Hati Naqiu sebagai bapa kepada anak OKU terguris, sensitif dan emosi ikut kes Bella. Isu berkaitan remaja sindrom down bernama Bella terhadap kes penderaan yang dialaminya terus hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini.
Naqiu selebriti yang juga bapa kepada lima cahaya mata iaitu Wan Ratna Putri, 10, Wan Daniel Iman, 9, Wan Alexander Putra, 8, Wan Esyana Alicia, 7, dan Wan Danish Aydin, 4 akui dirinya begitu sensitif dan beremosi apabila mengikuti perkembangan kes Bella.
Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris
Naqiu bapa kepada seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU) juga terkesan dengan apa yang menimpa Bella yang menjadi mangsa dera sehingga mengalami kecederaan serius.
Mempunyai seorang anak istimewa iatu cahaya mata keempatnya, Wan Alexander Putra yang dilahirkan dengan autism membuatkan Naqiu beremosi memikirkan apa yang berlaku kepada Bella.
“Dia autisme dan selalu tantrum sehingga tahap susah nak kawal. Mengamuk tiba-tiba, baling barang, cederakan diri sendiri dan macam-macam lagi. Namun sebagai bapa, saya tak pernah sekali pun mengeluh kerana itu semua dah tertulis.
“Alhamdulillah semua adik-beradik dia dan keluarga saya menerima Alex dengan sangat terbuka hati kerana kita tahu, dia adalah anak syurga yang memberi jaminan laluan mudah ke syurga kalau kami mampu membawa amanah menjaga dia dengan baik.
“Saya sayang Alex lebih daripada yang lain kerana dia tak sempurna. Setiap hari saya berfikir apa nasib Alex nanti bila saya tak ada nanti. Itulah yang selalu saya fikirkan,” luahnya tentang anaknya yang bernama Alex.
Menangis Tengok Video
“Dua tiga hari ini, hati dan fikiran saya makin terganggu sampai susah lelap mata sebab terlalu memikirkan tentang sorang lagi ‘anak syurga’, adik Bella yang menjadi mangsa dera teramat dasyat dan tidak terbela nasibnya.
“Allahuakbar sampai menangis tengok semua video dan gambar adik Bella. Sakitnya ‘anak syurga’ ini didera sebegitu, dasyatnya derita yang dia tanggung.
Ads
Terbayangkan Kalau Anak Sendiri Jika Diperlakukan Begitu
“Saya terbayangkan kalau anak saya yang diperlakukan macam itu. Kalaulah Alex yang kena curah air panas, kena makan tahi, ayam busuk, nasi dengan cuka, kena sebat, pijak dan macam-macam lagi selama berbulan-bulan lamanya.
“Allahhhh.. Manalah pergi hati perasaan si pelaku, takkan tak sekelumit ada rasa kesian pada budak itu. Kita orang Islam, jauh mana kita tersasar pun, asas itu tetap ada. Tapi mana pergi asas si pelaku.
“Saya sebagai ayah kepada anak OKU seperti adik Bella sangat sensitif dan beremosi apabila mengikuti perkembangan kes ini.
Sama-Sama Berjuang #JusticeForBella
“Tak tahu nak cakap dan bantu macam mana. Mungkin dengan perkongsian ini dapat membuka mata pengikut saya untuk sama-sama berjuang #JusticeForBella. Itu saja saya mampu.
“Kita lawan fight habis-habisan untuk pastikan si pelaku dikenakan hukuman setimpal. Jangan ada ‘tangan ghaib’ yang menidakkan keadilan untuk adik Bella.
Ads
“Harap satu hari nanti saya boleh jumpa adik Bella dan peluk dia kuat-kuat. Moga dia lupa mengenai semua kesengsaraan dan kesakitan yang pernah dia tanggung,” katanya menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagram.
“Semoga Adik Bella Mendapat Pembelaan” Netizen
Sememangnya ramak yang sayangkan adik Bella dan bersetuju dengan pandan Naqiu. Menerusi ruangan komen netizen turut mendoakan kesejahteraan kesihatan Bella dan menyokong tanda pagar #justiceforbella.
Cukup tragis apabila tahu penuntut kolej Nur Alya Damia ditemui mati di bulan yang mulia dengan kesan dijerut di leher di kawasan yang tak disangka. Berita sedih ini diketahui selepas rakannya Ain Zulaika Zamuri, 19, keluar mencari arwah bersama rakan yang lain dan ditemui di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” luahnya.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Cerita rakan arwah, Ain Zulaika Zamuri, 19, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan nak bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.
Rasa Tak Sedap Hati
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
“Saya bersama dua rakan sebilik yang lain mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan. Saya pergi kawasan itu dan terkejut apabila tengok mayatnya (Nur Alya Damia).”
“Tak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Dari Pihak Yang Jumpa Mayat
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.
Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Dari pihak Mingguan Wanita, ucapan takziah buat keluarga mangsa, semoga Allah permudahkan segala urusan dan tabah berdepan dengan ujian Allah di bulan Ramadan.
Al-Fatihah.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehidupan seorang remaja yang menguasai hampir 16 bahasa di Kemboja kini bertukar 360 darjah malah semakin popular kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.
Thuch Salik, 14, hanya seorang remaja biasa datang dari keluarga susah namun memiliki keunikannya tersendiri. Salik, mempelajari kesemua bahasa itu ketika berinteraksi dengan pelancong ketika menjual cenderamata seperti pelekat magnet dan poskad di hadapan kompleks kuil Angkor di Krong Siem Reap, Kemboja.
Mendapat Perhatian Ramai
Susulan videonya yang bercakap dalam pelbagai tersebut viral di media sosial, kehidupan Salik sekeluarga kini sudah mula berubah.Baru-baru ini, mereka dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen tempatan.
Malah, terdapat juga orang-orang perseorangan yang mendermakan basikal dan permainan baru, serta turut berjanji untuk membiayai pendidikan Salik sehingga ke peringkat universiti.
Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.
Menurut ibunya, Mann Vanna, dia tidak lagi membenarkan anaknya menjual cenderahati kerana ingin menumpukan pelajaran.
“Saya tidak membenarkan Salik bantu saya menjual cenderahati, jika ada kelapangan, baru dia boleh bantu saya.
“Keutamaan adalah pelajarannya kerana saya mahu dia menjadi insan berguna,” katanya.
Tidak Sedar Anak Bijak
Malah Vanna mengakui tidak menyedari anaknya itu seorang yang bijak sehingga mampu mempelajari begitu banyak bahasa dalam tempoh masa yang singkat.
Kisah Salik sebelum ini mendapat perhatian selepas video dia berkomunikasi menggunakan 16 bahasa antaranya Rusia,Mandarin, Jerman, Tagalog, Jepun dan Itali, viral menerusi perkongsian di laman sosial.
MW: Kemahiran menguasai pelbagai bahasa adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai buat remaja ini. Semoga kelebihan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mampu merubah kehidupan keluarga dengan lebih baik.
Seharusnya begitulah anak-anak, biar dah berjaya melangit, glamour ke tahap puncak sekali pun, hak mak ayah tetap ditunaikan tanpa bernanti-nanti.
Pelakon drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie ini meletakkan ibunya di takhta teratas selain suami dan anak-anak. Kerana ibulah sumber kekuatan dirinya sebagai seorang anak.
Momen mengingat mak ini tiba-tiba terakam semula di ingatan Noorkhiriah dalam bulan puasa ini. Catatnya, “Baru lepas makan sambal itam mak buat. Macam nampak mak je dalam bubur lambuk ini.”
“Hadeh.. tetibe rasa macam nak balik kampung. Korang jangan sia-siakan mak kita yang sorang ni. Dulu time akak jatuh frust tergolek dog. Mak pesan satu je, ‘boipren boipren ni leh cari ganti.. tapi mak tak de ganti dah.”
“Itulah penguat semangat akak bila down. Zaman dululah.. zaman sekarang nak frust mende? Gedik ar kalu frust-frust ni.”
Mak Masak Air Pun Sedap.. Air Tangan Mak Kan
Kata Noorkhiriah lagi, “time bulan puasa gini hok yang darjah satu punya kisah pun boleh ingat balik. Time sahur.. time berbuka.. penuh meja.”
“Ntah pape je atas meja time tu. Mak masak air pun rasa sedap. Air tangan mak kan.. Bila tanya mak OK? Tak de yang tak OK. Rindu anak-anak pun mak diam je.”
“Sedar-sedar wasap suh balik. Maka anak-anak pun meluru cari date bagi semua berkumpul. Kadang dapat, kadang berterabut baliknya.”
“Tapi takpe janji balik. Moga Allah sihatkan mak.. rahmari mak. Mak, saya rindu ngat ke Pak. Semalam (4 hari lalu) genap 5 tahun arwah Pak pergi. Allah ambil hak Dia.”
Akui Noorkhiriah lagi, ibunya itulah kebahagiaan dirinya selain daripada suami dan anak-anak. Biarpun ayahnya sudah tiada, tidak bermakna ibunya tidak berhak untuk bahagia.
MW : Cuma nak khabor, “hakak pun pernah merasa sambal itam mak Norkhiriah ni. Memang power.. dia punya sedap original pior Pahang.”
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...