Anda yang masih tertanya-tanya apakah yang boleh dilakukan oleh telefon pintar HUAWEI P40 Pro+. HUAWEI bawakan jawapan kehebatan peranti yang dilengkapi dengan fungsi 1 + 8 + N hanya dengan satu sentuhan.
Dengan HUAWEI SHARE, telefon pintar HUAWEI P40 Pro+ anda boleh saling berhubung dengan 8 peranti; komputer riba, tablet, TV pintar, cermin mata, jam pintar, kereta, fon telinga (FreeBuds) dan pembesar suara. Jadi, mudahlah anda untuk menikmati percutian santai, pejabat bergerak, kediaman pintar, kecergasan dan kesihatan malah hiburan bila-bila masa.
Hadamkan 6 kelebihan telefon pintar HUAWEI P40 Pro+ dan bagaimana kesinambungan 1+8+N ini saling berfungsi dengan kehadiran HUAWEI SHARE. Kelebihan ini merealisasikan siri HUAWEI P40 menjadi pusat yang menghubungkan pelbagai peranti hanya dengan satu sentuhan.
1.*Komputer Riba HUAWEI
Komputer riba HUAWEI dan telefon pintar ini dilengkapi dengan fungsi perkongsian pintar melalui satu sentuhan. Kedua peranti ini saling berhubung. Hanya sentuh telefon pintar pada tanda HUAWEI Share di komputer riba, anda boleh melihat magik yang berlaku.
Yang mana, ia bukan sekadar perkongsian data. Malah, layar telefon pintar anda akan dipaparkan pada komputer riba. Jadi, mudahlah anda untuk memindahkan fail menggunakan fungsi ’drag and drop’ dengan tetikus dan papan kekuncu.
Jika anda pengguna HUAWEI Matebook X Pro, fungsi ‘drag and drop’ boleh terus dilakukan dengan hanya menyentuh skrip komputeri riba anda. Tak perlu mencari mahupun menggunakan tali sesawat untuk buat semua itu.
2.** HUAWEI Smart TV (TV Pintar HUAWEI)
Macam mana pula, telefon pintar HUAWEI P40 berfungsi dengan TV pintar anda. Apabila telefon pintar ini bersambung dengan TV pintar, cuma aktifkan NFC pada telefon pintar dan sentuh tanda HUAWEI Share.
Cara ini lebih pantas dan mudah berbanding ketika pengoperasian televisyen tradisional anda. **tidak boleh didapati di Malaysia.
Ads
3. HUAWEI MatePad Pro
Sama seperti komputer riba HUAWEI, HUAWEI MatePad Pro ini ada fungsi ‘Multi-screen Collaboration. Telefon pintar boleh menjalankan kerja-kerja ‘drag and drop’ fail, gambar dan video pada MatePad Pro secara dua hala. Pemindahan pantas ini lebih melancarkan kerja harian anda.
Untuk mengaktifkan fungsi ‘Multi-screen Collaboration’ ini anda cuma perlu hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar dan sentuh telefon pintar pada button Shift di papan kekunci. Dan anda boleh menikmati paparan skrin telefon pintar pada tablet MatePad Pro anda.
HUAWEI Sound X ini merupakan pembesar suara pintar pertama yang mempunyai pensijilan Hi-Res audio. Ianya dibangunkan dengan kerjasama HUAWEI dan Devialet. Pembesar suara pintar ini juga mempunyai fungsi AI.
Teknologi ‘One Tap Share’ membolehkan muzik pada telefon pintar anda dimainkan menerusi HUAWEI Sound X. Untuk menikmatinya anda cuma perlu aktifkan ‘button’ NFC pada pembesar suara.
Pembesar suara pintar ini juga mudah dikawal. Tak perlu keluarkan telefon pintar dari poket semata-mata mahu menghentikan seketika muzik. Cuma perlu menutup pembesar suara dengan tapak tangan, dan muzik akan ‘pause’ dengan sendirinya.
Ads
5. HUAWEI AX3 router
Jangan risau kalau tak ingat password Wi-Fi. Sebab dengan HUAWEI AX3 router, anda cuma perlu dekatkan telefon pintar dengan sekitar sensor NFC pada router. Dan anda boleh nikmati jaringan Wi-Fi dengan pantas.
6.*Kereta
Tak perlu dah nak bawa kunci kereta. Dengan telefon pintar HUAWEI, anda cuma perlu halakan NFC yang ada pada telefon pintar dekat dengan pemegang pintu kereta anda. Dengan mudah, kereta akan terbuka. Untuk menutup pintu kereta pula, sebaik keluar dari kereta, halakan NFC yang ada pada telefon pintar dekat dengan pemegang pintu kereta.
*Cuma terdapat pada sesetengah model. **Tidak boleh didapati di Malaysia
Apakah yang dimaksudkan kesinambungan hubungan antara ‘1’ dan ‘8’. HUAWEI akan meneruskan usaha saling hubungan dengan fungsi ‘8’. Misalnya, fungsi One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT dan sebagainya.
Dengan adanya One Tap Connectivity oleh HUAWEI, semua kerja harian anda dapat dilakukan dengan mudah! Untuk mendapatkan maklumat kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE 1+8+N menerusi kempen Together Just In One Tap sila layari : https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, yang digelar Baby Adhwardell seawal pagi Jumaat bertepatan masa 2.22.22s. Cantik betul tarikh dan masa lahirnya.
Berita gembira ini dikongsikan suami Ardell sendiri Nadzmi Adhwa dalam instagramnya. Bercampur baur perasaan suami melihat kurniaan Ilahi di depan mata.
Ardell Selamat Bersalin
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dan terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.
Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana
Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.”
Ardell Dan Nadzmi Belum Maklumkan Jantina Anak
Nadzmi juga berkongsi gambarnya sedang memotong tali pusat bayinya. Bagaimana pun, Nadzmi tidak lagi memaklumkan jantina anak mereka. Pasangan Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Sebelum ini, Nadzmi ada berkongsi video debaran isteri menunggu saat melahirkan. Sambil ditenangkan oleh doktor sakit puan, Dr Khamsiah Muda.
Malah, Ardell sendiri beberapa kali berkongsi akan kebimbangan hatinya untuk melalui proses bersalin bayi sulungnya itu.
Selebriti yang juga kini bergelar ibu tunggal Lufya akui membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas. Bukan saja buat dirinya malah ibu-ibu tunggal di luar sana.
Pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar yang juga ibu kepada Lanaa Haura ini telah berpisah dengan bekas suami Che Muhammad Hafiz pada 17 Jun 2020.
“Allah Maha Mendengar” Lufya
Berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagram miliknya, selepas berpisah dengan suami, kehidupannya bukanlah senang. Malah dia juga menyatakan kehilangan kerja pada PKP pertama kali diadakan. Malah wanita berjiwa kental ini juga meluahkan anaknya juga ditanggung sendiri.
“Masa bergambar ni PKP pertama kali di Malaysia tahun lepas. Mask pun takde pakai niqab nak keluar beli susu anak dan groceries.
“Kerja tak ada, nak bayar macam-macam, anak pun 100% kita tanggung!
“Susah hati tu jgn cakap la. Tapi Allah tu Maha mendengar doa hambaNya.
Tanggung Emak & Anak
“Kita nak jaga mak nak jaga anak ada rumah kereta nak bayar, anak yang semakin membesar nak sekolah.
“Satu-satu rezeki Allah datangkan dengan mencurah- curah.
Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian
“Kesimpulannya di sini. Wanita tu tak lemah malah lebih HEBAT dari lelaki. Terus la cekalkan hatimu ibu-ibu tunggal sekalian!
“Berjuang untuk anak Allah pasti limpahkan rahmat dan rezeki untukmu. Apa yang kita tanam dan usahakan insyallah kita akan petik hasil yang baik pada masa akan datang,” tulis Lufya yang sememangnya menjadi inspirasi kepada ibu-ibu malang di luar sana.
Untuk rekod Lufya dan bekas suaminya berkahwin pada 26 November 2016.
Dibanjiri Doa Kekuatan & Teruskan Perjuangan Sebagai Ibu Mithali
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Kerja-kerja membersihkan rumah sememangnya cukup meletihkan, dan boleh sakit-sakit badan. Apatah lagi jika pelbagai kerja membersih dilakukan secara mendalam dan besar-besaran. Namun kepuasan pastinya dapat dirasai lebih-lebih lagi bila buat sendiri.Baik di rumah sendiri mahupun rumah mak ayah di kampung. Malah inilah juga peluang berbakti selagi hayat mak ayah masih ada.
Bersihkan Bilik Mak Di Kampung
Baru-baru ini Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor. Kepulangan ke rumah bonda tercinta pasca banjir, bertujuan untuk menziarahi bonda tersayang yang kini berusia 84 tahun, sekaligus membantu membersihkan kawasan rumah yang turut dilanda banjir pada awal Januari lepas.
Tak Kekok Buat Kerja Rumah
Dalam perkongsian video di Instagram bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini kelihatan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja-kerja rumah dan membersihkan bilik ibu tercinta.
Dalam berseloroh, isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini turut menjelaskan bahawa emaknya tidak menggemari orang lain mengemas biliknya melainkan Normala dan adiknya sendiri.
“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama-lama sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”ujarnya.
Ramai Doakan Kesejahteraan
Ramai yang berkongsi di ruangan komen, rasa bahagia melihat Puan Sri Normala berbakti menolong mak tersayang malah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat kedua-duanya.
Puan Sri Normala Samsudin kini menetap di Negeri Perlis Indera Kayangan. Sering mengamalkan gaya hidup aktif, berbasikal, mendaki bukit dan sebagainya, maka tidak hairanlah beliau masih kekal cantik dan mengekalkan anggun pesona yang tersendiri.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, selagi dapat berbakti pada mak ayah, rasa sakit-sakit badan memang tolak tepi. Puas hati sebenarnya bila dapat kemas dan buat sendiri.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...