Percaya bahawa seni tekstil mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia, pelakon dan usahawan selebriti, Bkay Nair, melangkah berani, bakal menerbitkan sebuah filem dokumentari tentang seni batik. Langkah ini bukan sekadar menceritakan keindahan batik, tetapi turut meraikan pembatik – seniman di sebalik karya seni yang penuh warna dan jiwa.

Hasil Karya Banduan Penjara Diketengahkan, Bkay Nair Mahu Bawa Sari Batik Ke UNESCO.

Menurut Bkay, dokumentari tersebut yang dirancang untuk diterbitkan tahun hadapan bakal menampilkan pembatik dari seluruh negara. Ia akan menyelami dunia batik, dari proses kreatif hingga kepada elemen tradisional dan moden yang membentuk seni ini.

“Batik bukan sekadar kain, ia adalah cerita, sejarah, dan ekspresi jiwa. Dalam dokumentari ini, kami ingin mengupas disiplin menghasilkan batik, jenis dan rekaan yang digunakan, serta kisah-kisah unik di sebaliknya,” jelas Bkay penuh semangat.

Beliau turut berkongsi bagaimana seni batik sering dipengaruhi oleh emosi dan mood pembatik itu sendiri, malah beberapa karya dihasilkan menggunakan bahan organik yang mesra alam.

Komitmen Bkay terhadap seni batik tidak terhenti di situ. Dalam usaha untuk membawa batik Malaysia ke mata dunia, beliau dan pasukannya kini berusaha memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia UNESCO. Matlamat ini bertujuan memastikan seni batik, terutamanya hasil canting tangan, diiktiraf sebagai warisan budaya Malaysia yang tiada tandingan.

“Sari batik canting tangan adalah seni yang eksklusif. Setiap rekaan adalah unik – hanya satu sari dihasilkan bagi setiap corak,” tambahnya, menegaskan keistimewaan tekstil ini.

Melalui inisiatif ini, Bkay berharap batik Malaysia akan terus menjadi kebanggaan negara, bukan hanya di kalangan rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Ads

Hasil Karya Banduan Penjara Diketengahkan, Bkay Nair Mahu Bawa Sari Batik Ke UNESCO.

Hasil Karya Banduan 4 Penjara

Pada pertunjukan fesyen Malaysia Heritage Showcase baru-baru ini, keindahan batik dipamerkan melalui pertunjukan fesyen yang menampilkan 33 sari batik, termasuk koleksi khas My Pride – hasil karya banduan dari empat penjara di Malaysia iaitu Penjara Marang, Penjara Pangkalan Cepur, Penjara Kajang, dan Penjara Machang.

Usaha ini tidak hanya memartabatkan seni batik, tetapi juga memberi peluang kedua kepada mereka terlibat dalam program pemulihan.

Ads

Sebanyak 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka tempatan dipersembahkan, menjadikan pertunjukan ini sebagai simbol perpaduan seni dan inovasi. Empat anugerah disampaikan bagi menghargai bakat dalam seni tekstil, termasuk Anugerah Warisan Budaya yang diberikan kepada Linda Isa sebagai pengiktirafan kepada dedikasi beliau terhadap seni batik.

Hasil Karya Banduan Penjara Diketengahkan, Bkay Nair Mahu Bawa Sari Batik Ke UNESCO.

Bkay Nair yang juga merupakan Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia turut  menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya di mana visi beliau bukan hanya untuk menyemarakkan batik, tetapi juga untuk mengangkat seni ini sebagai warisan dunia yang menjadi kebanggaan setiap wanita Malaysia.

Ads

“Batik adalah identiti kita. Setiap corak menceritakan kisah – tentang tradisi, kreativiti, dan keberanian. Saya percaya wanita mampu menjadi penggerak utama untuk memastikan seni ini terus hidup dan dihargai,” ujar Bkay, menyeru wanita untuk bersama-sama menyokong dan memartabatkan seni batik.

Usaha Bkay adalah bukti bahawa impian besar dan semangat yang tulus mampu mencipta perubahan. Dengan dokumentari, pertunjukan fesyen, dan langkah menuju pengiktirafan UNESCO, Bkay Nair menjadi suara wanita yang memperjuangkan seni dan warisan untuk generasi masa depan. Seni batik kini bukan hanya sebuah kain. Ia adalah simbol jiwa dan warisan Malaysia.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI