‘Hauk’ Sangat Perangai, TRAUMA Pemilik Rumah Serik SEWAKAN Premis Pada Pelajar!

Share

‘Hauk’ sangat perangai, trauma pemilik rumah sewakan premis pada pelajar!. Memang ada benarnya antara punca deposit rumah terlalu mahal adalah disebabkan sikap segelintir penyewa yang berperangai teruk dan tidak bertanggungjawab pada premis yang disewa.

Mungkin bukan semua, namun sebahagian besar penyewa terutamanya yang masih bergelar pelajar ‘meninggalkan’ rumah dalam keadaaan cukup kotor tak terurus, bil utilti melambung tinggi tak berbayar dan pelbagai kerosakan yang perlu diperbaiki yang terpaksa ditanggung pemilik.

Kejadian dan sikap sebegini pastinya cukup meninggalkan kesan dan trauma pada pemilik rumah yang terpaksa menanggung kos besar kesemuanya.

Baca perkongsian pengalaman daripada Puan Zeeda Aziz ini sebagai rujukan;

Riuh parents berbunyi tentang masalah penempatan pelajar universiti. Kolej dah penuh, rumah sewa tak ada. Kalau ada pun mahal sangat depositnya.

Saya pernah membuka peluang kepada pelajar menyewa apartment saya di Bangi. Waktu tu saya masih naif dan bersangka baik. Deposit rendah, harga sewa murah, apartment pun fully furnished. Saya siap belikan tilam untuk penghuni.

Tamat satu semester, rumah dipulangkan dalam keadaan yang tak terluah dengan kata-kata. Terduduk saya tengok rumah hancur. Seminggu saya dengan suami menyewa di hotel untuk ulang alik bersihkan lantai yang berdaki, bilik air berlumut kuning hijau.

Mangkuk tandas nak saya cerita tak warnanya?

Sekadar gambar hiasan

Pintu kabinet dapur pecah diterajang penghuni. Bong untuk hisap syabu dijumpai. Kotak rokok, kondom, spenda reput…semua berterabur di atas lantai ruang tamu. Yang menyewa ni anak-anak bangsa saya sendiri yang saya anggap sebagai anak.

Tapi kenapa hauk sangat perangai?

Hampir terlupa, bil TNB tertunggak RM1.5k. Sapa yang bayar? Makcik kaki satu ni le. Budak-budak ni dah lebuh lari (deposit tak boleh cover pun).

Kali kedua, saya minta kawan saya seorang peguam untuk datang ketika tenancy agreement ditandatangani. Yang ni upah siap semua, RM500. Mahal ke? Saya rasa ini standard fi peguam.

Untuk sewaan kali ini, saya pesan pada penyewa supaya patuhi peraturan pada tenancy agreement. Deposit ya saya ambil tinggi, tapi ianya akan dipulangkan jika rumah ditinggalkan dalam keadaan yang baik.

3 bulan sebelum mereka tamat tempoh sewaan, saya WA banyak kali bagitau supaya bersihkan unit sebelum keluar. Budak-budak ni jawab ya puan ya puan.

Gambar hiasan

Hari kunci dipulangkan…Allahu….ranap lagi.
Demam-demam saya dan suami mengemas rumah yang tunggang terbalik. Sampah tak dibuang, sinki berkerak, bilik air macam uwerkkk..

Budak-budak ni desak saya pulangkan duit deposit. Merayu cakap mereka datang dari keluarga yang susah dan perlukan duit.

Saya tanya mereka, apa jadi dengan janji yang mereka buat setiap bulan? Jangan guna alasan orang susah untuk jadi penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Saya kata, tenancy agreement tu dibuat dengan kehadiran peguam. Malang sekali budak-budak ni yang langgar peraturan yang tertulis dalam perjanjian.

Jadi, saya tak pulangkan duit deposit tu sebab saya perlu baikpulih kerosakan yang nilainya beribu.

Takut Sewakan Rumah Pada Pelajar

Pemilik rumah sekarang ni dah takut nak sewakan premis kepada students (saya antaranya).

Sebagai parents pula, mungkin anda perlu buat home visit ke rumah sewa anak-anak bagi memastikan rumah yang disewa tidak rosak hancur dikerjakan. Ajar anak-anak menghormati harta benda orang lain walaupun sewa dibayar.

Nak kesian kat students yang baru nak mula hidup ni? Masalahnya saya kena dengan students yang baru nak mula hidup ni la.

Nanti ada orang marah saya pukul rata. Saya hanya cerita pengalaman saya dan saya tak suka ambil risiko banyak kali.

Juga, menyewa rumah kepada students bukan boleh kaya pun. Bayar loan rumah sebulan RM900, sewa RM1600 (fully furnished). Untung kat mana habaq mai?

Satgi ada pulak kata sewa la rumah kosong.Hat kata tu la pi sewakan. Rumah saya ada perabot segala sebab memang duduk situ dulu. Bila pindah, tak bawa barang banyak.

Anyway, rumah sekarang ni disewakan kepada ahli keluarga sendiri yang boleh dipercayai. Tak perlu minta deposit, Alhamdulillah dah hampir 3 tahun mereka menghuni…rumah kemas bersih.Tenang je hati.

Kepada students yang masih mencari-cari rumah sewa, aunty just boleh cakap goodluck. Salahkan senior2 hangpa yang meninggalkan trauma kepada pemilik-pemilik rumah ni.

Mesti Baca:Sengsara Cari Rumah Sewa Di Shah Alam, Bukan Semua Pelajar UiTM Mampu Bayar Deposit RM9000
Baca Lagi Di Sini:Rumah Sewa Tiada Almari, Buat Macam Ni Bajet RM40, JIMAT!
Artikel Menarik:Ada Sebab Sebaiknya Isteri Perlu SEWAKAN RUMAH Sendiri Kepada Bakal Suami

Mingguan Wanita:Ada benarnya, sikap tak bertanggungjawab menyebabkan rumah rosak dan tak dijaga dengan baik, membuatkan pemilik rumah trauma dan serik untuk menyewakan pada pelajar. Apatah lagi memikirkan kos yang terpaksa ditanggung untuk membaiki kerosakan pula.

Sumber: Zeeda Aziz

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab