Harith Iskander dan Dr Jezamine masih bercuti bersama demi anak-anak, berpisah tapi hubungan tetap baik. Pelawak, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu setelah 14 tahun hidup bersama.

Harith Iskander & Dr Jezamine Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak, Berpisah Tapi Hubungan Tetap Baik

Meskipun sudah berpisah namun hubungan Harith dan bekas isterinya masih lagi baik. Harith Iskander, 58, mengakui ada sesetengah pihak pelik melihatnya masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, selepas bercerai pada 25 Julai lalu.

Harith Iskander & Dr Jezamine Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak, Berpisah Tapi Hubungan Tetap Baik

Harith berkata, perceraian bukanlah halangan untuk mereka terus bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

“KAMI TAK PERNAH KEKOK UNTUK BEKERJASAMA. KAMI MASIH PERGI BERCUTI BERSAMA. KALAU SUNYI SAYA BOLEH HUBUNGI BEKAS ISTERI.

“Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.

“Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.

“Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Harith Iskander & Dr Jezamine Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak, Berpisah Tapi Hubungan Tetap Baik

Mengenai penerimaan anak-anak mengenai berita perceraian, pelakon sitkom Jangan Ketawa itu berkata, mereka memahami situasi yang berlaku dan menyifatkannya sebagai isu orang dewasa.

“Penerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian dalam media sosial.

“Lagipun, kami sudah jelaskan kenapa kami perlu ke mahkamah dan ada liputan media.

Harith Iskander & Dr Jezamine Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak, Berpisah Tapi Hubungan Tetap Baik

Ads

“Sebelum ini, mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang mahu bergambar bersama kami ketika bercuti.

“Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi, kalau di rumah kami biasa sahaja,” jelas Harith.

Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman antara mereka. Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: Berita Harian 

Baca artikel lain juga: Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”

Erra Fazira Dikaitkan Perceraian Engku Emran & Nabila, “Jangan Persendakan Takdir Rumahtangga Orang…”

 

Ads

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI