Harta JADI PUSAKA PENERIMA HIBAH Jika Meninggal Dunia Sebelum Pemberi, Penting Ya! Kenali Jenis & Risiko HIBAH

Share

Harta JADI PUSAKA PENERIMA HIBAH Jika Meninggal Dunia Sebelum Pemberi, Kenali Jenis & Risiko HIBAH.  Bila orang cakap saja tentang hibah, kaji dulu hibah jenis apa OK.

Sekali pilihan yang diambil tak seperti yang anda mahukan memang menyesal.

Ketahui jenis hibah, risiko & manfaatnya sebelum memilih hiba yang sesuai.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Rupanya hibah bukan satu jenis, menerusi perkongsian, Perunding Pewarisan HARTA ISLAM at Wasiyyah Shoppe Berhad Puan Nor Zazilah menerusi akaun  Facebooknya menerangkan mengenai jenis-jenis hibah. Jadi anda di luar sana tolong ‘take note’ ya! Sememangnya info ini memberi banyak manfaat.

JANGAN PUKUL RATA SEMUA HIBAH SAMA!

Bila disebut sahaja hibah, jangan kita bayangkan hibah itu satu jenis sahaja.
Hibah yang saya nak ulas ialah hibah mutlak dan hibah bersyarat ruqba.

Jom kenali jenis hibah ini, kesan & manfaatnya.

Hibah mutlak.
Bagi terus. Terus tukar nama dalam geran.
Jika nak buat hibah ini, hartanah perlu bebas hutang.
Penerima hibah mestilah cukup umur (18 tahun dan ke atas) sahaja.
Kesan :
Tidak boleh ditarik balik tanpa persetujuan penerima hibah.
Penerima hibah boleh menjual, menggadai atau berbuat apa sahaja ke atas harta yang telah dipindah milik kepada mereka.
Hibah mutlak tidak boleh disertakan dengan syarat seperti “Mak letak nama kamu sekarang ni dalam geran tanah ni. Tetapi selepas kematian mak, bahagi sama rata kepada adik-beradik kamu ya”.
Kerana ada beza penerima harta vs pemegang amanah.
Pemberi hibah sudah tidak mendapat manfaat ke atas harta yang dihibahkan.
Ada caj duti setem Ad Valorem seperti dalam jadual di gambar. Proses hibah mutlak menggunakan Borang 14A akan dikenakan cukai ini. Ianya bukan percuma.
Keluasan tanah untuk pindah milik mestilah minimum 1 ekar.
Jika penerima hibah meninggal dunia dahulu sebelum pemberi hibah, harta yang dihibahkan akan menjadi PUSAKA PENERIMA HIBAH. Waris faraid penerima hibah berhak ke atas harta tersebut.
Contoh hibah mutlak :
– Hibah pindah milik hartanah menggunakan borang 14A di Pejabat Tanah ketika pemberi & penerima masih hidup.
– Hibah akaun tabung haji di Syarikat Tabung Haji.
Hibah bersyarat ruqba.
Hibah itu sudah terlaksana apabila cukup rukun & syaratnya. Proses tukar nama dalam geran atau dokumen pemilikan berlaku selepas kematian pemberi hibah.
Jika nak buat hibah jenis ini boleh sahaja hartanah bebas hutang atau masih dalam hutang.
Penerima hibah juga tiada limit umur. Boleh dihibahkan kepada anak bawah umur atau cukup umur.
Manfaat hibah jenis bersyarat ruqba :
Jika hibah kepada anak, cucu, cicit atau keturunan ke bawah, boleh ditarik semula tanpa memerlukan persetujuan penerima hibah.
Penerima hibah tidak boleh menjual, menggadai atau berbuat apa sahaja ke atas harta yang dihibahkan kepada mereka kerana dalam geran/dokumen pemilikan harta masih nama pemberi hibah.
Hibah bersyarat semestinya boleh disertakan dengan syarat seperti “Ayah hibahkan rumah ini kepada anak-anak dengan syarat selepas kematian ayah, hendaklah anak-anak menjaga ibu & membenarkan ibu tinggal di rumah ini sepanjang hayat ibu”.
Syarat sebegini dapat menjamin kebajikan pemberi hibah dan pasangan kerana pemberi hibah masih mendapat manfaat ketika hidup & selepas kematian pemberi hibah, kebajikan pasangan yang masih hidup juga terjamin.
Tiada caj duti setem Ad Valorem apabila proses turun milik harta selepas kematian pemberi hibah nanti.
Keluasan tanah untuk dibuat hibah tiada minimum & maksimum.

Jika penerima hibah meninggal dahulu sebelum pemberi hibah, harta yang dihibahkan TIDAK MENJADI PUSAKA PENERIMA HIBAH. Ia akan berpatah semula kepada pemberi hibah. Kemudian pemberi hibah bebas untuk memberi kepada penerima hibah yang baharu.

Contoh hibah bersyarat Ruqba :
– Hibah bersyarat Ruqba yang dibuat di Wasiyyah Shoppe Berhad antaranya hibah rumah, hibah tanah, hibah wang akaun tabung haji, hibah kenderaan, hibah barang kemas.

Mingguan Wanita : Perkongsian yang banyak manfaat!

Sumber / Sumber Foto :  Facebook Nor Zazilah 

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Published by
Norhayati Suboh