Hebatnya rakyat Malaysia. Sememangnya sifat pemurah yang ada dalam diri rakyat Malaysia ini patut dikekalkan. Dalam kenyataan jam 3 petang semalam, Tabung Harapan Malaysia (THM) seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng sudah pun mencecah RM18,608,925.36.
Yang mana jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah yang tertera pada hari Khamisnya iaitu sebanyak RM7 juta. Dan ini satu tanda yang rakyat Malaysia benar-benar prihatin dengan permasalahan hutang negara malah mahu sama-sama membantu kerajaan untuk menyelesaikannya.
Tabung Harapan Malaysia ini ditubuhkan pada Rabu yang lalu bertujuan membawa hasrat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang sejumlah wang seikhlas hati mereka sebagai ikhtiar membantu kerajaan yang baru dibentuk ini untuk mengurangkan kadar hutang negara,
Ads
Hati-hati.. Akaun Palsu Tabung Harapan Malaysia.
Jangan Terpedaya Dengan Akaun Palsu
Namun, apa yang menyedihkan baru 2 hari dilancarkan sudah wujud pula akaun palsu yang boleh mengelirukan para penderma. Sebab itulah sebagai rakyat yang prihatin anda seharusnya menyemak dengan betul nombor akaun sah Tabung Harapan Malaysia ini.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kewangan. Yang mana, nombor akaun yang sah Tabung Harapan Malaysia adalah bernombor 5660-1062-6452 (Maybank).
Ads
“Kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai.” tegas Lim Guan Eng lagi.
Apa pun rakyat Malaysia, janganlah sesekali bertelagah tentang Tabung Harapan Malaysia ini ya. Namanya pun saja DERMA. Jadi, jika mahu menderma.. derma sajalah dengan seikhlas hati. Tiada paksaan pun. Jika tidak, maka diam-diam sajalah. Tak perlu dicanang-canang sampai menimbulkan kebimbangan di hati orang ramai.
Ads
Untuk maklumat lanjut tentang Tabung Harapan Malaysia dan jumlah yang dikutip setakat jam 3 setiap hari, orang ramai boleh melawat laman sesawang Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my, di Facebook (Kementerian Kewangan Malaysia), Instagram (MOF_malaysia) dan Twitter (MOFmalaysia).
Hasil menabung selama 13 tahun bermula dari awal perkahwinan demi mencapai impian rumah idaman bukanlah tempoh yang sekejap. Hasil usaha kerja keras dan berjimat cermat pasangan suami isteri Lan Solo dan Sheila Razlan akhirnya berjaya memiliki rumah banglo idaman yang berkeluasan 4427 kaki persegi.
Hasil Menabung 13 Tabung Sejak Awal Kahwin
Perkara tersebut dikongsikan oleh Sheila menerusi Ask Me Question di Instagram pada Ahad. Sheila turut menjelaskan bahawa rumah yang dibina itu bukanlah sepenuhnya daripada hasil pendapatan perniagaan runcit mereka, Solo Borneo Mart (SBM), sebaliknya usaha menabung selama 13 tahun serta sumber-sumber pendapatan yang lain juga.
“Tidak! Sebab SBM kami makan gaji je. So rumah ini hasil menabung 13 tahun start dari awal kahwin. Lepas tu dari show atau kerja seni, IG review dan lain-lain.
“Ya, of course ada juga hasil dari bonus SBM yang baru berusia tiga tahun. Kami konsisten buat tiga tabung untuk apa sahaja pendapatan. Alhamdulillah menjadi,” terangnya.
Inspirasi Buat Orang Lain Miliki Rumah Sendiri
Namun menurut Sheila, banglo yang terletak di Puchong, Selangor itu masih lagi belum siap sepenuhnya. Ia bergantung pada bajet yang ada dan berhasrat untuk membuat ‘house tour’ apabila siap kelak untuk dijadikan inspirasi pada mereka yang teringin untuk ada rumah sendiri.
“Insya Allah kami akan buat (house tour) sebab memang dah plan nak bagi inspirasi dekat orang-orang yang teringin nak ada rumah sendiri,”
“Saya dan suami ‘marhaen’, jadi memang sangat faham ‘ketat’nya nak teruskan dari satu fasa ke satu fasa,”
“Fasa yang paling sukar di hadapi apabila terpaksa berhenti selama 2 tahun lebih sebab pandemik. Selepas tu harga barang naik menggila. Tapi bila dah start balik, duit keluar sangat laju. Masa tu rasa macam siap ke tak rumah aku ni,”
“Yang pasti buat rumah dan beli rumah jauh beza perjalanannya. Allah je sebaik-baik perancang dan penentu. Go with the flow. Ada duit cepat-cepat beli barang. Takde duiy senyap kejap. Tapi konsep asing 3 tabung tu sangat-sangat membantu,” ujar Sheila.
Anjur Majlis Doa Selamat
Difahamkan, Sheila sekeluarga mulai menduduki rumah berkenaan sejak sambutan Hari Raya Korban yang lalu. Mereka turut menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.
“Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Majlis Doa Selamat. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas bersama keluarga yang dipimpin oleh Ustaz dan adik-adik dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong.
“Moga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa,” tulis Lan menerusi ruangan kapsyen.
Doakan Peminat Turut Memiliki Rumah Idaman
Ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut mendoakan peminat yang selama ini turut pasang impian memiliki rumah idaman.
“Alhamdulillah. Kami dulu pun selalu berangan je. So selagi mampu kumpul duit… kumpul semaksimum mungkin. Dhuha setiap hari, kalau konsisten lagi baik,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan serta peminat rata-ratanya tumpang gembira dengan usaha Lan Solo sekeluarga sekaligus mendoakan yang baik-baik.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Lan Solo dan isteri akhirnya berjaya membina rumah idaman hasil usaha selama 13 tahun menabung. Memang bukan mudah dan perjalanan yang panjang untuk memiliki rumah sendiri, namun ia pastinya berbaloi dan mampu menjadi inspirasi buat orang lain juga.
Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”
Puan Khadijah Jaafar
Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.
Perap selama 1-2 jam.
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.
Anak-anak muridnya tak panggil lori yang mengangkut mereka ke sekolah itu sebagai lori. Sebaliknya digelar mereka bas. Apa pun namanya, setiap seawal 6 pagi inilah kenderaan yang akan mereka naiki untuk ke sekolah.
Sekolah mereka jauh, lebih jauh dari Kampung Tungau yang 45 minit berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. Namun, kongsi guru mereka, Ameer Firdaus inilah satu-satunya pilihan kenderaan yang mereka ada, yang paling praktikal untuk destinasi kampung anak-anak ini.
Ah.. sayu pula kisah anak-anak ini.
Dari mula perjalanan aku ke sini pukul 5.45 pagi, slow-slow membonceng motor di jalan merah berlubang-lubang. Aku sampai di “Kampung Sob” ni pukul 6.10pagi. Kat sini dah ada yang menunggu “bas”. Acah-acah Reporter on duty.
Selamat Pulang Ke Rumah Sayang
Sebelum aku merakam footage perjalanan anak-anak aku balik ke Kampung Tungau tempoh hari, aku telah pun berkesempatan merakam footage anak-anak aku pergi ke sekolah menaiki “bas”.
Dan yang sebenarnya ini adalah gambar dari scenes-scenes video yang aku ambil. Sama juga dengan footage anak-anak murid aku yang balik ke Kampung Tungau tu (dah sebulan lebih kumpul footage macam ni).
Kembali pada cerita kita.
Jadi pada suatu hari tu, aku deal ngan pengawal keselamatan sekolah untuk follow aku meninjau anak-anak ni menaiki “bas” . Maka pada pukul 5.45 pagi tersebut, pergilah aku membonceng bersama-sama dia.
Sambil membonceng ni, meh aku ceritakan serba sedikit.
Selain dari berjalan kaki di denai-denai hati, semak samun dan hutan tebal tersebut, anak-anak yang lain di sini (yang lebih jauh) juga ada cara yang lain untuk datang ke sekolah iaitu dengan menaiki “bas”.
Iyaaa..bas…di mana “bas” ini berfungsi mengangkut murid-murid yang jauh (tak tinggal di asrama) / rumahnya di tepi jalan / rumahnya jaaauh di dalam semak sana dan dia berjalan dulu sehingga sampai di tepi jalan untuk tunggu “bas” tersebut.
Jadi, sebenarnya Kampung Tungau tempoh hari tu dekat je tau. Sebab kampung Tungau dan beberapa buah kampung lagi tu adalah kampung yang berada di sekitar SK Lenjang ni.
“Bas”
Aku menganggap itu bas. Walaupun ia sebenarnya lori. Jadi izinkan aku bahasakan lori tu sebagai “bas” dalam cerita ni.
Yeay! Sampai ke sekolah dah. Jom turun. Lepas ni nak beratur makan RMT. Masa ni pukul 6.40pagi. Aku pun balik ke kuartes, solat subuh, dan siap-siap nak ke sekolah. Belajar elok-elok sayang
Dalam TV Kami Nampak Budak Sekolah Naik Bas
“Cikgu, dalam TV kami nampak budak sekolah naik bas, kenapa kami kena naik lori?”
Dengan senyuman aku membalas, “Sebab… Jalan kat sini tak sesuai untuk bas lalu, awak tahu kan jalan kita teruk. Bas tak tahan lasak, lori tahan lasak dan susah nak rosak kan.”
Dan aku teruskan perbualan sambil menanam sifat supaya lebih bersyukur dengan adanya lori tu yang dapat membawa mereka pergi dan balik dari sekolah. Mungkin pertanyaan yang sebegitu sebagai luahan rasa mereka untuk merasa sama seperti kanak-kanak yang lain (sedih).
Mmmmm, mereka akan bangun pukul 5.30 pagi, siap-siap dan pergi tunggu “bas” mereka. Sebab bas akan mula bergerak ke stesen2 dari seawal 6.00 pagi lagi.
Mula bergerak mengambil murid di stesen pertama di Kampung Rakoh, dan seterusnya stesen berikutnya sehingga sampai di sekolah pada pukul +-6.45 pagi.
Hujan dan kemarau.
Yang berjalan di denai, semak samun, hutan tu untuk datang ke sekolah. Ataupun yang naik lori ni sekalipun, mereka still datang.
Kalau musim hujan, comot la diorang dengan baju yang basah-basah dan berselut. Kalau musim kemarau, berdebulah dekat pakaian dan beg diorang ni.
Kadang kalau musim hujan tu dioran diorang memang tinggalkan pakaian sekolah or kasut diorang. Sebab kalau bawa dalam beg pun tetap basah.
Aku dengan pengawal keselamatan membonceng motorsikal. Follow “bas” sampai ke sekolah.
Dan Aku faham, Aku Mula Faham Keadaan Tu
Apa yang aku nak adalah diorang datang ke sekolah. Di mana dia tahu yang dia tu perlu kenal sekolah, kawan-kawan baru di sekolah, ada cikgu di sekolah, dan cuba untuk belajar walaupun diorang ni jenis susah sangat dalam pelajaran.
Tapi cikgu akan cuba yang terbaik dan terima kasih sebab sudi belajar dengan cikgu.
Jadi dalam keadaan macam mereka ni, apa pula alasan kita yang bersenang lenang ni untuk tidak mahu ke sekolah.
Seawal 6 Pagi Anak-anak Ini Setia Menanti ‘Bas’ Sekolah Mereka, Yang Sebenarnya LORI
Awal pagi yang sangat sejuk. Yang paling kiri tu mak dia yang dah hidupkan unggun api supaya dapat menghangatkan anak-anak semasa menunggu “bas”. Tak de sweater tak de pape. Tapi dia sayang anak-anak dia dengan adanya. Aku nampak kasih sayang tu.
“bas” dah sampai.
Beratur nak menaiki “bas”.
Yang paling kanan tu nama dia Faizal. Tu lah driver “bas”. Kalau ada murid-murid kecil-kecil macam tahun 1 or tahun 2 tu dia akan angkatkan naik ke dalam “bas”.
“Bas” sedang bergerak pergi ke stesen berikutnya.
Di setesen berikutnya. Faizal (driver) sedang mengangkat murid tahun 2 masuk ke dalam “bas”.
Mak-mak yang menghantar anak menaiki “bas” setia menanti sehingga bas bergerak dan tidak kelihatan. Baai amek (amek=mak)
Murid: Baai cikgu. Kami pulang dulu (dengan nada riang). Aku: Baii.. Esok datang sekolah lagi tau (mata aku berkaca) Selamat pulang ke rumah sayang.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...