Taman permainan menjadi lokasi wajib anak-anak untuk bermain. Pantang nampak taman permainan, pasti cuaca panas pun anak-anak sanggup redah. Tetapi, mak ayah harus hati-hati setiap kali membawa anak-anak ke taman permainan.
Kadang-kadang kita terjumpa serpihan cat buaian, kita buat tak nampak sahaja selama ini. Sebenarnya bahaya yer mak, ayah serpihan cat tersebut. Ikuti perkongsian doktor Taufiq Razif ini:
Hati hati kalau terjumpa serpihan cat buaian atau gelongsor di taman permainan.
Jangan sampai anak kita jilat, makan atau masukkan serpihan tu ke dalam mulut mereka sebab pemeriksaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati sesetengah cat di taman permainan masih mengandungi plumbum yang sangat sangat tinggi.
Ads
Kandungan plumbum paling tinggi pada cat yang berwarna kuning.
Takutnya anak kita terkena keracunan plumbum je. Keracunan plumbum pada anak ni bukan main-main sebab boleh menyebabkan kerosakan otak dan masalah pada pertuturan dan pendengaran.
Ads
Mujur tadi saya sempat warning anak saya bahaya benda ni. Sudahlah banyak tempat di playground kanak-kanak yang catnya sudah mula terhakis dan luntur tadi. Bahaya betul kalau anak-anak kita pergi jilat atau termakan serpihan serpihan cat tu.
Ads
p/s : Kalau sekadar sentuh cat itu tidak mendatangkan masalah tetapi nak tak nak kena beritahu anak-anak kita juga bahaya benda ini kerana malang kan tak berbau. Sekali dah ngap masuk mulut, keracunan plumbum lah jadinya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak, ayah dalam membesarkan anak-anak. Kadang-kadang benda-benda kecil seperti ini mampu memberi impak besar kepada kesihatan anak-anak. Awasilah anak mak, ayah setiap masa agar tidak terkena keracunan plumbum.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak kongsi masih disuap ayah pada usia 29 tahun, tidak semua rasai momen ini dari kecil. Bila menyebut tentang sosok seorang ayah, ramai anak-anak beranggapan ayah seorang yang garang, tegas dan kata-katanya penuh perintah.
Sering kita dengar, mak hampir nak terkeluar anak tekak marahkan anak-anak yang mungkin degil tapi dengan sekali jelingan dari seorang ayah, anak tunduk menikus. Bahkan untuk seorang ayah mengungkapkan kata-kata sayangnya pada seorang anak terlalu susah untuk kita dengar berbanding mak yang selalu menyebutnya.
Bahkan untuk menegur perbuatan si anak, biasanya ayah akan gunakan mak sebagai “saluran” kerana agak sukar untuk anak berkomunikasi dengan ayah lebih mendalam berbanding seorang anak yang boleh bercerita apa saja dengan ibunya.
Namun satu perkongsian dari seorang anak di Tik Tok @mdamqylaaa yang berkongsi pada usia 29nya, ayahnya masih menyuapkan dirinya membuatkan ramai yang berasa “cemburu” kerana ramai yang tidak pernah merasai momen itu seumur hidup mereka.
@mdammqylaaazaff__Ya Rabb…. Izinkan aku berbakti utk kedua ibu bapa ku hingga akhir hayat mereka. Ameen🤍
Menurut guru ini, perasaan disuap oleh ayahnya dari usianya kecil hingga kini, 29 tahun adalah satu perasaan luar biasa.
“Satu perasaan yang kau tak akan dapat di mana-mana. Bila mana kau balik kerja penat-penat, sampai rumah “lelaki tua” ini kenyangkan perut kau dengan air tangannya sendiri. Sumpah bahagia. Katanya dari dirinya kecil, sampailah berkahwin dan ada anak tiga dan kemudian hidup sendiri lagi bersama anak-anak, tangan tua ini tidak pernah berhenti menyuapkan hingga usianya kini, 29 tahun.
Tambahnya lagi, sambil suap sambil ketawa dan bercerita dan semua momen ini membuatnya terus kuat untuk terus menjaga ayahnya dan mengharapkan ayahnya terus sihat untuk mereka bersama-sama lagi. Dalam pada itu, mdamqylaaa memaklumkan, ayahnya juga setiap hari menjemputnya balik dari kerja dan ia rutin yang tidak pernah terlepas sejak dulu lagi.
Ternyata perkongsiannya membuatkan ramai yang menangis dan sedikit jeles kerana tidak semua dapat menikmati momen ini bersama ayah mereka.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan Malaysia nikah di Thailand menurun sejak larangan rentas sempadan haram. Perkahwinan pasangan Malaysia di Selatan Thailand menurun akibat larangan rentas sempadan haram.
Pasangan Malaysia Nikah Di Thailand Menurun Sejak Larangan Rentas Sempadan Haram
Jumlah pasangan dari Malaysia yang melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand dilaporkan menurun sebanyak 40 peratus selepas penguatkuasaan larangan rentas sempadan secara haram bermula 1 Disember lalu.
Menurut Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, ramai pasangan dari Malaysia membatalkan rancangan mereka untuk ke Thailand disebabkan pemeriksaan sempadan yang lebih ketat.
Beliau menjelaskan, pada tahun lalu, lebih daripada 300 pasangan Malaysia telah memilih untuk bernikah di Narathiwat, di mana kebanyakan mereka berasal dari Kelantan dan Terengganu.
“Namun, selepas larangan tersebut, banyak pasangan sama ada memutuskan untuk tidak datang atau memilih untuk pergi ke wilayah Songkhla. Dalam tempoh sebulan, dari Disember hingga 1 Januari, terdapat penurunan sekitar 40 peratus,” katanya kepada media Malaysia.
Tambah beliau, sebelum ini, pihaknya biasanya mencatatkan empat hingga lima pasangan Malaysia yang bernikah di sini setiap hari. Kini, hanya satu atau dua pasangan sahaja direkodkan setiap hari.
Majoriti Lelaki Malaysia Bernikah Untuk Berpoligami
Abdul Aziz turut memaklumkan bahawa kebanyakan lelaki Malaysia yang memilih untuk berkahwin di Narathiwat adalah untuk tujuan poligami.
“Kebanyakan mereka berumur 30 tahun ke atas, termasuk kakitangan kerajaan. Kami tidak menghadapi masalah untuk menguruskan akad nikah asalkan pasangan membawa dokumen yang lengkap dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa pihak majlis agama sentiasa berusaha mempermudahkan urusan pasangan yang ingin bernikah di sana. Namun, mereka perlu membayar yuran seperti yang telah ditetapkan.
Proses Dokumen Lebih Cepat
Abdul Aziz turut berharap agar pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat mempercepatkan urusan dokumen perkahwinan bagi pasangan Malaysia.
“Sekiranya proses ini dapat diselesaikan dalam masa sehari, pasangan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan dokumen sah perkahwinan mereka,” katanya lagi.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 30 orang ahli jawatankuasa telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk menguruskan pernikahan pasangan Malaysia dan Thailand.
Ketika lawatan media dilakukan, beberapa pasangan dari Malaysia dilihat sedang melangsungkan akad nikah di bilik khas yang disediakan oleh majlis agama tersebut.
Perubahan dalam prosedur rentas sempadan ini jelas memberi kesan kepada jumlah pasangan Malaysia yang memilih untuk bernikah di Selatan Thailand. Meskipun jumlahnya menurun, pihak berkuasa agama di sana terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memudahkan urusan pasangan yang memenuhi syarat dan mematuhi undang-undang.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...