Lumrah wanita bergelar isteri gemar berkongsi cerita itu dan ini. Namun apabila hati terguris dek kata-kata suami, jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat, nak pandang pun tak sudi. Kena berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya dalam hubungan rumahtangga.

Fahamkan perkongsian catatan Mohd Fhais ini;

Jaga mulut, jaga hati, keluarga akan terjaga.

Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.

Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.

Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa. Tup tup, tepat jam 3 petang dapat mesej di whatsapp.

“Abang kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”

Saya reply ok je.

Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,

“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”

Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.

Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,

“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,

“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.

Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.

Ads

Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.

Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.

Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.

Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.

“Abang pampers ni Aisy tak boleh pakai, kulit dia sensitif”, isteri

“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya

“Abang pergi la beli kedai lain, kesian Aisy melecet nanti”, isteri

“Awak pergi la beli”, saya

Ads

Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap. Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers Aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.

Bila Hati Terguris, Jangan Kata Nak Mengadu Bercakap Pun Mulut Jadi Berat

Kisah Sebenar

Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.

Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.

Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.

Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.

Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.

Bila Hati Terguris

Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat. Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.

Ads

Aduh, pengajaran sungguh!

Jaga Adab Bicara

Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.

Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.

Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.

Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.

p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam.
Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais

#notakekeluargaanfhais
#emosivsmentaliti

MW: Memang ada benarnya. Pesanan buat suami isteri jagalah adab, susun tutur kata sebaiknya pada pasangan. Jangan ikut sedap mulut je bila bercakap, yang boleh mengguriskan hati, merenggangkan hubungan dalam rumahtangga.

Baca Disini;
Isteri Jadi Wanita Paling Bahagia Bila Suami Rajin Layan Bersembang

Sumber: Mohd Fhais

Bila Hati Terguris, Jangan Kata Nak Mengadu Bercakap Pun Mulut Jadi Berat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI