Hati ibu mana tidak sedih, Elvina rasa ‘down’ keguguran. Sememangnya hati seorang ibu begitu sedih dan duka apabila mengetahui bayi yang sedang dikandung jantungnya terhenti.
Walaupun kesedihan namun pelakon, Datin Elvina Mohamad menganggap tiada rezeki untuk dirinya dan suami menimang cahaya mata kedua.
Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran
Elvina dan suami Datuk Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.
Menerusi petikan dari Mstar, Elvina memberitahu dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hair ini (Selasa),” luahnya.
Ads
Anggap Tiada Rezeki
Walaupun lahirkan perasaan sedih dan duka namun Elvina dan suami akur dengan takdir Ilahi dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.
“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” kongsi Elvina.
Tidak dinafikan wanita perlu lebih berhati-hati dengan keselamatan diri kerana ancaman bahaya berada dimana-mana.Baru-baru ini viral rakaman CCTV seorang wanita dibelasah sebelum disamun oleh seorang lelaki di dalam sebuah lif di Stesen MRT. Cukup menakutkan, dibelasah tanpa perasaan simpati!
Sebenarnya dalam situasi yang boleh mengundang bahaya wanita perlu mengambil langkah lebih bijak yang boleh menyelamatkan diri.
Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan mengikut situasi;
1. Apa patut seorang wanita lakukan jika dia berseorangan dengan seorang lelaki asing ketika dia masuk ke dalam lif pada waktu lewat malam di sebuah bangunan tinggi?
Saranan Pakar: Masuk ke dalam lif, sekiranya mahu ke tingkat 13, tekan semua butang setiap tingkat hingga ke tingkat yang hendak pergi. Tidak ada siapa berani menyerang anda jika lif itu berhenti di setiap tingkat.
2. Apa perlu dilakukan jika seseorang asing cuba menyerang ketika berseorangan di rumah?
Saranan Pakar: Larilah ke dapur, kerana diri sendiri tahu dimana letaknya serbuk cili dan kunyit disimpan dan dimana simpannya pisau dan pinggan mangkuk.
Semua ini boleh menjadi senjata yang membahayakan. Jika tidak ada senjata lain, baling saja pinggan mangkuk kearahnya.Tak mengapa pecah. Jerit! ingatlah bunyi bising adalah musuh utama penceroboh. Dia tidak mahu ditangkap.
3. Apa yang perlu dilakukan jika terpaksa menaiki kenderaan atau teksi pada waktu malam?
Saranan Pakar: Sebelum menaiki teksi pada waktu malam, tulis maklumat nombor teksi dan buat panggilan kepada keluarga atau kenalan, dan maklumkan maklumat teksi itu dengan lengkap dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi.
Walaupun tidak ada jawapan kepada panggilan anda, berpura-pura anda sedang berbual dengan ahli keluarga anda.Sekarang pemandu itu tahu maklumat mengenainya diketahui oleh orang lain. Dia sangat bermasalah jika cuba berbuat tidak baik.
4. Apa perlu dibuat jika pemandu itu membawa anda ke arah lain, dan anda merasai diri anda dalam bahaya?
Saranan Pakar: Guna tali pada bag tangan atau sesuatu tali untuk menjerut leher pemandu dan sentap kuat tarik ke belakang sekuat hati. Dalam masa singkat dia akan tersedak dan tidak bermaya.
Jika tidak ada tali bag dan sebagainya, tarik kolar bajunya ke belakang, butang bajunya akan melakukan muslihat yang sama.
5. Apa yang perlu dilakukan jika anda diekori pada waktu malam?
Saranan Pakar: Masuk ke mana-mana rumah atau kedai yang terbuka dan jelaskan keresahan anda kepada pemilik rumah atau kedai.Jika kedai tutup, carilah tempat ATM kerana di situ ada CCTV. Orang yang cuba menggangu mungkin tidak berani, kerana tidak mahu dikenali.
Bagaimana pun, tidak panik dan berwaspada, adalah senjata yang terbaik yang boleh dimiliki. Ia membuatkan diri lebih tenanng dan dapat berfikir dengan rasional, tindakan wajar paling tepat boleh dilakukan ketika menghadapi situasi kecemasan yang boleh membahayakan keselamatan ini.
Sila sebarkan maklumat ini kepada wanita (ibu, kekasih, isteri, adik perempuan, kakak dan kenalan) yang anda ambil berat mengenai keselamatan mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan pesanan ini menjadi peringatan penting buat setiap wanita.
Sebagai isteri melihat suami bersusah payah mencari rezeki sememangnya hati akan sayu. Begitu juga luahan yang dikongsi isteri kepada pelawak Atu dari kumpulan Zero.
Sememangnya kehidupan suami isteri masing-masing akan menempuhi kehidupan susah senang bersama. Berbeza dengan pekerjaan orang lainm walaupun anak seni seperti Atu sentiasa ceria di pentas namun sebaliknya bukan mudah untuk membuat orang gelak.
Itulah cabaran yang perlu ditempuhi oleh mereka yang bergelar pelawak.
Isteri Atu Sayu Hati Lihat Suami Bekerja
Isteri Atu Shafeeqa Johari meluahkan dia jarang sekali mengikut suaminya bekerja. Dek kerana tidak mahu Atu bimbang tentang dirinya.
“Percaya atau tidak, saya hanya menunggu update dari fans sahaja setiap kali berlangsung live yang melibatkan suami.
“Jarang saya ikut dia bekerja. Nanti dia risau saya duk mana. Kalau kat rumah memang sah-sah selamat,” ungkap wanita ini.
Watak Atu Berbeza Di Rumah & Atas Pentas
Wanita yang bergelar isteri dan ibu ini juga berasa cukup sayu setiap kali melihat suaminya bekerja.
“Sayu hati bila tengok dia bekerja. Sebab kita tengokk dia mencari idea, luahan hati hanya isteri sahaja yang tahu.
“Ibarat kita tengah tengok suami bancuh simen buat kerja kontrak tepi jalan. Sayu, dia menang ke tak saya tetap akan menangis.
“Nampak ke kan garang muka ku ni kan. Tapi hati ku tisu. Bukan bayaran yang saya bayangkan, tapi kepenatan dia. Atu kat rumah bukan seperti di atas pentas, jauh lebih matang dari usianya.
Semoga Allah Permudahkan Urusan Encik Suami
“Masa depan anak, hala tuju kami semua bermain difikirannya. Atu pak lawak di pentas, orang kritik macam-macam, tapi dia tenang. Kadang-kadang dia gelak tengok nitezen komen.
“Kalau saya dah huru hara dah perasaan ni. Alhamdulilla, tahniah. Semoga Allah permudahkan urusan mu wahai encik suami. Insyaallah berkat rezeki yang dicari,” luah Shafeeqah.
sally_8176
Mlm td dia buat sewel dia p dok sblh Zul Ariffin haru betol laaa ko neh dik..
babypian.dhiladaud
Moga dipermudahkan urusan atu dan keluarga. Diperluaskan rezeki selalu. AMIN. Dhila suka lawak atu ni, tak keterlaluan sangat. Lagi2 bila berada bersama group UNI. Moga terus maju jaya
azfarbinmaleeq_
Alhamdulillah kak beliau seorang yg kerja keras dan tak pernah putus asa , 9 minggu saya duduk dgn dia setiap kali live memang nampak dia penat tetapi dia tetap gagah untuk family tumpang bangga saya tgok dia semoga family akk sentiasa dirahmati InsyaAllah
labumisz
how sweet…moga kak iqa n atu terus bsama hingga ke syurga firdausi..aminnn
nurulain_burn
Tounching plak baca luahan hati seorang isteri.. eqa seorang isteri yg baik.. alhamdulillah dpt suami penyanyang baik.. semoga rumahtangga eqa berbahgia hinggan ke jannah..
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan rampasan pesawat Biman Airlines milik negara Bangladesh, hinggakan ia terpaksa mendarat cemas. Tak sangka rampasan pesawat tersebut hanya berpunca daripada isu pergaduhan suami isteri dalam rumahtangga.
Gaduh Dengan Isteri
Seorang perampas yang mati ditembak oleh pasukan komando Bangladesh didapati membawa pistol mainan dan memberitahu perunding bahawa dia mahu mengambil alih pesawat menuju ke Dubai tersebut kerana bergaduh dengan isterinya, kata beberapa pegawai semalam.
Lelaki berumur 25 itu mati akibat cedera parah ditembak selepas menjadikan serang anak kapal Biman Airlines sebagai tebusan, memaksa pesawat tersebut mendarat cemas di Lapangan Terbang Chittagong lewat kelmarin.
Kira-kira 134 penumpang dan 14 kru penerbangan itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas operasi pasukan komando yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.
Kecelaruan Mental
Pengurus Lapangan Terbang Chittagong, Sarwar-e-Jaman berkata, perampas itu mengalami ‘kecelaruan mental’.
“Punca dia merampas pesawat adalah kerana dia mempunyai masalah dengan isterinya dan dia mahu bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina,” kata Sarwar kepada agensi berita AFP.
Penerbangan BG147 berlepas dari Dhaka ke Dubai melalui Chittagong apabila insiden rampasan berlaku.
Lelaki itu yang hanya dinamakan sebagai Mahadi, dilaporkan membawa sepucuk senjata api di dalam kabin pesawat dan cuba menyerbu kokpit, memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.
MW: Pesanan buat suami isteri, jika ada sebarang masalah dalam rumahtangga, kawallah emosi dan selesaikanlah dengan baik.Tak perlulah sehingga melibatkan malah menyusahkan orang lain pula.