Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh melihat video yang dikongsikan oleh Mohd. Syafie Naswip, 26 didalam laman instagramnya baru-baru ini.
Hasil titik peluh dan usaha gigih selama 12 tahun dalam bidang seni, pelakon berbakat besar yang pernah memenangi Anugerah Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 dan ke-25 ini mampu menghadiahkan sebuah rumah baru buat ibu tercinta.
Bukan berasal daripada keluarga senang, hadiah tersebut pastinya memberi sejuta bahagia buat ibunya yang tersayang.Menurut pelakon yang dikesan bakatnya menerusi filem Mukhsin ini, 2 tahun dia ‘merahsiakan’ urusan pembelian rumah ini semata-mata untuk berikan kejutan buat ibunya. Ternyata usaha pelakon ini berjaya membuatkan ibunya terharu dan tersenyum gembira.
“Dengan lafaz Bismillah.Semoga Allah merahmati segalanya.Alhamdulillah segala yang baik datang daripada Allah.Berkat doa semua pihak dan dengan izin Allah,maka terlahirnya utusan kecil untuk ibunda tercinta. Harap-harap si dia suka.Terima kasih buat semua yang hadir.Anda pelengkap hidup saya.”
Tahniah buat Syafie Naswip, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibu tercinta. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa.
Sumber:Syafienaswip