Nur Alya Damia

Perasaan sedih dan terkilan menyelubungi diri apabila membaca kisah adik Nur Alya Damia di laman sosial media sosial yang mati dibunuh oleh bekas teman lelakinya cuma disebabkan isu vape.

Mungkin dek kerana tak dapat menahan emosi marah, akhirnya suspek sanggup bertindak mencekik dan mencampakkan mayat adik Nur Alya Damia di sebuah lokasi. Tidak tahu apa lagi yang berlaku kepada arwah dan suspek sebelum bergelut, namun kebanyakan netizen cukup marah dan memuat naikkan status mengingatkan kaum perempuan agar lebih berhati-hati bila bergaduh dengan pasangan. Dan buat kaum wanita, jemput renungkan nasihat daripada Redzuan Abd Manaf ini…

Pesanan Seorang Lelaki Buat Anak Dara

Girls.

Hati-hati bila memilih kawan atau teman lelaki.

Ads

Tolonglah dengar nasihat paksu yang satu ni. Even paksu dah pesan banyak kali. Paksu dah tulis coretan panjang macam esok nak mati. Paksu membebel macam pondan bedah gigi. Tapi tetap jugak tak ada orang ambil peduli.

Dik.

Ads

Paksu lelaki. Even “kejantanan” paksu masih belum teruji. Even paksu x pernah bercinta beruk pun sebelum ni, tapi paksu tahu apa yang mampu dibuat oleh seorang lelaki. Apa yang ada dalam otak pemikiran kami ni. Paksu tahu bila emosi dan amarah menguasai diri. Paksu pernah rasa nak bunuh jer nyamuk yang hisap darah paksu ni sebab ditolak cinta oleh minah yang paksu gilai. Tapi dik, tolonglah sayang dan hargai diri sendiri. Tolonglah fikirkan sikit mak ayah dan family yang menyayangi. Tolong jangan gataiiii tuutttt… sangat nak bercouple-couple dan bercumi-cumi time muda ni. Semua ni hanya mimpi ngeri!!! Mimpi ngeri??? Reti??? Lelaki yang sayangkan seorang perempuan takkan sanggup buat kerja terkutuk dan sekeji ni samentelah sampai biarkan orang tu mati!!! Allahurabbi!!!

Ads

Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah Allahyarham yang dipenuhi jiran tetangga, sanak saudara dan rakannya sebaik saja van jenazah tiba pada jam 4.50 petang. Allahyarham Nur Alya Damia kemudiannya disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Pantaulah Anak-anak

Maafkan paksu dik sebab terlebih emosi. Tapi paksu terpaksa dan terpanggil untuk menulis lagi. Menulis untuk semua orang yang paksu sayangi. Pakcik, makcik, kakak, abang, adik, saudara, saudari… tolonglah pantau anak-anak yang kita kasihi. Tolonglah tegas sikit demi masa depan mereka di belakang hari. Tolonglah ada sedikit sifat prasangka dalam diri. Cek whatsapp story, wechat status, facebook posting dan gambar-gambar anak di ig sebab budak-budak zaman laniii lebih advance dan berani dalam serba serbi. Lebih baik kita hilang rasa hormat dari seorang anak dari tengok anak sendiri mati. Paksu sedih, sedih sangat dengan apa yang terjadi. Even adik ni paksu tak pernah kenal pun sebelum ni.

“Di bulan ramadhan yang mulia ni, even syaitan diikat rapi tapi nafsu tidak boleh dikawal diri. Akhirnya berlakulah tragedi. Tragedi menyayat hati. Matinya seorang anak muda yang dibunuh teman sendiri. Allahurabbi.”

Salam takziah dan alfatihah dari paksu untuk adik yang meninggal dibunuh dan buat seluruh keluarga yang bersedih hati. Paksu doakan adik damai disisi Ilahi. Dan paksu jugak doakan pembunuh adik sempat bertaubat dan insaf kembali. Moga kita semua belajar dan ambil iktibar dari tragedi sedih ni. Allahurabbi!!!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI