Enam tahun di pasaran, jenama HAUS Cosmetics terus mengorak langkah dengan kejayaan membanggakan.
Tempiasnya tentu menggembirakan Pengasas dan Pengarah Jenama berkenaan yang juga memiliki tiga kilang kosmetik iaitu Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Abd Jalil.
Dr. Fred Zulli dari Mibelle Biochemistry menyerahkan anugerah syarikat “first-in-the-world” yang menggunakan Teknologi MonaJuventa Nu untuk kulit muda 12 tahun di dalam produk HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot kepada HAUS MUDDE
Pada 25 September lalu bertempat di Mines Beach Resort, jenama milik bumiputera itu menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij di Switzerland, Mibelle Biochemistry.
Pengiktirafan Peringkat Dunia
Pengiktirafan berkenaan melayakkan penerima Nona Best Halal Beauty Award, NONA Superwoman Award 2020 itu menjadi syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk terbaharu mereka dipanggil HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot.
Dr. Fred Zulli merupakan saintis yang menghasilkan kajian ke atas bahan MonaJuventa Nu yang terbukti menjadikan sel kulit 12 tahun lebih muda dari usia sebenar
“Majlis penghargaan dan pengiktirafan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dihadiri sekitar 20 orang tetamu.
“Ia adalah satu peristiwa yang benar-benar bersejarah buat kami. Bukan sahaja kerana pengiktirafan tersebut, tetapi juga kerana kehadiran orang kuat Mibelle Biochemistry,
Dr. Fred Zulli, seorang pakar antarabangsa dalam bidang biokimia yang secara peribadi menyerahkan anugerah itu kepada saya.
“Ini memberi makna yang sangat besar kepada kami kerana ia bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan inovatif yang mematuhi piawaian antarabangsa,” kata Eiyma.
Ads
Menambah keterujaan yang memahat di hati, Eiyma merakamkan rasa terharu dan bersyukur kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Sebagai pengasas, ini adalah momen yang paling membanggakan dalam kerjaya saya. Pengiktirafan ini memberi satu bentuk validasi kepada segala usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini.
Ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada saya, tetapi juga kepada seluruh pasukan HAUS yang berdedikasi dan komited.
“Diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia, malah di dunia, yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk kami benar-benar membuktikan bahawa produk tempatan kita juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.
“Tak lupa kalangan terima kasih kepada semua pelanggan setia HAUS, yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepada kami. Tanpa mereka, pengiktirafan ini mungkin tidak akan tercapai. Kami berjanji akan terus memberikan yang terbaik pada masa mendatang,” katanya.
Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics pernah menerima pengiktirafan Nona Best Halal Beauty Award, NONA Superwoman Award 2020 lalu
Bercerita lanjut mentai apa kriteria ditetapkan sebelum dipilih menerima pengiktirafan berkenaan, Eiyma mendedahkan ada beberapa kriteria penting yang harus dipenuhi.
“Pertama sekali, teknologi yang kami gunakan dalam HAUS Mudde Glo12 Beaubright Shot
adalah sesuatu yang sangat unik dan inovatif. Teknologi ‘MonaJuventa Nu’ membolehkan produk ini memberikan kesan anti-penuaan yang luar biasa.
Ads
“Yang mana, ia membantu kulit kelihatan sehingga 12 tahun lebih muda. Selain itu, kami juga memastikan bahawa setiap produk yang kami hasilkan menepati piawaian antarabangsa dari segi kualiti dan keselamatan. Kami bekerjasama rapat dengan pakar biokimia termasuk dengan Dr. Fred Zulli untuk memastikan bahawa formula yang digunakan dalam produk kami adalah yang terbaik.
Plaque istimewa berupa keris dan tertera ukiran “MALAYSIA” sebagai tanda penghargaan dari Mibelle Biochemistry kepada HAUS MUDDE
“Selain itu, sebagai sebuah syarikat Muslim, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami juga patuh kepada piawaian halal. Kami tidak boleh berkompromi dalam hai ini.Malah ia juga menjadi
sebahagian daripada sebab mengapa kami mendapat pengiktirafan ini,” Katanya.
Sijil bukti HAUS Cosmetics menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pengiktirafan dari Switzerland
Tambah Eiyma, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, perancangan kami adalah untuk terus memperkukuhkan jenama HAUS di Malaysia sekali gus di peringkat antarabangsa.
“Kami bercadang untuk memperluaskan pasaran kami ke negara Asia lain, terutamanya di Asia Tenggara dan Timur Tengah, di mana permintaan terhadap produk kecantikan yang berasaskan teknologi dan patuh halal semakin meningkat.
Hasilkan Lebih Banyak Inovasi
“Selain itu, kami juga sedang merangka pelan untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam produk kami. Kami juga merancang untuk meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama lebih ramai saintis antarabangsa.
Ads
Kami mahu jenama ini sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka di dunia yang berasaskan inovasi dan teknologi, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap kualiti dan piawaian halal,” katanya.
Mengenai penerimaan MUDDE Glo12 selepas hampir tiga bulan dilancarkan dan berada di pasaran, Eiyma cukup optimis.
“Penerimaan terhadap HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot amat menggalakkan. Sejak dilancarkan hampir tiga bulan yang lalu, sudah lebih daripada 30,000 unit terjual. Ia satu angka yang melebihi jangkaan awal. Kami menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang merasakan kulit mereka menjadi lebih muda dan segar selepas menggunakan produk ini.
“Teknologi ‘MonaJuventa Nu’ yang terkandung dalam produk ini sangat memberikan kesan yang ketara, dan ini membuatkan ramai pengguna terus setia dengan produk HAUS.
“Ketika ini juga kempen “Scan & Win” dilancarkan. Kempen ini menawarkan hadiah bernilai RM10,000 kepada pembeli produk Kami. Apa yang menariknya, hanya dengan membeli satu item pun, mereka sudah layak untuk menyertai. Mereka perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada kotak produk tersebut.
Selepas itu, mereka perlu mengisi borang ringkas, dan secara automatik akan terus mendapat keputusan mengenai hadiah yang bakal dimenangi,” katanya.
Dunia bisnes bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan sekali berniaga terus dapat untung. Tak kuat, mahunya hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.
Kadang-kadang, terfikir, macamlah cara dan strategi orang bisnes ini. Memang asalnya dia dah teror berniaga atau kira nasib serta rezeki masing-masing.
Namun, kalaui kita tengok orang yang terlibat dalam dunia bisnes, kejayaannya bukan datang bergolek. Pasti ada cabaran, perit jerih untuk capai kejayaan sekarang ini.
Ada yang sanggup keluarkan modal beratus ribu untuk berniaga. Sampai masanya tiada apa yang dapat. Tapi, kalau dah rezekinya dengan bermodalkan duit simpanan yang tak seberapa, ia boleh memberi kejayaan besar.
Tertarik dengan perkongsian usahawan, anak Malaysia yang berjaya di luar negara ini. Dahulu, hanya berbisnes di Jepun, sekarang produk miliknya sudah terbang ke Jerman. Ikuti perkongsian menarik dari Zunita Ramli ini.
Apakah motivasi yang membuatkan dia ke Jerman?
Saya bermula dengan kecil saja, hanya RM20. Tak pernah buat loan, ambil geran, atau dapat apa-apa bantuan kewangan pun untuk mulakan bisnes. Dari sekecil RM 20 tu lah, saya kembangkan sampai sekarang. Jujur, ianya tak mudah.
.
Sepanjang bisnes, macam-macam dugaan dan cabaran. Tapi saya katakan pada diri saya, it’s not easy to beat a person who never give up. Mungkin tak sehebat orang lain, tapi saya percaya tak perlu bersaing dengan sesiapa pun, tapi dengan diri sendiri. Keep improving.
Bukan sekejap saya dalam industri ni.
.
Kenangan Berniaga Bersama Arwah Abah
Sejak kecil lagi, saya tolong arwah abah berniaga pasar malam, jual burger dan ayam goreng. Saya dah lihat sendiri sepak-terajang bisnes ni. Bila cuaca baik, banyak la jualan, bila cuaca ribut petir hujan semua, berbondong-bondong lah ayam goreng dan burger yang tak habis tu kena bawak balik.
Tu tak masuk lagi kena pegang payung kuat-kuat takut terbang sebab angin kuat masa hujan lebat. Ada masa, balik lewat malam lori pula rosak di tengah jalan.
Ahh, kenangan sungguh. Sebab tu saya faham sangat dunia bisnes ni penuh cabaran. Kalau tak kuat semangat, memang boleh down. Keep going, keep doing.
Cita-cita saya untuk bawa Tokyo Organic ke peringkat global bukan sekadar omong kosong. I know what I want. Tapi saya tahu, ia bukan suatu mudah. Banyak yang saya perlu lakukan.
Saya sambung belajar MBA untuk tahu apa yang saya perlu tahu untuk berjaya di peringkat global. No other motivation – I just want to succeed. I study because I want that knowledge. Nothing less.
Dari Jepun Ke Jerman
Saya “terbang” dari Jepun ke Jerman untuk lihat sendiri pasaran Jerman dan Eropah macam mana. I want to know how European market works, their consumer behaviours, business practices and so forth. Alhamdulillah semua barang Tokyo Organic sold out dekat Germany ni. After 3 days at the exhibition, I get what I want – experience, exposure, and connections. Indeed, it was a priceless experience. I learned a lot.
To be a global brand, there are so many rooms to improve for TO. And I remember what I learned in class, BPR & Kaizen. Remember, Rome wasnt build in a day. Step by step. Germany might be my starting point.
But why I really keen to go global?
Truth to be told, it’s never about the money. It’s never about being rich. It’s never about owning the most expensive handbag or car in the world. I just want to see how far I can go. I just want to see how far I can expand that
RM 20 to. I just want to see how can I convince people around the world to pur.chase my product. Just that.
I believe, if abah is still alive, he will be proud of me.
We are going global, abah
Mingguan Wanita : Inspirasi sangat. Moga terus sukses.
Nadia Brian Jaga Kecantikan Muka. Seperti yang kita tahu, Nadia Brian merupakan seorang pelakon yang sering mendapat pujian ramai dek kerana kecantikannya. Menurut Nadia, rahsia di sebalik kecantikannya merupakan hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja lagi. Nadia akui bahawa dirinya sudah mula menjaga kecantikan seawal usia 16 tahun, terutama kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.
Jaga Kecantikan Muka
Salah satu rahsia kecantikan yang sering Nadia Brian praktikkan dalam kehidupan seharian ialah dengan menggunakan kiub ais pada wajah. Dia menjelaskan bahawa penggunaan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran akan memberikan kesegaran pada kulit mukanya.
Bukan itu sahaja, Nadia turut menekankan kepentingan menjaga kecantikan diri dari segi fizikal dan dalaman sejak awal lagi. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Apabila ditanya berkenaan kerjayanya jika dia bukanlah seorang artis, Nadia terus menjawab bahawa mungkin dia akan menceburi bidang kecantikan dengan menjadi seorang pakar estetik
“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan.” kata Nadia sambil tersenyum.
Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana menjaga diri kita dari dalam.
Pelancaran Kireina Wellness Tempat Selamat Buat Wanita
Nadia ditemui ketika pre-pelancaran Kireina Wellness tempoh hari, sebuah pusat kecantikan dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.
Puan Azizah Salleh yang merupakan pengasas Kireina Wellness berkata, beliau ingin wanita di luar sana untuk mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim. Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness yang hanya fokus terhadap wanita, semoga ia dapat memberikan ruang untuk para wanita moden mencurah rasa tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.
Kulit adalah cerminan keanggunan seorang wanita. Namun, penuaan, pencemaran dan gaya hidup yang sibuk sering kali meninggalkan kesan pada kulit.
Perjalanan masa juga sering kali meninggalkan jejak pada kulit. Dari kedutan halus, kehilangan keanjalan sehinggalah kulit kelihatan kusam dan kehilangan seri muda. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Exoderm Ageless Therapy hadir sebagai penyelesaian yang mampu mengembalikan keremajaan kulit dengan efektif dan selamat.
Rawatan yang diperkenalkan oleh Estika Medispa yang berdiri megah 31 cawangan francais di seluruh Malaysia memberikan rawatan eksklusif dan khidmat nasihat kecantikan yang direka khas untuk memenuhi keperluan serta impian kecantikan setiap individu telah memperkenalkan rawatan Exoderm Ageless Therapy.
Apa dia Exoderm Ageless Therapy? Ia adalah rawatan premium yang menggabungkan teknologi microneedling dengan Stemcell Serum untuk memberikan kesan kulit yang lebih muda, halus dan berseri.
Rawatan ini turut menggabungkan dua elemen utama untuk memulihkan kulit. Teknologi microneedling menggunakan jarum halus untuk merangsang pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit, manakala Stemcell Serum kaya dengan nutrien yang membantu memperbaiki kerosakan kulit. Kombinasi ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembaharuan kulit, malah turut mengurangkan tanda-tanda penuaan secara berkesan.
Bahkan rawatan ini sesuai untuk mereka yang ingin menangani masalah garis halus, kedutan, jeragat, tona kulit tidak sekata, liang pori terbuka dan kulit kusam.
Dibangunkan dengan inovasi terkini, Exoderm Ageless Therapy adalah gabungan sains dan alam semula jadi yang berfungsi memperbaharui kulit dari dalam. Produk ini dirumuskan dengan bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal.
Jadi bila melakukan rawatan ini, wajah akan kelihatan jauh awet muda dari usia sebenar. Sebabnya adalah kerana exoderm ageless therapy akan :-
• Meningkatkan penghasilan sel kulit baru: Membantu kulit kelihatan lebih muda dan segar.
• Mengurangkan garis halus dan kedutan: Kulit kelihatan lebih tegang dan muda.
• Memudarkan bintik hitam, parut jerawat & jeragat: Meningkatkan kecerahan kulit secara keseluruhan.
• Membetulkan tona kulit: Rawatan ini membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata.
• Mengecilkan liang-liang pori yang terbuka: Menjadikan kulit lebih halus dan licin.
• Merawat masalah kulit kusam: Mengembalikan keserian wajah anda.
Tidak setakat kulit kekal anjal, sehingga hujung tahun ini ada tawaran menarik dari Estika Medispa iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus bagi rawatan Exoderm Ageless Therapy.
Jelas ia satu peluang terbaik untuk anda memanjakan diri dengan rawatan kecantikan berkualiti tinggi sambil menikmati penjimatan yang luar biasa. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahkan kecantikan anda pada harga yang lebih berbaloi!
Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2024. Tempah slot anda sekarang dan mulakan tahun baru dengan kulit yang lebih sihat dan berseri! Hubungi Estika Medispa untuk maklumat lanjut atau layari laman web kami di www.estika.com. Anda juga boleh cari kami di media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Instagram dengan kata kunci Estika Medispa.
Mengikut Terma & Syarat: Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2024.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...