“Hawari Minta Doa & Bacakan Yassin”, Ibu Sempat Berhubung Kali Terakhir Sebelum Anak Hilang Lepas Tawan Everest

Share

Hawari minta doa & bacakan Yassin, ibu sempat berhubung kali terakhir sebelum anak hilang selepas tawan Everest.

Kehilangan seorang pendaki Malaysia Everest (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest masih menjadi misteri.

Memetik laporan berita daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) pada Sabtu, Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest setinggi 8848 meter dari aras laut pada Khamis sebelum dilaporkan hilang melalui portal berita berkenaan pada Sabtu.

Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak gunung berkenaan dan turun berehat di kem empat.

Ujar Nivesh, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Keterbatasan Keupayaan, Adam Khan Pendaki OKU Pertama Merangkak & Mengesot Di Everest

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

Kerja Driver Lori Tak Glamor, Tapi Masyukk! Akak Ni Buktikan Wanita Pun Boleh Bawa lori Kontena!

Sesat & bau hamis kencing Pak Belang pengalaman termahal NADIAH TAJUDDIN

Hawari Minta Doa & Bacakan Yassin

Dalam pada itu, di sebalik kehilangan Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang paling merisaukan adalah hati seorang ibu, Che Tom Hassan.

Che Tom mohon doa dari rakyat Malaysia atas keselamatan anaknya. Hawari mempunyai dua anak iaitu Hana dan Haris, perkongsian hidup bersama Safiyyah Tang Xie Li yang juga OKU pekak. Foto FB :- Mohammad Firdaus Abd Rahim.

 

Menurut ibu ini, dirinya dan keluarga sempat berhubung dengan anaknya itu ketika Hawari berada di Base Camp 2 di mana Hawari meminta agar keluarga tidak risau akan keadaannya.

“Dia minta didoakan untuk keselamatannya dan bacakan Yassin untuk pendakian ke puncak Everest. Itulah kali terakhir anak berhubung dengan kelauarga,” katanya yang agak sebak sambil menahan tangisan.

Ibu Sempat Berhubung Kali Terakhir Sebelum Anak Hilang Lepas Tawan Everest

Jelas Che Tom, dia hanya mengetahui pencapaian anaknya berjaya menawan puncak Everest hanya melalui facebook dan begitu juga hal kehilangannya.

“Saya tak pernah putus harapan anak ditemui selamat dan ada berita mengenainya. Saya minta doa dari seluruh rakyat Malaysia agar anak ditemui segera,” katanya memaklumkan Hawari anak ketiganya dari lima orang.

Doakan agar Hawari yang juga peserta Malaysia Everest 2023  ditemui selamat.
Hawari dilaporkan berjaya menawan Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang pada Jumaat.

Hawari yang juga bapa kepada dua orang anak, Hana dan Haris merupakan pasangan hidup kepada Safiyyah Tang Xie Li yang juga OKU pekak.

Menurut sumber,  Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.

Dalam pendakian melibatkan empat peserta ME 2023, pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Awang Iskandar Ampuan Yaacub dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika hampir 20 meter menuju ke puncak Everest. Sehingga kini pencarian Hawari diteruskan melalui jalan darat dan sama-sama kita doa kepada Allah agar Hawari ditemui segera.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

Published by
Almaswa Haji Che Ros