‘Hati Kami Retak..’ Ibu Ayah Nora Anne Pilu, Luah Emosi

Share

Kehilangan remaja OKU warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun selama 10 hari berakhir dengan tragedi. Mayatnya ditemui semalam kira-kira jam 1.57 tengahari dan disahkan identitinya oleh ahli keluarga kira-kira 8.40 malam.

Pagi ini, bedah siasat dijalankan ke atas mayat Nora Anne di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’far Seremban (HTJS) yang turut disertai sepasukan Pakar Patologi Kanan HKL.

Dalam pada itu, ibu dan ayah, Nora Anne, Maebh Jasephrine Quoirin dan Sebastian Marie Philipe melalui satu kenyataan yang diwakili Lucie Blackman Trust Foundation berkongsi rasa hati.

 

Kredit foto : Lucie Blackman Trust/Famili

 

Kata mereka, Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah berusaha sebaik mungkin mencari Nora. Kami juga merakamankan rasa terima kasih kepada penduduk tempatan dan mereka yang terus menyokong dan mendoakan kami dari kejauhan.

Nora telah menyatukan kita semua, terutama dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia. Bersatu hati dalam sokongan dan kasih sayang terhadapnya dan ahli keluarganya.

Sesungguhnya, Nora telah menyentuh hati seluruh dunia.

Kepada rakan-rakan kami dan ahli keluarga di tanahair, ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas kasih sayang anda.

Nora gadis yang cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Kejadian yang menimpa Nora sesuatu yang sukar untuk kami tanggung. Hati kami retak..”

Kasih sayang kami untuk Nora tak pernah ada batasan.”

Bedah Siasat Nora Anne Dirujuk Ke Peguam Negara

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman menjelaskan proses bedah siasat remaja berkenaan dijangka mengambil masa lebih tiga jam. Sebelum laporan penuh diperoleh.

Peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair memaklumkan laporan bedah siasat itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Disamping meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan merujuk kematian Nora Anne sebagai kematian mengejut.

Maklumnya, masih terlalu awal untuk menentukan kematian mangsa ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Sumber/Foto : Lucie Blackman Trust, Harian Metro

Published by
webadmin