“Hari ni saya minta duit dengan orang, esok belum tentu orang akan bagi lagi”. Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah pada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Pada usia mencecah 60 tahun, lelaki ini telah ‘terpilih’ untuk memeluk Agama Islam.
Menurut lelaki ini, pada mulanya terdetik hati untuk masuk Islam, apabila jiwa berasa tenang setiap kali mengikuti kawan menjejakkan kaki ke masjid.
“Dulu saya Kristian. Saya ada satu kawan Muslim. Saya ada ikut dia pergi masjid, ikut-ikut saje. Tapi saya dapat rasa, hati saya “senyap” (Tenang), berkali-kali saya ikut, hati saya senyap. Itu mula saya cakap kawan, saya mau masuk Islam”.
14hb Jun, 2022, termeterailah seorang hamba Allah kembali ke fitrah, menggunakan nama Abdul Malek. Mempunyai seorang anak yang kini berusia 26 tahun. Bekas isteri dan anaknya masih belum menerima hidayah.
Dari Pahang, merantau ke Selangor, untuk memulakan hidup baru setelah bercerai dengan isteri 8 tahun lalu. Kini tinggal sendiri dalam usia mencecah 60 tahun di sebuah rumah yang di sewa dan dibiayai oleh Zakat Selangor.
Gigih Berusaha Sendiri Cari Sumber Pendapatan
Sebagai saudara baru, selayaknya diberikan bantuan dalam pelbagai bentuk sebagai sokongan memeluk agama yang suci ini.
Namun saudara baru ini tetap gigih berusaha berniaga kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan dan duit makan, tanpa mengharapkan ehsan orang lain mahupun meminta-minta.
“Saya bukan nak kaya, tapi untuk cari duit makan sahaja”.
“Uncle Malek, hari Ahad ni hari kelahiran Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, tekad dalam hati, mahu menjejaki Rasulullah. Minta pada Allah, supaya Allah membuka pintu hati ibu, bekas isteri dan anak untuk memeluk agama Islam”. Sedikit pesanan buat saudara baru kita, yang perlu dijinakkan hatinya.
Ads
Berniaga Sumber Pendapatan
Memerlukan sedikit modal perniagaan menjual kain batik dan kain pelikat, dengan menjaja ke kampung-kampung dengan sedikit keuntungan sebagai sumber pendapatan.
“Hari ni saya minta duit dengan orang, esok belum tentu orang akan bagi lagi” Sambil mata berkaca mengenang usia menjejak 60 tahun dan diceritakan Rasulullah wafat pada usia 63 tahun, maknanya “Saya cuma ada 3 tahun lagi”…
Sewajarnya pihak Zakat Selangor akan terus menyantuni saudara baru yang perlukan bimbingan agama dan kami akan merasa bangga jika individu yang dibantu itu mempunyai tekad serta usaha dalam membangun diri sendiri.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Nora Danish sangat tertekan dan hiba. Pelakon cantik, Nora Danish sebelum ini mendakwa rumah tangga dengan suami, Nedim Nazri sedang bergolak.
Untuk rekod Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun. Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.
Nora Danish Sangat Tertekan Dan Hiba
Terbaru Nora menyatakan perkembangan terbaru tentang rumah tangganya. Ibu jelita ini turut menerangkan bakal berkongsi apabila tiba masa yang sesuai. Seperti mana dilaporkan Berita Harian, Nora mengaanggap kisah rumah tangga terlalu peribadi buat dirinya.
“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan muktamad.
“Terus-terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan sekarang pun sangat tertekan dan hiba.
“Tunggu sampai tiba masa sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian), semuanya masih dalam proses,” terang Nora.
Tiada Campur Tangan Orang Ketiga
Nora turut menyatakan masalah yang dialami dengan suami tidak ada campur tangan orang ketiga.
“Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan. Jadi, tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.
“Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku dalam jalan cerita yang luar biasa,” sambung Nora.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kegembiraan pelajar tahun satu bagi 2021 tergugat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri diumumkan.
Persekolahan yang sepatutnya dijadualkan bermula di sekolah pada 20 Januari akhirnya bertukar kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah sahaja (PdPR).
Manusia hanya merancang, selebihnya Allah yang menentukan apabila berlaku peningkatan kes Covid-19 yang begitu mendadak. Sekaligus langkah ini dirasakan langkah yang terbaik untuk keselamatan bersama.
Buat mak ayah tahun satu jangan risau, guru kelas akan hubungi anda sebelum sesi persekolahan bermula. Biarpun kelas bermula di rumah sahaja secara online, semoga segalanya berjalan lancer. Insyallah.
Mak Ayah Tahun Satu Jangan Risau
Ibu bapa murid tahun satu sesi 2021 akan dihubungi oleh guru kelas masing-masing sebelum sesi persekolahan bermula 20 Januari ini.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, walaupun tidak bersemuka di sekolah, guru kelas bertanggungjawab menyelia dan berhubung dengan ibu bapa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
“Kita mempunyai senarai semua murid tahun satu yang akan masuk ke sekolah dan akan ditempatkan di mana.
“Guru terbabit akan berhubung dengan ibu bapa untuk memaklumkan mengenai kelas anak masing-masing sekaligus membolehkan PdPR dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu mengenai isu buku teks, beliau berkata, proses pemulangan dan pengambilannya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat.
“Kita sedar penggunaan buku teks adalah penting untuk pembelajaran di rumah jadi pihak sekolah akan maklumkan,” katanya.
MW: Harapnya anak-anak mak,ayah dapat ke sekolah secepat mungkin dan mengikuti pembelajaran secara normal seperti mana sebelum ini. Belajar di rumah sesungguhnya bukan hanya menuntut pengorbanan guru, malahan mak ayah serta anak.
Ramai orang mengeluh hilang kerja. Ada juga di kalangan kita mengeluh apabila bekerja tanpa henti, tak boleh bercuti. Apatah lagi merasa bekerja di rumah terutamanya di kalangan “frontliner”. Namun tanpa disedari, barisan hadapannya yang tidak terjejas pendapatannya, kerana disebabkan masih bekerja, gaji tetap berjalan.
Berbanding orang lain yang diberhentikan kerja, lebih parah hilang tempat tinggal. Semua orang terkesan kerana Covid-19. Ikuti perkongsian Dr Amirul Amzar ini dan hadam baik-baik.
SEMUA ORANG TERKESAN HILANG KERJA
Tadi saya ada urusan di KWSP. Kena beratur. Tengah beratur tu, ada pegawai KWSP yang akan datang dan tanya urusan apa nak buat. Dalam ramai beratur tu, ramai yang nak buat pengeluaran. Malah ada yang sudah muflis dan perlu wang segera. Inilah akibat dari COVID-19. Semua orang terkesan.
Bukan Hanya Frontliner Terkesan Tak hilang Kerja
Kita ingat kita frontliner, kitalah paling terkesan. Tak, bukan kita saja. Memanglah kita penat. Memang kita susah. Cuti kena beku. Kerja kena overtime.
Tak boleh balik kampung. Tapi, kedudukan kewangan kita antara paling stabil dalam kegawatan ini. Gaji kita bulan-bulan alhamdulillah masih ada.
Di luar sana, ramai orang yang hilang mata pencarian. Ramai yang hilang kerja dan ada juga yang hilang tempat tinggal.
Amalkan doa ini, semoga kita sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat Allah kurniakan.
Setiap Manusia Diuji Dengan Kerja
Setiap manusia diuji dalam masa COVID-19 ni. Bukanlah niat saya nak membanding-bandingkan ujian siapa lebih berat.
Tapi saya nak ajak kawan-kawan semua cuba bertenang dan bersyukur dengan nikmat yang kita masih ada sekarang ini.
Tak dapat elaun? tak apa, rezeki Allah punya. Kalau tak dapat penghargaan? Tak apa, kita kerja dengan ikhlas. Jadi, tak dapat balik kampung jaga mak ayah yang sakit?