Hebatnya Huawei Nova 7 Series, Lagi Menarik Lengkap Dengan Huawei AppGallery

Telefon pintar Huawei nova 7 Series kembali dengan lebih bergaya dan lebih hebat dilengkapi Huawei AppGallery. Jika sebelum ini anda menggunakan Google Playstore. Tak perlu nak risau dengan masalah aplikasi hilang, sebab dengan adanya AppGallery ini, mudah untuk anda muat turun aplikasi kegemaran. Lagi-lagi Huawei AppGallery merupakan aplikasi mobil ketiga terbesar yang mempunyai 390 juta pengguna sebulan di seluruh dunia.

Dengan menggunakan Phone Clone pula segala data di telefon lama misalnya, nombor telefon, SMS, panggilan masuk keluar, note, rekod suara, kalener, gambar, muzik, video, dokumen malah aplikasi boleh dipindahkan ke telefon Huawei nova 7 Series dengan mudah.

Jangan bimbang, dengan Huawei AppGallery anda boleh membuat perkongsian skrin yang lebih baik ketika sesi panggilan video malah memindahkan fail hanya dengan satu sentuhan menggunakan Huawei Share. Dengan adanya Nova & AI Assistant, anda cuma memerlukan hanya 1 aplikasi bagi menggantikan 2 aplikasi yang digunakan Google.

Huawei email juga mempunyai paparan yang lebih komprehensif untuk Gmail, Outlook malah Yahoo Mail. Dengan percuma penyimpanan data sehingga 50GB selama 12 bulan di Huawei Cloud Storage.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan Huawei Music, Huawei Reader dengan percuma buku digital dan buku audio termasuk buku luar negara, Huawei Welink dan Huawei Calender. Malah Huawei Quick App yang mana kesemuanya disimpan di Cloud, dengan permainan video yang meluas.

Anda juga tak perlu risau dengan masalah privasi dan sekuriti kerana Huawei AppGallery mempunyai pensijilan industri dan keselamatan terbaik di bawah CC EAL5.

FindApps Mudahkan Anda Cari Aplikasi Kegemaran

Pengguna boleh menggunakan FindApps mencari aplikasi kegemaran. Aplikasi Huawei FindApps juga merupakan satu hub untuk membantu anda mencari aplikasi yang diperlukan dan mengarahkannya ke sumber sepatutnya.

Jadi mudahlah untun anda mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan lain-lain. Malah boleh menebus ganjaran dan hadiah di Pusat Hadiah Huawei AppGallery dan menangi Huawei Point.

IKLAN

Smartphone 5G Harga Berpatutan, Huawei nova 7 Series Bakal Datang 19 Jun Dilengkapi Huawei AppGallery!

Apa Lagi Yang Menarik Di Huawei App Gallery

Nak tahu informasi terkini, anda tak perlu pun keluar rumah. Baik bermain permainan video mahupun membeli belah atau nak tahu perihal kesihatan. Segalanya ada di hujung jari.. dalam telefon pintarlah. Ini yang Huawei nova 7 Series tawarkan untuk anda.

1. Dalam Huawei AppGallery anda boleh muat turun WhatsApp, Facebook, TikTok.
2. Boleh juga bershopping online dengan telefon pintar Huawei nova 7 series. Boleh muat turun aplikasi Shoppe, Lazada malah Caring untuk anda dapatkan apa yang dihajati.
3. Nikmati video, drama malah permainan kegemaran dengan Huawei nova 7 Series. Sambil bersantai pun boleh layan K-drama di aplikasi Huawei Video, Viu dan DimSum.

Smartphone 5G Harga Berpatutan, Huawei nova 7 Series Bakal Datang 19 Jun Dilengkapi Huawei AppGallery!

Bagaimana Huawei Phone Clone Mudahkan Pemindahan Data

1. Tak kira sama ada anda pengguna iOS ataupun Android – Huawei Phone Clone ini tetap serasi dengan telefon pintar anda tanpa mengira jenama.
2. Muat turun secara percuma di Google Play atau Apple Store dengan pemindahan pantar sehingga boleh mencapai kelajuan 1GB dalam seminit. Yang mana, gambar, video, senarai nombor telefon dan fail-fail lain boleh dipindahkan dengan mudah dan selamat melalui rangkaian keselamatan penyulitan tanpa wayar. Tiada sokongan dalam simpanan awan. Tiada lagi bebanan kepada cekera keras.
3. Huawei Phone Clone juga tidak memerlukan Wi-Fi atau data – Hanya menggunakan kod QR atau lokal hotspot pada telefon pintar baharu. Sedia untuk melakukan pindahan.

Selain daripada Huawei AppGallery, berikut merupakan antara sebab kenapa anda mesti memiliki HUAWEI Siri nova 7 yang baharu ini!

IKLAN

HUAWEI Siri nova 7 hadir dengan tiga variasi warna menawan; Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple, unik dengan perincian cahaya yang lebih bersinar dalam perpektif yang berbeza.

Dengan telefon pintar Huawei yang sedikit berat dan menyukarkan untuk dipegang, Huawei nova 7 Series ini dilengkapi dengan ciri-ciri perisian dan perkakasan yang direka dengan minimalis-centric.

Membolehkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih laju, malah inilah yang membuatkan telefon pintar ini lebih ringan dan nipis. Penting untuk setiap orang miliki kamera telefon terbaik.

Malah, inilah yang dilihat sebelum membeli telefon pintar. Huawei nova 7 Series ini disokong kuasa pemprosesan Kirin 820’s dan keupayaan AI yang hebat. Membolehkan gambar yang dirakam menghasilkan kualiti terbaik. Ini kerana adanya, 64MP Quad AI Kamera.

Sokongan mode dual kamera ini membolehkan video dirakam bersama, depan dan belakang. Kamera belakang dilengkapi kanta makro untuk rakaman close-up. Jadi dapatlah anda merakam momen yang lebih indah.

HUAWEI nova 7 Series ini dilengkapi dengan bateri 400mAh dengan 40W Huawei SuperCharge menjadikan telefon pintar, Huawei nova 7 Series ini melakukan kerja-kerja pengecasan sehingga 70% dalam 30 minit.

IKLAN

Ia dilengkapi dengan teknologi 5G, dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan rekaannya yang menarik, kualiti foto premium malah keupayaan rakaman video terbaik, Huawei nova 7 Series ini dilancarkan dengan harga RM1,499 ke atas. Siri telefon pintar ini juga hadir dengan aplikasi panggilan video MeeTime.

Jadi, setelah mengetahui segala kehebatan Huawei nova 7 Series ini apa lagi yang anda bimbangkan. Tentunya anda teruja menanti kehadiran Huawei nova 7 Series di pasaran Malaysia.

Jom, tontonkan video ni untuk mengetahui 7 Kelebihan Huawei nove 7 Series ini selanjutnya.

Smartphone 5G Harga Berpatutan, Huawei nova 7 Series Bakal Datang 19 Jun Dilengkapi Huawei AppGallery!

 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai di Huawei AppGallery.

Nantikan kemunculan pelancaran Huawei nova 7 Series ini di Malaysia pada 19 Jun. Klik sini untuk informasi selanjutnya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI