Henti Tular Kisah Kubur Keluar Cecair Merah, Arwah Baik Orangnya, Harap Keluarga Bersabar!

Share

Henti tular kisah kubur keluar cecair merah kerana arwah yang meninggal kira-kira tiga minggu lalu baik orangnya dan diharap keluarga bersabar. Apa yang berlaku ni pasti ada hikmahnya.

“Kami harap siapa yang menular berkaitan kisah kubur berdarah atau menyebarkan berita tidak sahih itu supaya memadam atau menghentikan komen perkara belum tentu kesahihannya.

“Kami sudah membuat laporan polis malam tadi dan biarlah polis siasat semuanya, ” kata Imam Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar, Kedah, Abdul Hadi Awang.

Henti Tular Kisah Kubur Keluar Cecair Merah

Menurutnya, beliau dan jemaah masjid itu terkilan dengan penyebaran berita berkaitan ‘kubur berdarah’ itu disebar di Facebook (FB) yang boleh mengundang pelbagai andaian dan mengaibkan jenazah.

Katanya, dia juga berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Arwah ni orang yang baik-baik dan baru dikebumikan kira-kira tiga minggu lalu dan meninggal dunia ketika berusia 70-an akibat sakit tua.

“Sepanjang hayatnya, arwah banyak melakukan amal jariah dan kebajikan di masjid ini tapi apabila berita yang ditular tidak tepat, saya sedih dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al Irfan.

Baca Juga Di sini:

Ustaz Hanafiah Kongsi Kisah Penjaga Kubur Tentang Kebaikan Allahyarham ABAM

Lagi Mencabar Buat KERJA Pakai Sut Angkasawan, Daripada Gali Kubur Berjam

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Henti Tular Sebab Arwah Orang Yang Baik

Terdahulu, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di perkarangan tanah perkuburan itu untuk melakukan siasatan.

Selain itu, pihak Jabatan Hal Agama Islam Kedah (JHEIK) juga turut melawat kubur berkenaan.

Menurutnya, semalam ada satu kematian di kawasan perkuburan itu dan ketika itu jemaah masjid menyedari kubur itu mempunyai cecair merah pada jam 11 pagi.

Cukuplah, Henti Tular

Namun katanya, dia hanya menyedari kejadian itu ditularkan di laman sosial pada jam 5 petang. Selepas dimaklumkan jemaah masjid yang menerima video dari kiriman WhatsApp yang disebar di FB.

“Saya minta cukuplah, berhenti tular cerita ini. Cuba bayangkan yang meninggal itu bapa atau abang kita, mungkin kita pun sedih.

“Sekarang musim hujan, mungkin ada orang siram minyak bagi rumput mati kita tak tau, biarlah polis siasat, kami jemaah masjid serah pada polis,” katanya.

Laporan Polis Sudah Dibuat

Dalam pada itu, setiausaha masjid berkenaan, Yahya Saad berkata, beliau dan dua jemaah lagi membuat laporan polis jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Beliau berkata, laporan itu dibuat berkaitan video dan cerita yang ditular di laman sosial berkaitan ‘kubur berdarah’ itu supaya polis dapat menyiasat kes itu.

“Kami serah sepenuhnya pada polis dan berharap ia tidak lagi jadi isu,” katanya.

MW: Jika belum tahu kisah di sebalik apa yang berlaku jangan tularkan kisah yang tidak betul. Kasihan pada arwah dan keluarganya, apatah lagi arwah adalah orang yang baik.

Sumber: myMetro

Published by
Syazwani Mehat