Sesungguhnya ajal maut ketentuan tuhan. Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.Sepasang suami isteri warga emas yang bakal meraikan ulang tahun hari kelahiran dalam bulan sama pada Julai dan dijadual menunaikan umrah pada Oktober depan, maut dalam kemalangan di Kilometer 192.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), semalam.
Terjunam Ke Dalam Gaung
Mangsa, Abd Talib Akob, 73, serta isteri, Fuziah Mohd Marzuki, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Mitsubishi Triton dipandu anak mereka, Muhamad Taufik Abd Talib, 34, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke gaung.
Insiden yang berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5.10 petang itu turut menyebabkan Muhamad Taufik parah di bahagian kepala, manakala isterinya, Noor Syafiyana Ahmad Sobri, 32, yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan pula cedera ringan.
Anak ketiga arwah, Muhamed Tarfizam Abd Talib, 40, berkata mereka lima beradik bersama pasangan masing-masing sudahpun merancang untuk mengadakan kejutan majlis sambutan ulang tahun hari kelahiran ibu bapa mereka di sebuah hotel di Kuantan, bulan depan.
“Kami akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara, Julai depan.
“Justeru, kami berpakat mahu bermalam di hotel dan membuat kejutan untuk ayah dan emak dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi kerana tarikh lahir mereka jatuh pada bulan sama, iaitu ayah pada 3 Julai, manakala emak 18 Julai.
“Ayah dan emak juga dijadual menunaikan umrah pada 10 hingga 17 Oktober depan. Namun, semua hasrat itu tidak kesampaian,” katanya sambil memaklumkan pasangan itu ke Kuantan untuk mengikuti kursus umrah serta membuat pasport.
Ads
Muhamed Tarfizam yang bertugas di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, berkata mereka mendapat maklumat daripada isteri Muhamad Taufik mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tercampak Keluar
Beliau berkata, mereka dimaklumkan bahawa ketika Mitsubishi Triton itu terbabas, Abd Talib dan Fuziah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar.
“Ayah adalah seorang pesara polis. Arwah adalah seorang yang periang dan tidak pernah menyusahkan anak. Malah jika hari hujan, arwah tetap pergi ke surau dengan menunggang motosikal walaupun anak hendak menghantarnya,” katanya.
Kenderaan Hilang Kawalan
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata kemalangan berkenaan hanya membabitkan Mitsubishi Triton itu.
Ads
“Kenderaan dipandu dari arah Kuantan menghala ke Jerantut itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit remuk keseluruhannya. Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati jalan adalah lurus dan mempunyai dua lorong sehala, namun cuaca hujan lebat ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Seronok melihat para jemaah yang berpeluang mengerjakan haji sekali gus menjadi tetamu Allah di tanah suci. Disaat akhir ini, sebelum waktu wukuf yang dijangka berlaku pada hari Isnin, 20 ogos 2018, Fouziah Gous, Betty Banafe dan Zahida Rafik merupakan antara para selebriti yang berpeluang mendapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
Fouziah Gous Minta Doakan Kesihatan & Keselamatan
Didalam posting terkini di Instagram Fouziah Gous, pelakon ini memuat naik gambar-gambar ketika di lapangan terbang KLIA serta mengesahkan akan pergi menunaikan haji bersama suaminya Zhafran Yusof. Pasangan ini turut memohon maaf jika ada sebarang kesilapan serta meminta agar didoakan kesihatan dan keselamatan buat mereka sepanjang berada di sana.
Assalamualaikum wbt السلام عليكم Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof, dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci pada *Khamis 16 Ogos 2018*
Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti.
Terima kasih.
Ikhlas dari kami : Zhafran Yusof Fouziah Gous
Betty Banafe Mohon Maaf, Doa Diberi Kesabaran & Kemudahan
Sementara itu,pelakon Betty Banafe juga berkongsi khabar gembira apabila dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini.Menerusi perkongsian di Instagram, Betty, 39 atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berangkat ke Tanah Suci Makkah, semalam.
Menerusi perkongsian status yang dikongsikan, Betty berharap ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilaksanakan dengan sempurna serta turut mendoakan dirinya dipermudahkan segala urusan dan diberikan haji yang mabrur.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh.. Yang dirahmati & disayangi Allah SWT, Insya Allah, saya Betty banafee akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam ke-5.
Saya mohon dimaafkan segala kesalahan saya baik berupa tulisan, kata, atau perbuatan yang melukai / menyinggung perasaan.. Dan demikian juga jika saya ada hutang / janji yang belum saya penuhi mohon informasikan segera ke saya, agar selama saya melaksanakan haji saya benar-benar dalam kondisi bersih & merdeka.
Mohon doa tulus supaya saya dapat melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran dan kemudahan hingga mendapatkan Haji yang mabrur, serta pulang-pergi dengan selamat.
Tawakkalta ala Allah.. Wala haulawala qu wata illa Billa hil aliyil azim..
Menerusi perkongsian di Instagram Story pelakon Datin Seri Umie Aida, rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik turut berangkat sama mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Alhamdulillah.Mingguan Wanita mendoakan agar semua tetamu allah yang mengerjakan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan di tanah suci, diberikan kesihatan yang terbaik untuk melakukan segala amal ibadat serta dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amin.
Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.
“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.
“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.
Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta.
Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.
Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).
Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lepas lamborghini harga sejuta, Watie mahu lupakan kenangan & bangkit demi bahagia. Setiap orang berhak menentukan cara bahagia. Bahagia kita dan orang berbeza-beza caranya.
Kisah perceraian pakar pelaburan saham dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan Hasmawatie mendapat perhatian ramai apabila rumahtangga yang dibina lebih dari 20 tahun terlerai.
Ia mula mendapat perhatian kerana baru saja bercerai dan surat belum dikeluarkan mahkamah lagi, DDNK yang terkenal dengan tagline tak hensem tak apa janji kaya itu memilih berkahwin baru dengan gadis berusia 25 tahun.
MW pernah menemubual Watie dalam temubual eksklusif di mana katanya dia sentiasa mendoakan bekas suaminya itu mempunyai kewangan stabil agar dirinya boleh menuntut nafkah untuk anak tunggal mereka, Haykal yang berusia 16 tahun.
Dalam pada beberapa urusan di mahkamah belum selesai, di aplikasi Tik Toknya @ateliadesams, Watie ada berkongsi dirinya melepaskan sebuah kereta mewah Lamborghini SUV berwarna merah yang berharga sejuta, kenderaan yang dipakai semasa perkahwinan mereka.
Dapat dilihat di video dikongsinya, Watie membawa kenderaan mewah itu buat kali terakhir mengelingi bandar dan kemudian menyerahkan kunci kenderaan mewah tersebut kepada pihak salesman.
Selepas kenderaan itu bergerak pergi, Watie dilihat menuturkan kata-kata, “kadang-kala kita perlu melepaskan apa yang kita sayang untuk dapatkan yang lebih baik. Inilah permulaan bangkit demi bahagia, jelasnya. Dapat dilihat dirinya mahu bangkit dengan satu semangat baru dan melupakan apa yang pernah dikongsi bersama dalam perkahwinan yang gagal itu.
Di ruangan komen ada yang bertanya adakah Datuk DDNK mengambil kenderaan itu semula atau bagaimana tetapi kata Watie, dirinya sendiri yang mahu kenderaan mewah dipakainya itu dijual. Dilepaskan untuk mendapatkan yang terbaik selepas ini, katanya.
Dilihat sangat matang dan bijak bahkan dirinya masih merupakan pengarah dengan memegang saham 50 peratus dalam syarikat diusahakan bersama bekas suami, Menang Saham pasti dirinya mempunyai perancangan terbaik selepas ini. Didoakan agar apa jua perancangannya berjaya dan dirinya berhak bahagia menurut pilihannya.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...