Kesian anak-anak masa musim PKP ni, mujur ada Astro hiburkan dengan macam-macam channel percuma. Kadang-kadang bila dah tepu, macam-macam hal boleh berlaku dengan anak-anak… Ada yang tak boleh dicuit langsung, mulalah menjerit…”ibu tengok abang ini,” lepastu si adik pun sama jugak tak nak kalah mengadu juga.
Buat ulang kaji sudah, bagi tengok kartun pun sudah, bagi main permainan pun sudah…makan, solat dan nap time pun sudah. Apa kata hiburkan anak-anak dengan memperkenalkan mereka dengan teknologi. Admin pun dah buat di rumah, anak-anak pun semangat nak main dengan haiwan virtual ni. Berikut adalah caranya.
____________________________________________________________________
2. Kemudian pergi ke ruangan carian (Google), taip haiwan yang kita kehendaki. Contoh kambing (goat).
3. Di halaman yang sama, skroll ke bawah sedikit dan anda pasti terjumpa “Meet a life-sized goat close up.” View in 3D seperti gambar ini.
3. Langkah seterusnya klik kekotak view in 3D itu, dan akan muncul seekor kambing di skrin telefon lengkap dengan bunyi kambing.
4. Seterusnya klik kekotak ‘View in you space’, ikut arahan seperti yang tertera di skrin telefon bimbit anda. Kemudian akan muncul kambing virtual di ruang tamu anda.
5. Kemudian suruh anda berinteraksi bersama kambing dan juga pilihan haiwan lain. Ambil gambar sebanyaknya ya.
Selain kambing, ini senarai haiwan lain yang boleh kita jumpa dalam bentuk 3D juga di google.
Selamat mencuba ya anak-anak sekalian. Mesti riuh rendah rumah jadinya bila masing-masing nak bergambar dengan macam-macam jenis haiwan.