Hati-Hati, Kajian Dedah Kata Laluan Ini Paling Kerap Digunakan & Berisiko Digodam!

Share

Kata laluan merupakan akses untuk melakukan urusan akaun perbankan, sosial media dan sebagainya. Namun perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata laluan dan jangan ambil mudah perkara ini sebab nak senang ingat. Sebaiknya, elakkan menggunakan kata laluan yang sangat mudah untuk diteka seperti ‘Password’, ‘123456’ kerana ia sangat berisiko untuk digodam nanti.

Kajian Syarikat Pengurusan Kata Laluan

Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pengurusan kata laluan, NordPass, mendedahkan beberapa jenis kata laluan daripada nombor yang cukup mudah untuk diteka dan digodam, lapor laman berita Wionews semalam.

Antara kata laluan yang paling kerap digunakan adalah ‘123456’, ‘123456789’, ‘111111’ dan ‘12345’.

Kata laluan daripada perkataan ringkas seperti ‘qwerty’, ‘password’, ‘dragon’ dan ‘money’ juga merupakan antara yang paling kerap digunakan.

Malah, kata laluan ‘password’ merupakan kata laluan kedua paling sering digunakan di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Teka Kurang 1 Minit

Di India pula, kata laluan paling kerap digunakan adalah ‘password’, ‘12345’, ‘123456’, ‘123456789’, ‘12345678’, ‘india123’, ‘1234567890’, ‘1234567’, ‘qwerty’, ‘abc123’, ‘iloveyou’, ‘xxx’ dan ‘krishna’, yang kesemuanya mengambil masa kurang daripada satu minit untuk diteka.

“Penting untuk memahami bahawa kata laluan merupakan pintu masuk kepada kehidupan digital kita dan memandangkan kita kerap menghabiskan masa dalam talian, adalah penting untuk menjaga keselamatan siber dengan lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NordPass, Jonas Karklys.

NordPass turut menyatakan bahawa seseorang boleh melindungi akaun mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks, dengan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol dan mengemas kininya dengan kerap.

Baca Lagi Di sini:
Isteri Kena Ambil Tahu No Pin Kad ATM, Password Handphone Suami & Dokumen Penting Lain

Sesekali Check HP Suami, Lelaki Nampak ‘Lebai’ Macam Mana Pun Akan Lemah Dengan PEREMPUAN

Mingguan Wanita: Jadi sila elakkan guna kata laluan yang dikongsikan ini iya. Walaupun senang nak ingat namun sangat berisiko untuk digodam nanti.

Sumber:Kosmo

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab