HFMD Semakin Mengganas Di Ibu Kota, 4 Benda Ini Mak Ayah Wajib Buat Sebelum Terlambat!

Share

Bukan hanya parah di Pulau Pinang, rupanya wabak HFMD semakin menular ke negeri-negeri lain. Ini membuatkan mak ayah cukup risau nak bawa anak keluar rumah apabila tahu sudah ada kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Daro, Mukah Sarawak.

Sebagai langkah membendung penularan jangkitan itu, mak ayah dan penjaga anak kena sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah dan persekitarannya.

Lebih bagus, basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya.

Selebihnya jemput baca perkongsian seorang ibu, Puan Nur Hidayah Razali sebagai langkah berjaga-jaga jika ada tanda-tanda ini pada anak kecil.

HFMD Dah Makin Parah Di Kuala Lumpur

Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas di Ibu Negara Kuala Lumpur!

Di Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.

Itu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

+ Kurang selera makan
+ Demam
+ Ruam pada bahagian kaki dan tangan
+ Ulser yang banyak di dalam mulut

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!

1. Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak

2. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!

3. 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti

4. Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

Pesan wanita ini, dia meminta orang ramai kongsi info ini buat mak ayah di luar yang mungkin masih ramai tak tahu pasal HFMD.

Apa pun, mak ayah perlu dedahkan kepada anak-anak supaya lebih kerap membasuh tangan, termasuk menggunakan sabun dan cecair nyah kuman. Malah kalau anak-anak mempunyai tanda demam, tolonglah segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

Dan sekiranya betul anak sah kena HFMD, janganlah bawa mangsa yang sakit itu ke tempat awam, sekolah, tadika dan taska bagi mengelakkan kanak-kanak lain turut menerima jangkitan.

Jom sama-sama prihatin!

Published by
Nadia