Hasrat Kembara Solo Seluruh Dunia, Malang Wanita Ini Dirogol & Dibunuh Di Negara Pertama Dikunjunginya!

Share

Ramai yang suka pergi bercuti untuk menambah pengalaman hidup serta melihat negara orang. Baik travel beramai-ramai mahupun memilih kembara bersendirian secara backpackers yang dianggap lebih ringkas! Namun buat wanita yang gemar pergi travel secara bersendirian, diharapkan agar lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan pilihan lokasi negara yang ingin dikunjungi.

Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio yang memilih kembara secara solo telah mati dirogol dan dibunuh di Costa Rica. Pemuzik dan produser lagu ini pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan muziknya dan telah menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya.

Namun malangnya, di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.

Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.

Diserang Di Tepi Pantai

Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.

Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu dengan melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.

Jadi buat wanita lain yang gemar melancong atau pergi bercuti secara bersendirian ke luar negara, jadikan kisah ini satu pengajaran dan iktibar. Mohon lebih berhati-hati iya, jaga keselamatan diri dan pilihlah negara yang kurang berisiko dengan kes-kes jenayah.

Sumber:Taiko Fun & Dailystar

Published by
Suhaidah Abd Wahab