Hati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan di media sosial, ini kerana trend terbaru ‘scammer’ akan berikan link website sebiji seperti bank sebenar.
Jika dahulu ‘scammer’ akan menghubungi, menyamar sebagai pegawai bank, pegawai polis dan pegawai LHDN untuk menakut-nakutkan pemilik akaun. Namun kini, modus operandi berubah dengan menawarkan servis yang berpotensi untuk orang ramai menggunakannya di media sosial. Seperti agensi pembersihan, pembantu rumah dan sebagainya.
Hati-hati dengan scam yang mampu mencuri duit anda dalam bank.Scammer akan iklankan perkhidmatan pembantu rumah dan lain-lain di Facebook & social media lain.
Bila kita WhatsApp atau message scammer ni perkara di bawah akan berlaku:
1. Scammer akan hantar link untuk download aplikasi android yang akan sentiasa curi sms TAC anda.
2. Scammer akan bagi link website sebijik macam bank, contohnya Maybank2u, tapi website tu tipu ja(bukan website sebenar), just untuk curi username dan password.
3. Bila dah dapat username, password & TAC dia boleh transfer duit anda tanpa halangan.
Tips:
-Jangan download app selain dari Google Play Store.
-Pastikan URL bank adalah betul contoh : https://www.maybank2u.com.my
Ads
-Pastikan phrase & gambar anda adalah betul bila masukkan username, sebelum masukkan password. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.
Ada ketika buntu nak masak apa, sebab bukan senang nak cari sajian yang sesuai dengan tekak anak-anak. Haaa… adakah anak anda peminat ayam? Apa kata ibu cuba sediakan Sate Nugget Ayam ini, perkongsian resepi dari Puan Junio Valerio Seriko…
Bahan-bahan:
300 gram daging ayam yang sudah di blender halus
10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Bawang putih yang sudah dikisar
Lada putih
Garam
Serbuk pati ayam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kemudian masukan tepung ubi supaya tak melekat sangat.
2. Tambah minyak masak sikit lepas itu rebus.
3. Akhir sekali, gaulkan daging telur selepas itu goreng. Campur telur dengan sikit tapioca flour yang sudah dimasukkan sedikit air supaya tak cepat hangus ketika ayam digoreng.
NOTA: Goreng guna api sederhana besar, tak boleh terlalu kecil dan jangan api besar, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun pernah ditampar ketika bertugas, mak “guard” ini tak pernah serik, hanya fokus cari rezeki untuk anaknya. Memang kental sungguh hatinya walaupun baru berusia 20-an.
Zaman pandemik ini membuatkan mak ayah akur dengan ketentuan Allah SWT. Segelintir kita ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan ada juga yang kehilangan pekerjaan.
Jadi apa saja peluang yang muncul di depan mata terpaksa disambar demi kelangsungan hidup. Pedulikan apa saja kata orang, jalan terus!
Fokus Cari Rezeki
“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘low class’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.
Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipelopori lelaki.
Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang, turut berkongsi kisahnya di TikTok yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.
Pernah DiTampar Ketika Bertugas
Malah menurut Nurul Nazifah, yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasa, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.
“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.
“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hospital dan sekolah.
Mak “Guard” Ini Tak Pernah Serik
“Di hospital lebih mencabar malah saya pernah ditampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya.
Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.
“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.
“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.
“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.
Tidak Pedulikan Pandangan Orang
Jelasnya, ramai yang memandang hina sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.
Tambah Nurul Nazifah, dia hanya mahu aura positif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.
“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.
“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta mental.
“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di Bigo dan TikTok bagi menambah pendapatan,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi kepada orang lain. Paling penting dia tidak menyerah kalah dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki untuk anaknya. Semoga berjaya!
Sungguh, bukan mudah menerima kehilangan anak-anak tersayang apatah lagi ‘pemergian’ mereka secara serentak. Gagal mengawal kesedihan, bapa kepada tiga beradik yang maut akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini, Mohd Nadzir Mohamad, menangis di sisi jenazah.
Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Reda Pemergian Anak-Anak
Dalam keadaan mengalirkan air mata, Mohd Nadzir reda dengan pemergian anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik itu dalam keadaan menyayat hati.
Dia berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan tiga beradik itu kecuali layanan yang mesra diberikan oleh Nurul Syazwani dan Noor Fathiah, terhadap dirinya kebelakangan ini.
“Sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayan saya dengan sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum saya.
“Jika saya beritahu nak makan apa-apa, mereka segera menyediakannya dan saya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru saya sedar akan perubahan itu,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Jenazah tiga beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak di sini, jam 11.45 malam tadi.
Tak Mampu Lupakan Kejadian Hitam
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda,” katanya.
3 Beradik Terkena Renjatan Elektrik
Dalam kejadian 11.45 pagi semalam, tiga beradik itu terkena renjatan elektrik sebaik seorang daripada mereka berpegang pada sebatang tiang di rumah jiran yang mengalirkan elektrik apabila ingin bermain air banjir.
Tindakan itu menyebabkan ketiga mereka jatuh ke dalam air sebelum tubuh menjadi seakan kejang dan meninggal dunia serta-merta.