Ramai orang suka makan nasi setiap hari. Namun ramai yang masih keliru dan salah faham fakta mengenai nasi. Ada yang menganggap dan mengaitkan nasi dengan pertambahan berat badan, kena elak bagi yang ada kencing manis dan terbaru dikaitan punca kadar kolestrol tinggi.
Sebenarnya, menurut penjelasan dietitian Fizah Sobri, semua jenis nasi atau beras tidak mempunyai kolestrol langsung. Bahkan ada perbezaan diantara kolesterol dan lemak yang perlu difahami, bagi menjaga kesihatan yang betul.
TOLONG BERHENTI FITNAH NASI
Berat naik, nasi disalahkan
Kencing manis naik, nasi dipulaukan
Kali ni kolesterol pulak nasi difitnah
SEMUA JENIS NASI/BERAS TIADA KOLESTEROL LANGSUNG
Meh saya terangkan Kolesterol vs lemak
Sama tapi tak serupa
Adik beradik ye…
Makanan ada kolesterol MESTI ADA lemak
Makanan ada lemak TAK SEMESTINYA ada kolesterol
Kolesterol
Jika terlalu tinggi dalam badan ini yang akan sumbatkan salur darah. Makin lama saluran darah makin sempit dan ini akan menyebabkan stroke. Kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk sumbatkan salur darah tau.
Lemak
Yang ni pula bukan dalam darah tapi banyak bawah kulit dan dikeliling organ.Pernah basuh ayam kan? Haaa yang putih putih bawah kulit ayam, keliling hati,jantung tu semua lemak la tu.Makin banyak lemak makin berat organ nak fungsi dengan baik, makin cepat penat. Ni boleh jadi sakit jantung.
Kolesterol
Hanya melalui ujian darah sahaja dan tidak boleh di scan dengan mesin.
Lemak
Boleh discan dengan mesin.Tu yang jangan mudah percaya dengan roadshow/booth yang kata boleh tau berapa banyak kolesterol anda dengan scan badan sahaja.
Tipu na..Nak tahu lemak ye bukan kolesterol.
Kolesterol
Hanya datang dari SUMBER HAIWAN SAHAJA (maka santan, minyak, margarin tiada kolesterol)
Lemak
Sumber dari kedua dua SUMBER HAIWAN DAN TUMBUHAN (maka santan,minyak, nasi dan lain lain ada lemak tapi tiada kolesterol)
Walaupun tiada kolesterol tetapi pengambilan LEMAK TEPU dan LEMAK TRANS yang ada dalam makanan bersantan, berminyak, yang digoreng berulang kali AKAN MENERUKKAN keadaan yang tinggi kolesterol tadi.
Santan ada kolesterol?
Tidak tapi TINGGI LEMAK TEPU
Kentang goreng ada kolesterol?
Tidak tapi TINGGI LEMAK TRANS
Susu ada kolesterol?
Ada sebab punca dari haiwan, tapi ada rendah lemak
Burger ada kolesterol?
Ada. Kolesterol ada lemak pun ada.
Bila doktor amik darah bacaan yang dipanggil lipid profile akan tunjuk kadar kolesterol dan lemak anda.
❎ Total kolesterol (perlu bawah 5.2)
– gabungan LDL dan HDL
❎ LDL kolesterol (bawah 3.36)
– ini jenis kolesterol jahat yang menyumbatkan salur darah dan meningkat risiko sakit jantung. Banyak dari diet.
✅ HDL kolesterol (atas 1.55)
– jenis kolesterol baik yang membawa kolesterol LDL jahat keluar dari badan. Boleh ditingkatkan melalui exercise.
❎ Triglyceride (bawah 1.69)
– jumlah lemak yang ada dalam dalam badan. Banyak datang dari pengambilan karbohidrat serta lemak yang berlebihan.
**Maka walaupun banyak makanan karbohidrat datang dari punca tumbuhan dan tidak mengandungi kolesterol tetapi kuantiti yang berlebihan akan bertukar jadi lemak dalam badan dan naikkan bacaan ini.
*** nak tahu elok ke tak boleh buat TG to HDL ratio. Contoh bacaan TG 3.0 bahagi dengan HDL 1.55 dapat 1.94 (kita nak bawah 1.33)
Harap harap penjelasan saya ni akan hentikan fitnah terhadap nasi.
Lepasni pandai dah anda nilai sumber mana yang ada kolesterol, sumber mana yang ada lemak.So tolong tolong la jangan cakap nasi ada kolesterol.
Nasi dari SUMBER TUMBUHAN, tiada kolesterol.Kalori dan karbohidrat dalam 1 senduk nasi sama geng dengan;
? sekeping roti putih/gandum
? 1 senduk meehoon/kuehtow
? 3 keping biskut tawar
? 1/3 keping roti capathi/thosei/roti canai
Kalau anda nak elak nasi..elak semua ni sekali..baru betul..nak ke??
Maka jangan elak nasi. Makan ikut #pinggansihatmalaysia #sukusukuseparuh
Cukupla zat, kurang dah lemak dan puas makan.
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
MW: Semoga perkongsian ini jelas dan bermanfaat. Jangan takut makan nasi, makanlah dengan kadar sederhana. Jaga pemakanan dan paling penting tahu bezakan sumber makanan yang ada kolestrol mahupun lemak agar kesihatan diri dapat dijaga dengan lebih baik.
Sumber:Dietitian Fizah Sobri