Kasih mak pada anak sememangnya tiada bertepi. Punyalah hebatnya hubungan istimewa yang dimiliki ini sehinggakan bila berjauhan ibarat nyawa terpisah dari badan. Jiwa dan raga sanggup dikorbankan, asalkan tidak berjauhan dan berpisah daripada anak tersayang.
Baru tinggal 1 jam dah rindu,gelisah.
Begitulah sifat seorang ibu. Semalam saya bawa isteri bersihkan kubur anak syurga kami. Kebetulan adik ipar bawa anak ke ‘pasar malam’ untuk makan petang kami.
Baru 1 jam berpisah dengan anak, isteri dah call adik minta lokasi. Cepat-cepat suruh saya pergi dapatkan anak. Saya cakap kita pergi bandar dululah saya nak beli barang sikit dan nak isi minyak kereta.
Wife bertegas mahu jumpa anak juga,saya juga bertegas nak ke bandar dahulu. Wife mula diam. Bila diam air mata mengalir. Ya Tuhan… Saya terus buat pusingan U menuju ke lokasi ‘pasar malam’. Dengan suara sebak wife cakap. Awak tak faham perasaan ibu. Saya rindu sentiasa arwah anak dan tak nak berjauhan dengan anak.
Saya diam dan pecut kereta. Ok sekarang kita jumpa anak ya. Saya minta maaf ya. Dah lap mata tu,5 minit kita sampai.
Begitulah hebatnya hubungan hati seorang ibu terhadap anaknya. Kita suami mungkin dah biasa berjauhan dengan anak,kadang-kadang berminggu boleh tahan lagi. Tapi ibu ini berjauhan dengan anak ibarat nyawa terpisah dari badan.
Rugilah jika kita tidak hargai insan bergelar ibu,bergelar isteri. Rugilah kita jika berkasar dan mengabaikan mereka. Rezeki kita hari ini mungkin Allah beri sebab Allah sayang anak isteri kita,mungkin asbab doa isteri siang malam kepada kita.
Mereka ini lubuk segala pahala buat suami. Ini ramai suami lupa. Isteri ini orang yang dapat menyenangkan dan membahagiakan kita. Mereka ini ‘pernah mati’ untuk kita. Pernah rahim mereka membesar 1000 kali ganda jaga zuriat kita.
Apa lagi yang kita nak melainkan syukur nikmat isteri dan anak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Ya Allah beri syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahDariAllah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Hargailah insan yang bergelar isteri dan ibu.
Sumber:Muhammad Hassan