Hati-hati Dengan Penyakit Ain Atau Pandangan Benci Orang, Wanita Ini Kongsi Panduan Hindarinya!

Share

Penyakit Ain boleh jadi dekat sesiapa saja. Ia disebabkan pandangan mata yang disertai sifat iri hati atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Siapa saja boleh alaminya. Ini perkongsian daripada Cik Puan Syarifah Furaiha (Fara Sha’are) tentang bahaya penyakit ain. Hati-hatilah ketika mengendalikan nikmat yang tuhan berikan pada diri anda.

Dulu Fara adalah seorang yang sangat berpegang dengan scientific evidence. Tanpa bukti, susah percaya.

Kemudian Allah izinkan Fara melalui pengalaman yang tak tergambarkan. Bertahun saya dengan guru saya, kami dinasihat agar menjaga adab. Simpan kemas rapat rapat segala nikmat yang Allah kurniakan.

Tapi yelah, saya masih muda dan mentah. Nasihat syeikh kami terbang bagaikan angin yang berlalu.

Jaga Adab.. Jangan Tayang Muka Cantik Kita..

Syeikh pesan, kita jaga adab jangan tayang muka cantik kita. Kita ada suami baik,hensem dan soleh tak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga kita. Kita ada anak gebu, comel, tak perlu dipuji anak kita yang comel itu di media sosial.

Ini tidak, anak umur sehari pun dah tayang macam macam lepas tu pelik kenapa anak asyik sakit, lemah badan dan menangis. Peluk dengan suami, happy sana sini semua tunjuk, lepas tu gaduh tak berhenti.

Sabda nabi, pada setiap nikmat ada hasad.

Tapi saya mana dengar nasihat tu semua. Kalau boleh semua nak share dengan orang sebab kita tengah bahagia.

Tahukah anda dulu ada sorang kakak ni cantik sangat, semua lelaki berebut dan suka dengan dia. Disebabkan muka dia cantik dan menjadi igauan para lelaki,ramai sangat perempuan yang kenal dengan akak tadi hasad gila dengan akak yang tadi.

Tak lama lepas tu,tanpa sebab tak pasal pasal mulut akak tadi jadi herot, senget. Inilah penyakit ain tuan puan.

Penyakit Ain Dari Pandangan Benci Orang

Berapa ramai perempuan yang muka asalnya cantik bebas setitik noda pun tapi tiba tiba jadi menggerutu dan buruk bila terkena ain orang.

Penyakit yang berasal dari pandangan benci orang kepada kita atas nikmat yang kita ada yang boleh menyebabkan bukan takat hancur kehidupan kita bahkan boleh membawa maut. Pandangan hasad adalah sangat kuat dan berbahaya.

Ada kes kedua, di Tarim. Ada sorang pelajar ni rambut dia sangat cantik. Lebat,hitam,lurus dan lawa. Habis satu asrama puji rambut pelajar tadi.

Tak lama lepas tu, kepala perempuan tadi jadi bernanah dan buruk. Mengeluarkan bau nanah yang masyaAllah sangat busuk. Habis rambut tadi gugur.

Pujian Dari Orang Pun Boleh Terkena Penyakit Ain

Di Tarim, baby yang baru lahir akan ditulis ibu bapanya dengan tulisan Allah atau MasyaAllah pada dahi baby tadi agar tetamu yang datang melihat, jika baby tadi gebu dan comel, mereka akan memuji Allah dan menjauhkan penyakit ain tadi yang boleh menyebabkan bayi tadi sakit dan meninggal.

Segala sandaran dan pujian disandarkan kepada Allah. Penyakit ain bukan hanya datang dari mata yang hasad dan benci bahkan dari pujian yang terlalu mengagumi susuk tubuk seseorang.

Pujian yang terlalu kagum dan fanatik tadi bila tidak disandarkan kepada Allah akan menyebabkan tuan punya badan yang dipuji tadi jatuh sakit teramat teruk tanpa sebab.

Tak perlu argument, penyakit ain ini pernah terjadi pada sahabat Rasulullah yang dipuji keelokkan tubuh badannya yang menyebabkan beliau jatuh pengsan sejurus dipuji. Boleh rujuk ustaz.

Di Mesir, jarang kita tengok kereta berkilat (selain faktor debu), ramai antara mereka dengan sengaja membiarkan calar dan kotor pada kereta bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta baru masing masing kerana takut penyakit ain dari jiran yang akan menyebabkan kereta tadi asyik accident sahaja bahkan boleh membawa maut.

Allah Sebaik-baik Pelindung

Semua cerita di atas adalah benar. Berapa ramai sebenarnya yang di depan kita sentiasa memuji dan mengagumi kita tapi dalam hati mereka ada dengki yang menyebabkan kita terkena ain.

Saya fikir kembali, bagaimana dengan orang yang ada sangat banyak nikmat pada dirinya, kekayaan yang melimpah ruah, murah rezeki, muka atau fisikal cantik, pasangan baik dan hubungan bahagia, anak yang comel dan bijak dan lain lain nikmat dunia yang Allah kurniakan. Apa yang saya kongsikan adalah cuma setitik dari apa yang kita alami.

Saya dulu pun pernah buat silap. Di usia muda, Allah kurnia nikmat sangat banyak yang tak ramai orang dapat.

Saya dulu terlupa, bila saya share masing ramai antara kita yang tidak mendapat nikmat itu. Saya yang tidak beradab.

Hati-hati Dengan Hasad Dengki Orang

Kita fikir kembali dan perbetulkan yang mana patut. Moga Allah lindung kita kerana Allah lah sebaik pelindung. Bantulah saya kongsi nasihat ini.

Syeikh pesan, banyak hati hati dengan hasad dengki orang dan banyak kunci mulut melainkan bercakap/tunjuk apa apa sahaja yang buat orang lain suka juga. Moga bermanfaat.

Orang Malaysia jarang tahu tentang penyakit ain seperti di tanah arab, well known. Yang kita tak tahu tak bermakna salah dan tak wujud. Belajar dulu ya.

Yang cantik itu kita simpankan
Dan yang banyak itu kita sorokkan
Yang bahagia itu kita rahsiakan

Sumber/Foto: Syarifah Furaiha via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer