Hebatnya Seorang Ayah Bila Dia Mampu Jadi Yang Terbaik Untuk Anaknya

Share

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata yang selalu didendangkan apabila kita membandingkan ibu dan ayah.

Memang tidak dinafikan, tanggungjawab mak dan ayah berbeza tapi ertinya sama iaitu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak dan keluarga. Sebab itu, bila kita dengar ada anak yang sanggup membuang ibu dan ayah dan ada juga yang menghantar ibu ayah ke rumah kebajikan kerana tidak sanggup menjaganya.
Tanpa ayah dan ibu, kita tidak akan ada di dunia ini. Pengorbanan ibu dan ayah memang tiada galang gantinya.

Inilah yang dikongsikan oleh Taufiq Razif tentang hebatnya seorang ayah. Para lelaki yang bakal menjadi ayah atau sudah menjadi ayah boleh dijadikan panduan.

Siapakah Ayah Yang Hebat?

1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya
10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya.

Peranan & Tanggungjawab Ayah

Ayah kena pandai kawal emosi
Ayah tak boleh selalu mengamuk sana sini
Ayah kena pandai tenangkan isteri
Ayah kena pandai tenangkan diri

Ayah yang pandai kawal emosi
Akan mempunyai lebih kredibiliti
Akan lebih mempunyai autoriti
Akan dianggap Parent Leader yang sejati

Ayah yang pandai kawal emosi
Akan lebih disayangi si isteri
Kerana emosi mereka yang unik dan rapuh ini

Perlukan pendengar yang stabil emosi
Untuk mereka merasa lebih difahami

Ayah yang pandai kawal emosi
Akan membuatkan anak anak merasa selamat

Otak anak yang merasa aman dan selamat
Akan berkembang dengan lebih hebat dan pesat

Disitulah rahsia
Anak anak yang hebat dan berjaya
Kerana mereka boleh mengeluarkan bakat dan potensi terpendam mereka
Dengan sepenuhnya.

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

MW: Dengan perkongsian ini, dapat membuka mata anak-anak di luar sana tentang pengorbanan seorang ayah dalam menjadikan kita soerang yang berjaya di masa hadapan. Hargailah mereka selagi masih ada.

Sumber: Taufiq Razif

Published by
Nora