Hati Betul Ikhlas, Bila Tak Ukur Seseorang Berdasarkan Material

Share

Tengok orang tu tak cantik, kita pun takut nak kawan. Tengok orang lain tak berapa nak berharta, kita mula menjauhkan diri. Takut orang meminjam apa kita ada. Hakikat, dalam hal memilih kawan ini janganlah material harta atau paras rupa jadi ukuran.

Biarlah keikhlasan itu jadi sandaran utama. Tapi nak dapatkan hati yang benar-benar ikhlas tak mudah. Kena dipupuk dari mula. Ini pesan yang dikongsi Intan Dzulkefli

.

Kalau asyik melihat comotnya orang, kita tak nampak kekurangan sendiri. Sebaiknya, jagalah hati kita agar tak buruk sangka dengan orang lain. Sebab kita hidup kat dunia ini pun tak lama mana. Dunia ini tempat persinggahan sementara je.

Jangan Pandang Orang Berdasarkan Material

Jiwa kita masih kecil jika terpaksa menggunakan material seperti baju yang cantik, kereta yang mewah, rumah besar, barang kemas dan sebagainya supaya orang acknowledged keberadaan kita.

Dan jiwa kita pun masih kecil jika hanya acknowledge seseorang hanya berdasarkan material seperti kereta apa dia pakai, rupa fizikal yang rupawan, brand apa dia miliki, hiasan rumah yang cantik, pangkat kerjaya dan sebagainya. Jika bagus-bagus baru kita layan baik. Yang low class, kita layan sebaliknya.


Astaghfirullah.

Jika kita temui seseorang yang melayan semua orang, termasuk kita – SAMA sahaja tak kira kurus, gemuk, cantik, hodoh, kaya, miskin, papa kedana, fakir – dengan akhlak mulia dan santun yang sama, maka inilah antara ‘permata’ yang sangat perlu kita hargai.

Jiwa mereka besar, tak terbeli oleh duniawi.

Jagalah Hati, Bina Ikhlas Dalam Diri

Kita pun, jagalah hati dan jiwa kita, biar bisa menjadi sebesar itu juga. Agar lebih ramai orang baik di dunia ini, dan biarlah kita di antaranya.

InsyaAllah.

Ustaz Ebit pernah kata, orang Islam bukan kurang orang yang cantik, orang yang kaya, orang yang pandai tetapi kita kurang orang yang IKHLAS.

Muhasabahlah diri kita, binalah ikhlas kita.

Dunia hanya tempat singgah, dan bukan tempat tinggal tetapi tempat untuk meninggal.

Pesan untuk diri ini, yang selalu lupa diri.

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

Published by
Netty Ah Hiyer