Sebab mak-mak sibuk dengan kerja harian, sedar tak sedar anak ketagih gajet. Konon nak bagi kejap sebab tak nak anak ganggu kerja kita tetapu bila dah dapat bukan senang anak nak lepas.
Sudahnya anak sampai tantrum sebab belum puas tengok video melalui gajet. Ini yang bahaya!
Tetapi apa cara yang mak-mak praktik? Adakah dengan mencuba tip guna setting screen gambar hantu di phone? Kalau ya, mak ayah WAJIB betulkan sikap itu dan baca perkongsian saudara Muhammad Ahmad ini…
Saya paling tidak suka jika ada ibu bapa takutkan anak-anak dengan hantu. Banyak kali dah saya jumpa untuk hentikan anak ketagih gadget setting screen letak gambar hantu!. Salah tu tuan puan.
KITALAH PUNCANYA.
Nak anak diam bagi gadget, nak anak makan bagi gadget, nak elak anak ganggu kita buat kerja bagi gadget. Akhirnya anak bangun tidur pun cari gadget. Guling-guling jika tidak diberi gadget!
Jangan salahkan anak jika mereka KETAGIH gadget.Salahkan diri kita. Berapa lama kita layan bermain gadget bersama anak? Berapa kerap kita peluk cium anak? Berapa kali kita main kejar, lari-lari, guling-guling bersama anak?
Gadget itu tidak salah untuk kanak-kanak jika cara guna yang betul. Banyak manfaat jika digunakan dengan bijak.
Akhirnya kita guna cara yang salah untuk hentikan semua itu. cara membuatkan VISUAL dan AUDITORY LEARNERS menafsirkan HANTU itu sangat berkuasa, bahaya kepada fizikal mereka.
Mereka mula kurang keyakinan diri. Sampai satu tahap tidur dalam gelap pun mereka fobia sebab takut HANTU. Mereka rasakan HANTU sentiasa bersama mereka ketika bersendirian terutama diwaktu malam.
Saya cukup hairan. Dari zaman orang tua dahulu lagi. Untuk hentikan kita lakukan sesuatu perkara pasti takutkan dengan Hantu. Taknak bagi kita keluar rumah waktu malam pun ditakutkan dengan hantu. Asalkan malam jumaat ada hantu. Jalan sebelah KUBUR pun kita fikir hantu. Sepatutnya jalan sebelah kubur kita perlu diingatkan tentang kematian, tentang azab kubur, bukan tentang hantu pocong.
Sepatutnya anak-anak kecil perlu diberi PENDIDIKAN jiwa untuk KENAL, TAKUT DAN SAYANG HANYA KEPADA الله, bukan MENAKUTKAN mereka kepada hantu. Sangat berbeza apabila perasaan ‘TAKUT’ itu diterap hanya kepada الله. Mereka lebih berkeyakinan, mudah dengar cakap, akan jadi anak yang soleh solehah. Insyaallah.
Cukuplah takutkan anak dengan hantu, lipas, tinggi. Sebaliknya didiklah anak-anak gaya Visual, auditory, kinesthetic untuk meneroka apa yang ada disekeliling mereka.
Cerita kepada mereka kisah kehebatan sahabat r.hum, para Nabi a.s. Seperti mana Sayyidina Umar r.hu syaitan pun takut kepada beliau. Cerita kisah Nabi ibrahim a.s yang boleh memerintah para jin, dan banyak lagi kisah-kisah seumpama ini yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith.