
Harta pusaka adik-beradik, jangan anggap rezeki terpijak tapi tanggungjawab. Harta pusaka sering kali menjadi isu sensitif dalam sesebuah keluarga, terutama apabila melibatkan adik-beradik.
Harta Pusaka Adik-Beradik, Jangan Anggap Rezeki Terpijak Tapi Tanggungjawab
Ada yang menganggapnya sebagai rezeki terpijak, tetapi tidak kurang juga yang melihatnya sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu diuruskan dengan adil dan bijaksana. Persoalannya, bagaimana sepatutnya harta pusaka dikendalikan agar tidak menimbulkan sengketa dalam keluarga?
Berikut perkongsian daripada Firdaus Syakirin
Harta Pusaka Adik-Beradik Yang Meninggal: Tanggungjawab Atau Durian Runtuh?
Bila seseorang itu meninggal dunia, yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan doa dari anak yang soleh/solehah.
Harta benda, rumah, kereta, tanah, gelang tangan, saham, semua ini akan ditinggalkan dan dinamakan harta pusaka, harta peninggalan si mati.
Sebagai orang Islam, kita ada option untuk mewasiatkan harta kita tu, atau menghibahkan harta tersebut sebelum kita meninggal dunia dan jika kita tak sempat untuk buat kedua-dua cara ini, maka harta pusaka peninggalan itu akan dibahagi secara FARAID.
Jika kita selaku adik beradik kepada si mati (si mati ialah adik, abg, kakak kita) ada menerima bahagian tersebut, sejumlah harta & wang ringgit daripada pembahagian faraid, adakah itu durian runtuh, rezeki terpijak ataupun tanggungjawab?
Tanggung Jawab Ke mana?
Masyarakat kita, bila dapat sesuatu hasil dari faraid, yang dipandangnya adalah harta tersebut sahaja. Dia akan fikir, nak jual atau tak tanah itu, duit itu nak melancong mana atau beli apa.
Tahukah kita yang harta/duit tersebut datang beserta tanggungjawab untuk menjaga apa yang ditinggalkan si mati?
Iaitu anak-anak si mati… anak saudara kita? Anak kepada abang kita/kakak kita/adik kita yang telah meninggal dunia. Sepupu kepada anak-anak kita.
Berapa ramai yang masih menjaga, mengambil tahu anak-anak adik beradiknya yang telah meninggal dunia? Mugkin ada, tapi tak banyak, yang banyak, buat hal sendiri, jaga rumahtangga sendiri.
Baca artikel lain juga: Setiap Harta Pusaka, WARIS Berhak Ke Atasnya Walaupun Hanya SEBATANG PEN
Anak si mati makan ke tak, tak tahu. Ada duit untuk belajar ke tak, tak tahu. Kesusahan, kepayahan dan keperitan hidup mereka setelah ayah atau ibunya pergi, juga kita tidak mengambil tahu.
Ambil Tahu Kebajikan Anak-anak
Sekadar ingin mengingatkan, kita masih bertanggung jawab terhadap anak-anak si mati. Itu anak-anak adik beradik kita. Walaupun kita tiada apa-apa lagi pertalian dengan bekas isterinya/ bekas suaminya, balu simati, tapi hubugan dengan anak simati masih ada.
Cubalah mengambil tahu tentang kebajikan hidup anak-anak si mati dan menolongnya sekadar yang kita mampu. Jangan abaikan tanggungjawab ini, sebab ini sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai adik beradik si mati.
Jangan sekadar guna apa yang kita dapat dari si mati untuk kepentingan diri sendiri.
Harta pusaka boleh menjadi anugerah yang mengukuhkan hubungan kekeluargaan atau ujian yang memecah-belahkan waris. Semuanya bergantung kepada cara ia diuruskan. Adik-beradik seharusnya melihat harta pusaka bukan sekadar rezeki terpijak tetapi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan amanah dan keadilan.

Sumber: Firdaus Syakirin
Baca artikel lain juga: Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI