'Hari-hari Kena Marah’ Isteri Ini Tahan Hati Janji Suami BERHENTI Merokok

Bila mana sebut pasal suami merokok, bukan sedikit respons yang MW terima daripada suri hati suami perokok ini. Rata-rata begitu mengharapkan suami ‘tolonglah berhenti merokok.’

Sebab isteri nampak, betapa bahayanya asap rokok pada penghidu. Bahaya dekat paru-paru anak, paru-paru isteri malah sesiapa saja yang dekat dengan perokok.

Sayangnya taglah macam mana pun, bila suami belum ‘terniat’ nak berhenti merokok, tag tu macam cakap dengan dinding saja. Kalis hati, emosi dan perasaan.

Samalah halnya dengan isteri ini, Tengku Nur Syahaneim yang berdepan getir ujian sewaktu suami dalam usaha nak berhenti merokok.

 

‘Hari-hari Kena Marah’ Isteri Ini Tahan Hati Janji Suami BERHENTI Merokok

Macam-macam Usaha Buat Nak Bagi Suami Berhenti Merokok, Akhirnya..

Alhamdulillah..”

Banyak menda dah cuba buat dari dulu sampai sekarang nak suruh suami berhenti merokok. Tapi asyik tak jalan je.

Ads

Sekarang alhamdulillah, baba dah berjaya berhenti hisap rokok.”

Isteri mana tak happy kan suami dah tak hisap rokok.”

Kenapa Hanim suruh dia berhenti merokok sebab dia asyik batuk. Batuk je.. Makan ubat pun tak baik batuk tu sebab merokok lah..

Memang susah dia nak berhenti rokok.. Sampai demam-demam lah.”

Tapi Baba kuat lawan nafsu nak hisap rokok tu.

Ads

 

‘Hari-hari Kena Marah’ Isteri Ini Tahan Hati Janji Suami BERHENTI Merokok

Mula Nak Berhenti, Hari Hari Suami Marah, Demam Menggigil 3 Hari

Mula-mula nak berhenti hari-hari Hanim kena marah dengan dia. Macam dia buat menda tu semua tak kena.”

Sebab gian nak rokok tu.” Tapi sekarang tak dah.

Bagi lelaki kat luar sana yang cakap susah nak berhenti dari merokok memang Hanim percaya tapi kalau korang tak bersungguh-sungguh nak berhenti rokok memang tak akan menjadi.

Ads

Korang kena niat tu betul nak berhenti rokok sampai bila-bila.” Orang tersayang kena bagi semangat dan dorongan..

Ahmad Radzi.. ibu buat semua sebab ibu tak nak tengok baba batuk-batuk dah.
Mencabar jaga Baba masa Baba nak berhenti rokok. Demam menggigil-gigil 3 hari berturut-turut.

Kena marah selalu dengan Baba..”

Rasa lepas Baba berhenti rokok ni jimat sikit duit bulan ni kan.

Kata kan tak nak kepada rokok.

Mak-mak di luar sana, bantu dan sokonglah suami yang sudah mula pasang niat mahu berhenti merokok. Anda orang terdekat yang paling disayanginya, jadi jangan putus asa ya.

Sumber/Foto : Tengku Nur Syahaneim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI