Hati-Hati Iklan Perkhidmatan Di FB, Scammer Bagi Link Website Sebijik Macam BANK!

Share

Hati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan di media sosial, ini kerana trend terbaru ‘scammer’ akan berikan link website sebiji seperti bank sebenar.

Jika dahulu ‘scammer’ akan menghubungi, menyamar sebagai pegawai bank, pegawai polis dan pegawai LHDN untuk menakut-nakutkan pemilik akaun. Namun kini, modus operandi berubah dengan menawarkan servis yang berpotensi untuk orang ramai menggunakannya di media sosial. Seperti agensi pembersihan, pembantu rumah dan sebagainya.

Baca perkongsian daripada Che Nom ini

Hati-hati dengan scam yang mampu mencuri duit anda dalam bank.Scammer akan iklankan perkhidmatan pembantu rumah dan lain-lain di Facebook & social media lain.

Bila kita WhatsApp atau message scammer ni perkara di bawah akan berlaku:

1. Scammer akan hantar link untuk download aplikasi android yang akan sentiasa curi sms TAC anda.
2. Scammer akan bagi link website sebijik macam bank, contohnya Maybank2u, tapi website tu tipu ja(bukan website sebenar), just untuk curi username dan password.
3. Bila dah dapat username, password & TAC dia boleh transfer duit anda tanpa halangan.

Tips:

-Jangan download app selain dari Google Play Store.
-Pastikan URL bank adalah betul contoh : https://www.maybank2u.com.my

-Pastikan phrase & gambar anda adalah betul bila masukkan username, sebelum masukkan password. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank
Baca Lagi Di Sini:Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!
Artikel Menarik:“Bagi Modal, Janji Kahwin” Pengarah Wanita Usia 64 Tahun Rugi RM5.29 Juta!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mohon ambil perhatian iya, harus lebih berhati-hati jangan jadi mangsa seterusnya.

Sumber: Che Nom

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab