Bila difikirkan tentang kerja memang tak pernah habis semata-mata untuk sesuao nasi demi keluarga. Kadang-kadang kerja keras yang kita lakukan ini dipandang remeh sebab tidak memikirkan tentang pasangan dan anak-anak di rumah.
Lebih teruk lagi, bila kita bekerja keras, katanya tiada masa untuk pasangan dan anak-anak. Mereka kurang kasih sayang daripada kita semata-mata kita tak ada masa untuk mereka.
Bukan tidak pernah fikir dan rasa kasihan pada pasangan dan lebih-lebih lagi pada anak yang membesar. Bayangkan kita hanya ada berapa jam sahaja dengan anak-anak, Kita keluar seawal pagi, semasa anak-anak mash lagi dibuai mimpi.
Pulangnya malam dan hanya ada beberapa jam sahaja untuk bersama keluarga. Paling sedih, jika ada pasangan yang pulang, anak-anak sudah tidur. Jadi, boleh dikira berapa masa yang terluang dengan keluarga.
Sebenarnya, jangan salahkan kita yang bekerja keras demi keluarga. Percayalah, semua ini dilakukan demi keluarga tersayang. Mungkin nampak seperti tidak peluakan pada keluarga. Hakikatnya, semua ini adalah untuk mereka juga.
Kita tidak tahu dengan keadaan inilah, rezeki bertambah dan pada masa hadapan masa bersama mereka lebih baik lagi. Seperti apa yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami JANGAN BANGGA Kalau Isteri Berdikari, Ada Sebabnya Dia Uruskan Sendiri, Hati-Hati!
SUAMI Yang BAIK Bila Dia Tidak Pernah Lupa Orang Bersamanya WAKTU SUSAH
Info Lebih Menarik DI SINI
Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan kalian yang kerja keras, keluar pagi-pagi balik malam kemudian dah berpenat-penat, Sabtu Ahad pun masih nak kena kerja, balik rumah sambung lagi.
Kita elaklah bercakap ayat ini “apa yang kau kejar sangat, tu semua dunia, pentingkan keluarga kau tu, kerja tak habis, ini muka anak pun tak sempat tengok.”
Orang yang berusaha keras ini, hati dia jauh lebih melekat kepada keluarga berbanding kita yang konon di kata balik awal sebab nak duduk dengan keluarga.
Mereka ini tahu, masa muda beginilah kena kerja keras, nak sara anak belajar, berusaha supaya isteri tak payah kerja lagi lepas ini, pastikan emak ayah di kampung ada duit dan nak bantu adik beradik sana sini.
Orang hanya tahu cakap apa yang mereka tak dapat, mereka tak tahu struggle yang mereka sedang lalui.
Jika pasangan kalian jenis kerja keras begitu, hargai dia. Mungkin untuk 5 tahun sahaja.
Selepas itu akan mula dapat sedikit kesenangan. Lepas 10 tahun, mengembaralah sekeliling dunia. Bawa isteri, anak, emak ayah menunaikan umrah dan haji.
Saat orang lain yang duduk sibuk mengata kita suruh balik rumah awal tengok famili waktu muda begini, tengok pula dia apa jadi kepada dia 10 tahun akan datang.
Boleh jadi dia masih di tempat sama.
Cakaplah kepada pasangan, keluarga kita, kawan kita ayat ini “kagumlah aku kau kerja keras hari-hari, kalau kau perlu bantuan aku, cakaplah, aku terinspirasi dengan kau. Rasa nak jadi macam kau juga rajin sana-sini.”
Benar, rezeki kita, Allah tentukan. Allah mutlakkan semuanya. Namun kita juga boleh meminta, berdoa kepada Allah supaya semasa kita muda, kuat dan bertenaga sekarang.
Kita minta dari Allah supaya keluarga kita memahami supaya rakan kita memahami, minta supaya semua yang ada di sekeliling memahami untuk kita dapat lebih dari apa yang ada sekarang demi untuk bantu mereka yang ada di sisi kita.
Kawan-kawan,
Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha, meminta dan sentiasa berharap kepada Dia.
Begitulah.
MW: Moga dijadikan iktibar. Kerja keras bukan bermakna tidak ingat pada keluarga tapi semua ini adah untuk keluarga tersayang.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,
Pesanan untuk diri sendiri juga.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita