Hati-hati buat penjual mahupun pembeli bahawa jual beli secara ‘cedok-cedok’ yang kian menjadi trend di media sosial, baik menerusi TikTok atau IG Story mempunyai unsur ‘gharar’. Hukumnya sama sekali tidak sah dan diharamkan.

Fahamkan penjelasan daripada Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini sebagai panduan;

Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan

Soalan Di Inbox:

Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini.

Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut?

Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM80.Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.

Hati-Hati Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’ Adalah ‘Gharar’, Tak Sah & Hukumnya HARAM!

Jawapan:

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Jual Beli Jahiliah

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.

Ads

Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Hati-Hati Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’ Adalah ‘Gharar’, Tak Sah & Hukumnya HARAM!

Dua Keadaan Gharar

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Hati-Hati Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’ Adalah ‘Gharar’, Tak Sah & Hukumnya HARAM!

Ads

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.

Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.

والله أعلم
Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Mesti Baca:Hukum Jual Beli, Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat & Kira!

Ads

Baca Lagi Di Sini:“Risau Terambil HAK Orang Lain” Syahmi Sazli Nekad Berhenti Jual Air Balang

Artikel Menarik:Nak Tapau Makanan Kenduri Minta Izin, Haram Makan Kalau Tuan Rumah Tidak Redha

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi elakkanlah terikut-ikut dengan trend jual beli ‘cedok-cedok’ ini. Jelasnya hukumnya tak sah, haram kerana mempunyai unsur gharar.

Sumber:Muamalat.my

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI