Percaya tak dengan satu panggilan yang baik-baik untuk anak kecil, mak ayah akan rasa bahagia dengan kesan panggilan baik lagi manis itu kelak. Inilah bak kata Khairul Hakimin Muhammad, Bapa Viral Kebangsaan yang sedang mendalami pembacaan buku keibu bapaan, ‘Propethic Parenting For Girls’.
Betapa hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Lalu, dia mencuba mengubah panggilan untuk anak perempuannya, Ain kepada SAYANG. Setiap hari dia memanggil Ain dengan panggilan itu. Selepas sebulan, kesayangannya itu menyedarkannya tentang sesuatu.
Suatu hal yang selama ini tak disedari kerana kesibukannya bekerja. Dan inilah yang membuatnya terpanggil untuk berkongsi dengan para followernya.
Tukar Reward Anak Dengan Panggilan SAYANG
“Sebabkan saya lebih sibuk berbanding orang rumah, anak saya memang banyak melekat dengan mama dia.”
“Nak tidur, nak susu, nak makan, nak tanya tentang kerja mewarna, mengeja dan belajar, semua dengan mama dia. Semua.”
“Saya hanya dapat momen ‘reward’ seperti ajak pergi kedai, pergi taman dan berjalan bersama. Itu pun jika beliau ada mood.”
Baru-baru ini saya terbaca tentang menukar panggilan nama anak-anak kepada perkataan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Ads
Jadi dalam sebulan ini saya cubalah tukar dari panggil ‘Ain kepada sayang.
Setiap kali dia panggil “abah,” saya jawab “ya sayang.”
Dan ianya berlarutan hingga ke hari ini.
Abah Selalu Tak Ada, Tapi Selalu Cakap SAYANG
Kelmarin, hari lahir beliau. Saya sengaja cakap “‘Ain sayang, ciumlah pipi abah, kan hari ini birthday ‘Ain.”
Lalu dia cakap “‘Abah, ‘Ain baru tahu abah sayang ‘Ain.”
Ads
Saya pun pandang muka dia. Dia tersengih-sengih. Budak kecil yang baru masuk 6 tahun ini masih dengan lagak kanak-kanak yang comel.
“Aik, memang abah sayang ‘Ain, ‘Ain kan anak abah.” Saya jawab lagi.
“Itulah. Abah kan sibuk, selalu tak ada. Tapi abah selalu cakap sayang, sayang, ‘Ain jadi rindu dekat abah.”
Saya terdiam. Lalu dia datang ke pipi saya dan cium. Saya membalas dengan ciuman yang sama di pipinya.
Hebatnya Kuasa Memanggil Di Hati Seseorang
Sehingga hari ini saya terfikir hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Patutlah dalam agama kita pun, memanggil (atau panggilan) mesti (atau wajib) datang dalam bentuk kebaikan atau kesenangan kepada yang dipanggil. Tak boleh sebarang.
Kesannya mendalam. Memberi titik istimewa yang berbekas dalam sebuah hubungan. Lebih lagi ianya dalam bentuk keluarga.
Ads
Saya habiskan membaca ‘Propethic Parenting For Girls’ dengan gembira. Sesungguhnya, nak melawan rasa bersalah terhadap ketidakmampuan kepada sesuatu adalah dengan ilmu.
Kadang-kadang, sebab saya terlalu sibuk, saya pulang ke rumah kemudian meluahkan dengan melihat anak tidur. Esoknya beliau bangun, kami bersalam, itu sahaja. Hari ini saya bersyukur dapat belajar sesuatu tentang cara memanggil.
Sungguh, pada zaman ibu ayah kita dahulu, panggilan manja dalam bentuk kasih sayang ini sudah terbiasa. Kita sahaja yang tidak mahu sambung-sambungkan kerana canggihnya nama anak-anak.
Dan paling saya teruja ialah ada beza mendidik yang lelaki dengan perempuan. Supaya kasih sayang yang terluah kepada mereka itu menjadikan mereka ini jejaka dan juga wanita hebat di luar sana.
Kawan-kawan,
Keluarga ini anugerah. Tak dapat kita nak beli di mana-mana pasar atau kedai. Ianya pemberian dari Tuhan. Jaga, simpan, pelihara, didik dan asuh supaya ia kekal jadi hadiah yang diberi baik-baik kepada kita.
Begitulah.
Semoga selepas ini mak ayah akan memanggil anak-anak dengan panggilan yang baik-baik. ‘Sayang’, ‘comel’ ‘manja’.. Ini antara contoh. Selebihnya, terpulang pada mak ayah mahu pilih panggilan yang mana.
Selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami. S
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3-4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami/lelaki ketaatannya pada ibu.
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Mingguan Wanita : Jangan sedih, anak lelaki atau perempuan, masing-masing ada rezeki dan keberkatannya. Paling penting, mak ayah kena jaga amanah yang diberikan.
Jodoh di tangan Tuhan. Setelah terlafaznya lafaz ijab dan kabul maka termeterailah ikatan pernikahan yang sah. Berjanjilah sehidup, semati. Berkongsi segala susah dan senang. Setiap detik hargailah masa bersama, barulah rumahtangga kekal bahagia.
Sebenarnya pasangan kita adalah “tag team” paling hebat sebab itu Allah sudah jodohkan manusia hidup berpasangan. Oleh itu setiap kali timbul sengketa, jangan diungkit kisah silam dan hargailah pasangan yang di depan mata yang rela berkongsi pahit, manis sebuah kehidupan.
Kisah silam! Bahaya jika pasangan yang suka mengungkit untuk hendak menang bila dalam situasi pergaduhan. Lebih kepada hendak menyakiti hati pasangan!
.
Sebab bila bergaduh nanti paling bahaya kalau salag seorang boleh reda tapi seorang lagi? Balas dendam posting dekat media sosial! 😰 Itu yang paling bahaya! Segala macam kata keluar nanti! Ayat-ayat pesan, move on, hadis dan sebagainya semua keluar! 😂
Bila Nak Marah Isteri, Ingat Masa Pikat Dia Dulu
Tapi itu awal perkahwinan dahulu lah… Sekarang ni Alhamdulillah tak. Bila marah isteri masa salah faham teringat waktu mula-mula hendak pikat hati dia… Terima cinta dia.. masing-masing menjaga hati waktu awal perkenalan. Ish! Memang tak berbaloilah hendak sakitkan hati isteri ini. Rasa macam tak guna sangat..
.
Bengah (Abang Ngah) masih ingat waktu ditimpa dugaan masalah berhutang keliling pinggang. Nak jual semua aset kamera yang ada pun tak dapat selesaikan lagi hutang hutang yang ada. Waktu itu yang ada cuma isteri saja… Dia saja yang sedia mendengar dan memberi bantuan apa yang ada. Sanggup jual Gelang Emas Lipan hadiah kahwin hendak bantu suami. Pengorbanan yang sejati dibuat..😭 Tapi isteri minta ganti balik lah.. Gelang Kokor ke apatah namanya? Malas nak tahu. Huhu 😝
.
Habis fasa dugaan besar tu. Sekarang ini hendak gaduh dengan isteri? Sekali dia petik cerita bantuan dulu-dulu itu? Pedihhh 🤪 lepas peristiwa itu makin matang dalam hubungan. Insyallah..
Cerita sini habis sini lah ya? Janganlah ungkit pasal bekas kekasih lagi bagus ke apa ke.. yang ada sekarang ini hargai sama-sama. Pasangan kita la tag team paling hebat! Allah sudah jodohkan! Sabar, puji, sayanglah dengan pasangan kita…
Bengah tak pernah merungut masakan isteri.. walaupon masakan ada bawang sanggup dia tolong asingkan. Kemudian makan mesti hendak bersama. Sebab itu kalau isteri hendak apa saja suami usaha tunaikan. Tapi itulah… dah cakap apa saja pun dia tak tahu nak makan kat mana, suami ok saja. Begitulah kehidupan…
.
Sumber: Makhlok Macho
MW: Sebaiknya hargailah pasangan yang berada di depan mata kerana selama ini merekalah yang setia di sisi walaupun rumahtangga dilanda ribut, sudah dan senang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari Jumaat ini eloklah buat amalan baik sebanyak-banyaknya. Salah satunya sedekah. Bukan masa banyak duit je sedekah. Masa duit kurang pun usahakanlah sedekah juga. Sebab.. itu pun asbab untuk kita rebut tempat di syurga.
Ada tiga lagi cara yang mak ayah boleh buat, jika nak rebut tempat di syurga Allah ini. Panduan yang Ustaz Khairul Anuar Basri ini kongsikan mudah saja nak buat. Malah boleh dikatakan kita buat pun hari-hari.
Sebelum Itu Kenal Dulu 4 Kualiti Ahli Syurga
Pagi ini saya nak kongsikan 4 kualiti ahli syurga. Allah SWT sebut benda ni dalam Al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 134 dan 135.
1. Orang yang sentiasa bersedekah ketika senang dan ketika susah.
2. Orang yang menahan marahnya.
3. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
4. Orang yang ingatkan Allah dan cepat-cepat bertaubat kalau buat dosa.
Semua ciri di atas ada pada ahli syurga.
Cara Nak Rebut Tempat Di Syurga Kelak
Kalau kita nak rebut tempat kita di syurga nanti, mesti usahakan supaya kita :
1. Sedekah tak kira masa. Masa ada duit kita sedekah. Masa duit kurang pun kita sedekah.
2. Kawal marah kita. Jangan ikutkan perasaan. Bawak bertenang dan selalu ingat bahawa sifat marah itu hasutan syaitan.
3. Maafkan kesalahan orang lain. Jangan dipelihara sangat ego kita. Setiap manusia ada kelemahan. Bila kita maafkan orang, hati kita akan jadi tenang. Kita pun buat banyak salah juga. Harapnya, Allah SWT juga maafkan segala dosa kita.
4. Segera bertaubat. Jangan bertangguh-tangguh. Sebab kita tak tahu bilakah saatnya kita akan dijemput balik bertemu dengan Allah. Mungkin masa kita masih muda dan tubuh masih sihat.
Nikmat syurga tu kekal abadi. Luasnya seperti langit dan bumi.
Fikir-fikirkanlah dalam-dalam.
Kita nak senang sekejap di dunia, kemudian susah di akhirat, atau takpelah susah sikit di dunia tapi senang selama-lamanya di akhirat?
World #QuranHour Suntik Semangat Masyarakat Dekati Al Quran
Atas dasar berkasih sayang inilah, wujudnya masyarakat harmoni di negara. Saling bersatu dan bertoleransi. Wawancara Sinar Harian bersama Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hushamuddin Yaacub, antaranya mengingatkan agar,
“Kita kena betulkan diri kita dahulu. Kena pastikan akhlak anak kita betul. Kita kena ajarkan mereka al-Quran, fahamkan mereka al-Quran, bentukkan peribadi mereka supaya mereka hendak menjadi orang hendak berjaya di dunia dan di akhirat.
“Supaya mereka mati boleh masuk syurga, dengan sendirinya cara hidupnya akan bagus dan akan baik.”
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...