Hebat DJ Radio Wanita Ini Mantain Baca Berita, Walau Dilingkari Ular Phyton Albino

Share

Selama 8 minit tanpa gentar, pembaca berita radio Nurul Shuhadah Armawan mencabar dirinya dengan merelakan ular jenis phyton albino melingkar di bahu dan tangan kanannya sepanjang menyampaikan berita jam 12 tengah hari dalam konti BERNAMA radio.

Intonasi suaranya tetap tenang dan serius sama seperti sebelum-sebelumnya. Video berdurasi kira-kira satu minit itu jelas menampakkan ketenangan DJ Radio yang pernah memenangi  Penyampai Berita Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.

“Sebenarnya ada tetamu hari ini, sempena hari Haiwan Peliharaan Sedunia. En Wan Aliazar bawa ilar peliharaannya. shu ni jenis teruja. Memang minat dengan haiwan eksotik tapi tak mampu nak bela. Tu yang bila tengok ular tu terus rasa nak pegang.

Tadi masa baca berita, rasa macam nak buat cabaran baru; sambil baca berita sambil ada ular atas bahu. Bila owner kata boleh, tu yang on je.

Shu pun biarkan je ular tu atas bahu dan biar dia melingkar. Sebab ular ini tak suka dipaksa. Shu tenang, dia pun tenang. Sama-sama yakin dan percaya. Shu tak ancam dia, dia tak ancam Shu

.”

 

Satu Keluarga Jenis Tak Takut

Pengalaman pertama Shuhada memegang haiwan eksotik ini waktu di Melaka. Waktu itu dia perlu memegang iguana.

Mula-mula takut juga. Tapi Shu dapat tip daripada owner iguana tu. Katanya, Jangan takut. Kalau awak takut iguana ni rasa terancam dan dia akan menyerang’. Dari situlah Shu jadi berani pegang

.

Kalau dengan ular memang banyak kali dah. Kalau pergi zoo, asal dibenarkan pegang saya akan ambil peluang walaupun berbayar.

Suami pula jenis tak takut. Anak-anak pun sama.” Ujar ibu beranak dua ini.

Sumber/Foto :  Nurul Hafizan

Published by
Netty Ah Hiyer