Telur bagaikan satu kemestian pelengkap hidangan seperti laksa.Bagi sesetengah orang menjadi kelaziman apabila merebus laksa, memasukkan sekali telur di dalam satu periuk bagi menjimatkan masa, gas, air dan sebagainya. Dengan alasan dah alang-alang kedua-duanya menggunakan kaedah merebus.
Cara ini mungkin memudahkan kerja dan menjimatkan masa, namun kena lebih berhati-hati kerana ia boleh mengundang bahaya dan menjadi mudarat pada kesihatan diri. Malah, boleh jadi tidak suci dan tidak halal pula bila bercampur najis.
Baca perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
Rebus Laksa dan Telur: Jimat atau Bahaya?
Laksa tanpa telur laksana bulan tiada bintang di malam hari. Tidak ceria langit yang terbentang luas. Tapi bolehkah rebus telur bersama laksa?
Mungkin bagi sesetengah orang, telur direbus bersama laksa atau telur direbus bersama nasi adalah menjadi kebiasaan. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan gas. Tapi sedarkah kita, terdapat risiko kepada keselamatan makanan dan juga halal?
Jika telur tadi tidak dibersihkan dengan sempurna, najis ayam masih terlekat pada kulit telur. Mungkin dalam kuantiti yang kecil kita dapat membersihkan telur itu dengan baik, akan tetapi bagaimana jika kuantiti yang banyak? Ada kemungkinan kita tercuai untuk membersihkan telur tadi dengan sempurna.
Tercemar Bakteria Salmonella
Pada telur yang tidak bersih dan tercemar dengan najis, terdapat bakteria seperti salmonella sp. Apabila kita telah makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini, ia boleh mengakibatkan kita mengalami cirit birit, muntah-muntah, loya, sakit perut dan demam serta boleh juga menyebabkan kematian.
Tempoh inkubasi bakteria ini di dalam badan kita seawal 6jam dan sehingga 72jam selepas kita makan makanan yang tercemar. Selalunya ia berlaku pada tempoh 12- 36 jam.
Makanan Tidak Halal Mengandungi Najis
Najis yang terdapat dalam makanan kita adalah tidak halal dan tidak suci.
أَنَّ مَذْهَبَنَا أَنَّ جميع الارواث والدرق وَالْبَوْلِ نَجِسَةٌ مِنْ كُلِّ الْحَيَوَانِ سَوَاءٌ الْمَأْكُولُ وَغَيْرُهُ
Berkata Imam al-Nawawi: “Bahawasanya dalam mazhab kami (Syafi’ie) semua tahi haiwan, tahi burung dan air kencing adalah najis sama ada berasal dari haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan.” (Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 2/550).
Makanan yang halal mestilah suci. Ini berpandukan ungkapan halalan yang disusuli perkataan ṭayyiban dalam firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik” Surah al-Baqarah (168)
Jadi, bagi mengelakkan keracunan makanan ini berlaku, adalah dinasihatkan bersihkan telur dengan sempurna dengan tiada lagi kotoran dan najis pada telur tersebut. Sebolehnya, elak rebus telur bersama-sama makanan yang lain.
Kredit : Sazly Tulih
#sazlytulihjer #foodsafetyfirst
Sumber Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/
fsq.moh.gov.my
Baca Lagi Di Sini :
Basuh Atau Tidak Sebelum SIMPAN, Bergantung Cara Penyimpanan TELUR
Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!
Masak TELUR Kuantiti Banyak Guna Kaedah KUKUS Tak Pecah, Tahan Lebih Seminggu!
Chef Kongsi Petua TELUR Tak Hancur Bila Masak, Elok Jadi Bulat Atau Bujur!
Mingguan Wanita: Ada benarnya pesanan ini. Sebaiknya elakkan daripad merebus telur bersama laksa atau makanan lain dalam satu periuk. Daripada nak jimat masa, air atau nak kerja senang jadi punca mudarat dan undang bahaya pula pada kesihatan diri. Malah, jadi tidak suci dan tidak halal pula bila bercampur najis.
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI