Hari lahir arwah Siti Sarah ke-37, Ayash hadir sebagai pengganti. Syukur alhamdulillah apabila anak bongsu Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah.
Malah dek kerana terlalu teruja, seperti mana hantaran sebuah video dan foto yang diletakkan di akaun Instagram Siti Sarah oleh admin yang menguruskan akaun tersebut selepas pemergian penyanyi itu, kelihatan tiga anak arwah Uwais, Talita dan Matin begitu teruja mengelilingi katil adik kesayangannya Ayash Affan.
Hari Lahir Arwah Siti Sarah Ke-37 Ayash Hadir Sebagai Pengganti
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya pasal Ayash.
“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.
Uwais, Talita & Matin Keliling Katil Teruja Tengok Adik Depan Mata
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 (15 September) tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah,” begitulah yang ditulis oleh admin akaun Instagram Siti Sarah.
Manakala Shuib menerusi perkongsiannya di Instagramnya juga berasa bersyukur dan menyifatkan Ayash merupakan hadiah hari jadi dari arwah isteri.
“Alhamdulilah,,,
“Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu.
“AL FATIHAH,” tulis Shuib.
Menjaga Anak-Anak Dengan Didikan Agama
Sebelum itu, Shuib juga menitipkan rasa gembira apabila akan dapat bertemu dan menyentuh bayinya itu buat pertama kalinya. Malah dia juga memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.
“Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.
“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.
Ads
“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” tulis Shuib.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Instagram Siti Sarah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Perkara pertama yang terlintas di kepala bila tengok dapur terbakar tentulah dengan mengambil air untuk padamkan. Tapi, sebaliknya bukan makin padam tapi makin marak.
Inilah kesalahan yang sering berlaku bila ada kebakaran di dapur. Dalam kepala hanya fikirkan air saja yang mampu padamkan api dan boleh selamatkan rumah dari terbakar.
Perkongsian daripada Abang bomba tentang cara nak padamkan dapur terbakar adalah dengan menggunakan tuala basah saja. Kalau guna air, ia boleh menyebabkan api makin marak.
Pesanan abang bomba dan tunjukkan cara padamkan api dapur terbakar.
1. Jangan padam dengan air.
2. Ambil tuala basah dan tekapkan pada kuali atau peralatan yang terbakar.
3. Tutup gas atau api dapur yang terpasang.
4. Angkat kuali atau periuk yang terbakar tadi ke tempat terbuka.
5. Angkat dan boleh lihat asap berkepul-kepul pada peralatan dapur.
Mingguan Wanita: Ingatan buat mak-mak. Jangan sesekali siram dengan air.
Nana tampil imej berhijab tatkala muncul menerusi sebuah video live yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.
Penampilan baru penyanyi dan penyampai radio itu ternyata mengejutkan peminatnya. Malah menerusi pertanyaan pengikutnya mengenai imej berhijab,Nana Mahzanyang ketika itu sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah dan akui sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
Nana Tampil Imej Berhijab
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.
Masih Nana Yang Sama
“Ianya tidak akan terjadi bila tiba masanya, jadi Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya.
“Tetapi sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya.
“Saya pun masih belajar, saya masih jadi Nana yang sama. Saya risau juga dengan penerimaan orang dengan Nana yang sama walau dah bertudung.
“Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya,” ujarnya.
Awang hitam panjat bonet kereta akhirnya ditangkap, wanita trauma diganggu warga asing. Dalam kejadian 17 Julai lalu, tular video memaparkan seorang warga asing yang memanjat bonet hadapan sebuah kenderaan di Bulatan Pandan.
Dalam video berkenaan Tazliana Musa berdepan detik cemas apabila awang hitam ini tiba-tiba memanjat keretanya dan mengintai dari cermin hadapan.
Awang Hitam Panjat Bonet Kereta Akhirnya Ditangkap
Memetik laporan Harian Metro, Tazliana berkata, kejadian berlaku pada 6.45 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu pelanggan di Kuala Lumpur sebelum lelaki asing itu tiba-tiba memanjat bonet keretanya ketika di bulatan berkenaan.
Menurutnya, sebelum itu dia menyedari lelaki berkenaan duduk di tepi jalan, namun mengakui laluan keretanya tidak mengganggu individu itu.
“Saya perlahankan kereta di bulatan dan entah macam mana tiba-tiba lelaki itu berlari ke kereta menyuruh saya berhenti sebelum naik bonet dan cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya.
“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu.
“Saya yang ketakutan dan panik terus ambil telefon rakam dia serta menjerit dengan harapan kereta di sebelah dapat membantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dia mendakwa ketika itu jalan berkenaan dilalui banyak kenderaan, namun tiada yang berhenti membantu biarpun menyedari kejadian itu kerana cermin keretanya tidak gelap membolehkan kenderaan lain melihatnya meminta bantuan.Seorang lelaki bertindak pantas menarik lelaki ini yang cuba menakut-nakutkan wanita berkenaan
Wanita Trauma Diganggu Warga Asing
“Saya memang cemas, panik dan takut dengan kejadian itu sebelum seorang lelaki India menunggang basikal dan memakai baju T-Shirt berwarna merah berusia dalam lingkungan 20-an sudi membantu saya.
“Lelaki itu menarik lelaki warga asing berkenaan turun dari bonet kereta saya dan bawanya ke tepi. Dia beri laluan dan suruh saya jalan.
“Saya yang masih takut terus memandu keluar dari bulatan itu tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara hari sama.
Terkini, warga asing yang membuat onar ini sudah pun ditangkap dan direman sehingga 3 Ogos ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.02 malam hari sama.
“Suspek berusia 32 tahun ditangkap pada 12 tengah hari dan direman empat hari bermula 28 Julai hingga hari ini.
“Permohonan reman kedua diperoleh bermula tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...