram parsli Cina
10gram cili padi – hiris
10gram bawang putih cencang
10gram halia cencang
30gram hirisan halia
30gram daun bawang –ambil bahagian batang putih
10gram kicap soya
5gram kicap soya hitam
10gram serbuk perasa
10gram minyak bijan
Sedikit gula
Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
- Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
- Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
- Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cencang, bawang putih cencang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
- Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
https://www.mingguanwanita.my/mak-boleh-main-masak-masak-dengan-anak-cuba-resipi-berasaskan-telur-ini/