Tiada hari yang lebih membahagiakan hati seorang ibu melainkan melihat kejayaan anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan sebaiknya. Begitulah yang dirasai pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa untuk anak kelima nya, Nor Iman Sofia, 16.
Luahan yang dikongsikan ketika anaknya itu meraikan ulangtahun kelahiran sekitar Januari lalu. Besar harapan ibu mahu melihat anaknya itu menjadi generasi al-Quran. Dan apa yang anaknya lalui ketika ini adalah permulaan untuk menggapai impian tersebut.
Ini pesanan ustazah yang sama-sama boleh ibu lain jadikan pegangan dan kekuatan dalam mendidik anak perempuan.
“Selamat ulangtahun kelahiran anaknda tersayang Nor Iman Sofia al-Hafizoh.
Sudilah kiranya seluruh sahabat-sahabat budiman mendoakan keberkatan dan seluruh kebaikan kepada puteri ke-5 ustazah ini ya.
“Umi sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari @imansfia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia umi… umi masih ingat airmata anak umi ini… ketika umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan umi insya Allah , untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey al-Quran mu.
Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu.
Nor Iman Sofia insya Allah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.
“Ya Allah.. Tuhan Maha Pencipta Dan Maha Mencintai hamba-hambaNYA. Aku mohon ada bahagian cintaMU untuk puteriku ini. Muliakan puteriku ini dengan al-Quran.. biarlah dia menjadi Khadam Ummah , membawa ummah menghayati al-Quran.
Hiasi puteriku dengan segala keindahan akhlak mahmudah, permudahkan jalan hidupnya, berlembutlah dalam taqdirMu padanya … puteriku ini hatinya halus sekali, kuatkan dan cekalkan dia Ya Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Limpahkan padanya seluruh kebaikan, ilmu terbaik buatnya, rezeki dan jodoh terbaik mendatanginya dan seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhilah segala keburukan dan kejahatan darinya.
Ya Allah, ku pohon seindah-indah doa buatnya… agar Nor Iman Sofia Al-Hafizah mewarisi syurga Firdaus , dihimpunkan bersama seluruh kekasih-kekasihMU . Aamiin
Segala doa kebaikan untuk sahabat-sahabat budiman juga.”
6 amalan Ustazah Norhafizah Musa, rahsia kekal cergas, sihat, cantik berseri.
Nor Iman Sofia merupakan anak kelima daripada 7 beradik. Ustazah Norhafizah mempunyai empat orang cahaya mata perempuan dan 3 anak lelaki.
Sekitar usia 43 tahun, ustazah telah menerima penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Serentak dengan itu beliau juga dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 1440H bersamaan 2018 Masihi.
Ustazah Norhafizah juga merupakan seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Seorang penulis buku, kolumnis majalah, panel radia Ikim FM, panel Tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Forum Perdana dan banyak lagi.
MW : Lembut dan tegas cara ustazah mendidik anak-anaknya.
Sumber/Foto : Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita