
Sayunya hati melihat keadaan anak kecil ini yang bernama Syifa. Ketika kita bergembira meraikan kedatangan Syawal ada keluarga sedang diuji dengan hebat.
Ini yang dikongsikan oleh selebriti, Nur Heliza Helmi dalam instagram miliknya. Beliau memaklumkan betapa sayu hatinya melihat keadaan adik syifa.
“Menurut bapa Syifa, apa yang sangat diperlukan oleh anaknya itu adalah kepakaran dari pihak doktor untuk merawat anaknya Syifa.”
“Dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi membantu.”

Doakan Ada Keajaiban Untuk Syifa
Sungguh ini ujian yang sangat hebat. Rayu Heliza marilah sama-sama mendoakan untuk kesembuhan Syifa. Agar dapat sembuh seperti sediakala.
“Manalah tahu ada keajaiban dan ada doktor pakar boleh merawat Syifa dengan asbab dan izin Allah. Amin..”
MW : Semoga ada doktor pakar yang sudi merawat adik Syifa ini. Amin..
Kredit : Nur Heliza Helmi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaki Bayi Berusia 4 Hari Terpaksa Dipotong! Gara-Gara Kecuaian Jururawat Disebabkan Perkara Ini

Isi Kandungan
ToggleDilahirkan serba sempurna fizikal namun nasib malang menimpa seorang bayi yang baru berusia empat hari apabila terpaksa menjadi kudung setelah kakinya terpaksa dipotong akibat kecuaian jururawat.
Kejadian yang berlaku di China, sekumpulan doktor bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Kaki Melecur Teruk
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi. Kecuaian yang dilakukan apabila jururawat tersebut menyangka alat pengering tersebut telah ditutup sebelum meninggalkan bilik tersebut.
Kulit Merekah & Berdarah
Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.
“Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan,” katanya.
Nenek kepada bayi malang tersebut pula berkata;

“Bayi ini telah menjadi cacat hanya dalam masa 4 hari selepas kelahirannya. Bagaimanakah dia akan menghadapi masa depan?”
Allahu, meskipun ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan, minta dijauhkan kecuaian ini daripada berlaku buat kita. Semoga, para petugas dibidang perubatan lebih berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas, kerana ia melibatkan nyawa.
Sumber: Sinar Harian & The Sun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik, Rezeki Luas” Doa Warganet, Terharu Sikap Pemurah Datuk Rizalman

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi status bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Malah duit saluran yang didermakan juga merupakan duit Zakat beliau pada tahun ini.
Seperti mana dipetik menerusi Instagram @rizalman71 beliau menulis;
“sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan, bole DM saya berkali2 (sekiranya saya mampu melihat dm tersebut) …untuk menyambung kelangsungan untuk membeli makanan di saat getir ini…duit ini adalah dari ZAKAT saya pada tahun ini.”
Usaha Mulia
Usaha mulia dari Rizalman ini mendapat pelbagai komen yang positif dari warganet. Malah ramai yang mendoakan agar Rizalman dikurniakan rezeki yang luas.
Alhamdulillah tatkala negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 dan PKP berlangsung ada insan yang simpati dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan. Mingguan Wanita juga mendoakan Rizalman diperluaskan rezeki dari Allah SWT.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buta Mata Kanan & Enam Jari Hancur, Ibu Tak Sangka Anak Sendiri Jadi Mangsa Mercun!

Isi Kandungan
ToggleSaban tahun setiap kali menjelangnya Ramadan, meskipun banyak kes yang dilaporkan padah bermain mercun, namun masih ramai anak-anak yang tak serik-serik dengan akibatnya.Keseronokan yang hanya sekejap, namun azab sengsara terpaksa ditanggung seumur hidup!
Pasti luluh rasa hati seorang mak apabila anak yang dilahirkan cukup sifat dan sempurna tubuh badan, menjadi orang kurang upaya (OKU) gara-gara menjadi mangsa mercun. Jika selalu membaca berita anak orang lain yang cedera, tak sangka kali ini anak sendiri yang menjadi mangsa.
Seorang pelajar Tingkatan Dua buta mata kanan dan hancur lima jari kiri serta satu jari telunjuk kanan selepas belerang mercun bola diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji, Kota Bharu, Selasa lalu.
Mangsa Mercun Pertama Di Kelantan
Kejadian 11 malam itu menjadikan Eiman Najwan Anwar Fuad, 14, mangsa mercun pertama di Kelantan ketika dia bermain bersama dua rakan berdekatan rumahnya.Serpihan letupan kaca itu turut terkena kaki seorang rakannya.
Ibunya, Rozita Zakaria, 41, berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang melipat kain di rumah.
“Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terus berlari keluar melihat seorang budak lelaki jatuh bersujud dalam keadaan berlumuran darah.
“Saya terus memeluk budak lelaki itu dan pada masa itu, saya tidak tahu mangsa adalah anak sendiri. Saya terus pengsan kerana melihat terlalu banyak darah.
“Namun, selepas sedar baru saya tahu mangsa mercun yang parah itu anak sendiri sebelum saya dan suami membawanya ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HUSM,semalam.
Serpihan Kaca Meletup
Rozita berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu terkena serpihan kaca yang meletup selepas diisi belerang mercun bola yang terjatuh ke atas bara api. Katanya, ketika itu, anaknya berada berdekatan bara api itu dan tidak sempat melarikan diri.

“Kejadian itu menyebabkan mata kanan anak tidak dapat diselamatkan, manakala lima jari tangan kiri serta satu jari telunjuk tangan kanan hancur.
“Sebelum kejadian, anak saya ada meminta wang RM1 untuk membeli air dan saya memberinya. Pada masa itu, rakan anak ada mengajaknya keluar dan anak menolaknya kerana mahu berada di rumah.
“Namun, saya tidak sangka kejadian ini terjadi kepada anak sendiri kerana sebelum ini, hanya membaca laporan anak orang lain cedera terkena mercun,” katanya.
Rozita berkata, anaknya kini stabil dan masih mendapatkan rawatan susulan.
Semoga mangsa kembali pulih seperti sedia kala. Buat mak ayah mohon lebih memantau pergerakan anak pada bulan Ramadan ini.Selalu ingatkan mereka bahaya bermain mercun ini dan tunjukkan akibatnya pada kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.Semoga anak-anak kita terhindar darpada malapetaka seperti ini.Ngeri!
Sumber: hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI