Kita mengharapkan rumah tangga yang dibina dengan pasangan tercinta boleh berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun, semua yang diharapkan itu tidak menjadi, semuanya gara-gara ‘perangkap’ dasim’ yang membuatkan kehidupan pasangan suami isteri jadi tidak bahagia dan serba tidak kena.
Kadang-kadang, kita sendiri merasakan atau bila tengok pasangan lain yang sama cantik dan bahagia, tidak kekal lama. Sayangnya, kita tak tahu apakah sebab yang menyebabkan runtuhnya rumah tangga mereka.
Mungkinkah kerana ‘perangkap dasim’ yang menyebabkan hancurnya rumah tangga yang dibina. Apakah yang dikatakan tentang perkara ini. Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group turut berkongsi tentang hal ini.
Perasan tak dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.
Perlu Tahu Mengenai ‘Dasim’
1. Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
Ads
2. Selalunya kes rumah tangga, Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!
3. Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.
5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
Pergaduhan dan perselisihan di dalam rumah tangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIGFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.
Ads
2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.
3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.
4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasulullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.
5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang di dalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumah tangga.
6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!
Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!
Ads
Selamatkanlah rumah tangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.
MW: Paling penting, bila ada salah faham, cepat-cepat minta maaf agar hilang segala prasangka dengan pasangan.
Kredit :
Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ujian setiap isteri itu berbeza. Ada isteri direzekikan dapat tengok wajah suami hari-hari, ada isteri pula terpaksa berjauhan dengan suami disebabkan urusan mencari rezeki. Ibu anak 5 ini, Nurul Suhada yang juga merupakan isteri seorang tentera terpaksa berjauhan dengan suami sejak awal perkahwinan lagi.
PJJ dengan suami sehingga hampir 9 tahun, malah membesarkan lima orang anak-anaknya tanpa perhatian dan bantuan suami sepenuh masa.
Biarpun tak direzekikan hari-hari dengan suami, Luqman Hakim Bin Shamsuddin ibu lima anak ini tetap bersyukur. Penat lelah membesarkan anak-anak yang lahir rapat depan mata dengan ‘tangan’nya sendiri tak dirasakan satu beban.
Coretan Ummi Anak 5
Besar gelak tawa kamu, anak 5 yang belum mengerti hati ummi lagi. Renungilah.. sakit penat ummi tetap ummi jaga 5 ni sebaiknya. PJJ dengan abi kamu sejak dari awal pekhawinan lagi sampai sekarang anak 5. Bakal 9 tahun dah ulangtahun perkahwinan ummi abi. Jarak kamu sangat rapat, ummi pernah merungut dengan abi selalu penat, stress.. bukan sebab ummi mengeluh anak ramai. Tapi walau ummi penat, ummi sakit.. ummi suka diam. Kalau betul tak kuat ummi lepas kan dengan menangis.
Ramai je yang tanya, kenapa abi tak posting PD atau kenapa ummi tak posting GEMAS. Ummi dan abi ke pilih semua ni? Takkkk.. ummi tahu perancangan Allah lebih baik kan anak 5.. abi dah berapakali sebut suh ummi berhenti kerja.
Dalam family ni bukan ummi sorang je berkorban, terpaksa jaga anak 5 ni.. abi pun berkorban sama.. orang tak nampak.. orang boleh buat andaian je “Eh! kesian ko sorang jaga anak 5” Abi pun banyak berkorban untuk kami tau. Kerja dan tugas nya tak menentu. Ada masa memang ummi stress tapi tinggikan kesabaran. Ummi tak pernah usik time kerja abi.
Bertabah lah anak 5. Walau abi tak selalu ada dengan kita. Abi sentiasa doakan kita. Kita pun selalu doakan abi. Akhi & kakak dah makin besar.. solat dan doakan ummi abi selalu. Doakan adik-adik yang lain jugak.. moga kamu sentiasa bawah lindunganNya. Moga kamu semua menjadi anak 5 yang berjaya dunia akhirat. Ummi tak pernah mewahkan kalian dengan baju yang mahal, mainan yang mahal, barang-barang yang mahal.. cukup dengan doa ummi yang mahal. Ummi nak kamu tahu erti syukur. Semoga satu hari nanti kamu akan mengerti.
Alhamdulillah.. Walau takde rezeki abi sama dengan kami hari-hari. Ade rezeki lain tuk abi.. sentiasa mudah urusan. Rezeki tuk anak-anak ummi abi jugak. Pada ibu-ibu or wife yang PJJ dengan husband, jangan lah mengeluh urus sorang anak, 2 orang anak, 3 orang anak atau lebih lagi. Yakin, aturan Allah sebaik-baik nya.. Allah sayang kita. Dia takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya
MW : Semoga mak-mak yang diuji PJJ, berjauhan dengan pasangan dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan hati.
Lumrah manusia tidak lari daripada melihat kebahagian dari kaca mata orang lain. Kdang-kadang bahagia kita diukur dengan cara bahagia orang lain.
Salah sebenarnya kerana masing-masing ada cara bahagianya yang tersendiri yang Allah kurniakan tanpa kita sedar dek asyik merenung kebahagian orang lain.
Sebaiknya jangan asyik pandang kebahagian orang lain sampai lupa apa yang Allah berikan pada kita selama ini. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim dan ketahui bagamana cara terbaik untuk mencipta bahagia:
Jangan Asyik Pandang Kebahagiaan Orang Lain
Sebenarnya ada cara untuk bahagia. Kita asyik tengok kebahagiaan orang lain. Sampai lupa nak tengok apa yang Tuhan sudah bagi dekat kita.
Di sini suka saya nak kongsikan beberapa petua untuk menggapai kebahagiaan hati yang sebenar.
#1 – Jangan membenci walaupun ada yang berbuat salah kepada kamu. Doakan dia agar insaf dari berbuat salah dan suka menyakitkan hati orang.
#2 – Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin kita di seluruh dunia dan orang yang mendidik kita. Sentiasa berbuat baik kepada orang yang paling dekat pada kita.
#3 – Jangan bersedih lama sangat walaupun masalah yang menimpa tinggi menggunung. Selama dia bukan oksigen, kamu masih dapat hidup tanpa dia.
#4 – Perbanyakkan memberi, walaupun kita sendiri berada dalam kesusahan. Allah tingkatkan darjat orang sebegini. Belajar sifat ikram muslimin.
#5 – Hidup dalam kesederhanaan, walau kekayaan seluas lautan. Biarlah orang hairan tengok kita hidup sederhana. Yang dia pening tengok kita, dah kenapa?
#6 – Senyum walau hati sedang menangis. Orang yang terbaik sifatnya apabila menyembunyikan kesakitan dan kesedihannya. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita.
#7 – Berbuat kebaikan walau sendiri sedang ditimpa musibah. Insha Allah, akan datang bantuan dari sumber yang tak disangka-sangka. Bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri kita sendiri. Apabila kita selalu rasa sentiasa betul, kita bimbang akan cenderung lihat kesalahan orang. Perhatikan hati kita.
Jangan Lupa Kita Pun Sedang Bahagia
Ada 9 sebab hati tak bahagia. Diantaranya: 1. Pemarah 2. Pendendam 3. Hasad dengki 4. Bakhil atau lokek 5. Tamak 6. Tidak sabar 7. Ego 8. Riak 9. Cinta dunia
Semoga kita terhindar dari sifat di atas. Beroleh bahagia dalam hati untuk capai kehidupan tenang dan berkat. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta #SelamatPagi
Hati wanita memang lembut dan mudah tersentuh. Lagi-lagi apabila ada lelaki yang mula memberi perhatian pada dia. Bukan apa, mungkin selama ini wanita tersebut sunyi dan jarang dapat perhatian. Jadi apabila ada yang cuba mendekati, memang dia mudah tangkap cinta.
Oleh itu, golongan lelaki jika sekadar ingin mengusik dan suka-suka, jangan sesekali mencuba masuk jarum. Sekali terjerat memang sukar untuk anda lepaskan diri. Sebagaimana yang dikongsikan oleh isteri selebriti, Adam Corrie, di akaun Instagram.
Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di instagram dia. Dia kata, “Percaya atau tidak,
.
Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya.
.
Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya…
.
Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu memang fitrah lelaki suka melihat wanita. Sebab itu di akhirat , lelaki yang baik akan dapat bidadari. Manakala wanita akan dapat emas iaitu perkara bersifat kebendaan.
.
Jadi kita sebagai wanita jangan cepat perasan, apabila ada orang lelaki senyum, cakap manja-manja dengan kita. Jangan cepat jatuh hati, tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
.
Dan kepada lelaki, jangan main-mainkan wanita jika tiada niat yang betul. Jangan cuba suka-suka nak test market.
Hati Wanita Memang Lembut
Hati perempuan ini lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
.
Pesanan untuk semua tak kisahlah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga.
dan juga suami ku.
.
Jaga maruah diri sendiri untuk diri sendiri juga.”
.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah tenang
.
P/s: Pernah terjadi kepada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita. Tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal. Dan ada juga saya tak perasan pun ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. Redha sahajalah.
MW: Oleh itu, lelaki yang bergelar suami orang sebelum mengusik dengan orang sekeliling terutama kawan perempuan, fikirkan dahulu isteri di rumah. Jangan berlebihan dalam bergurau senda dengan wanita yang bukan mahram.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.