Hargailah Nikmat Bahagia Bersama Isteri Yang Allah Bagi, Jangan Bila Ditarik Suatu Hari Nanti Baru Nak Menyesal Bagai

Share

Isteri adalah insan yang patut dihargai setiap masa sebab pengorbanannya cukup besar dalam rumah tangga. Dan hargailah mereka walaupun mereka cuma seorang suri rumah, yang kerjanya tak pernah habis. Namun satu yang patut kaum suami faham, isteri ini wanita yang patut disayangi kerana perasaannya yang sangat lembut dan sensitif.

Lagi teruk ada yang berkira dengan isteri dan anak-anak dan tak fikir pengorbanan isteri. Sama juga dengan situasi yang tular baru-baru ini, ada suami merungut apabila 2% kwsp miliknya bakal ditolak untuk isterinya. Ini golongan nak jimat atau kedekut? Allah, tak luak pun duit kalau berkongsi dengan isteri sendiri.

Nah, untuk jentik sedikit emosi para suami, jemput baca perkongsian saudara Amir Syahir…

“Kenapa dengan kawan kawan abang baik sangat? Dengan saya tanya sikit pun abang nak marah-marah.”

“Saya tanya bila abang nak balik pun abang nak marah-marah.”

“Saya tanya abang dah makan ke belum pun Abang nak naik angin.”

“Dengan kawan-kawan, elok je. Siap boleh bergurau lagi. Kalau kawan tanya elok je abang jawab. Tambah-tambah dengan kawan perempuan tu.”

***

Tuan-tuan macam golongan di atas tak? Ada juga saya jumpa golongan jenis ni. Tak faham saya. Masa bercinta kemain layan makwe elok-elok. Dah kahwin lama, layan isteri macam orang gaji kau pulak.

Kenapa ya suami macam tu. Dengan kawan-kawan pijak semut pun tak mati. Dengan isteri tak boleh silap sikit. Asyik nak melenting.

Isteri tanya je pun. Kau tinggikan suara. Kau jawab acuh tak acuh je. Jawab sambil main telefon je. Mata tak alih langsung pandang muka bini. Laman sosial jugak menarik minat kau lagi daripada layan bini kau tu.

Isteri Sanggup Berkorban Dan Berdoa

Tahu tak, hargai isteri tu lebih mulia dan baik. Isteri itu yang doakan kau siang dan malam. Yang sanggup berkorban segala-galanya untuk kau.

Hargailah nikmat bahagia bersama isteri yang Allah bagi saat ini. Jangan bila Allah tarik suatu hari nanti baru kau akan menyesal dan merana jiwa.

Kalau boleh layan kawan dengan baik, dengan isteri kena layan seratus kali lebih baik. Kerana dia sanggup bersusah senang dengan kau. Kerana dia tidak pernah jemu menyediakan makan minum untuk kau.

Jika ditakdirkan kau sakit dan tidak berdaya suatu hari nanti, isteri yang selalu kau marahi itulah yang akan menjaga kau siang dan malam. Isteri itulah yang akan setia di sisi tanpa mengeluh sedikit pun.

Janganlah abaikan sedikit pun perasaan isteri kau. Jangan sedikit pun sakiti hati orang yang pernah banyak kali berjuang, berkorban nyawa untuk kau. Berlembutlah dengannya.

Hargailah dan muliakanlah dia. Dia adalah ibu kepada anak-anak kau. Dia adalah jalan pahala buat kau. Dia adalah jalan syurga buat kau.

Bersyukurlah kerana dia sanggup menerima kau yang serba kekurangan. Bersyukurlah kerana Allah izinkan kau untuk hidup berkelurga bersama anak dan isteri tercinta.

Di bulan Ramadan yang mulia ni, elok la kita berubah ke arah kebaikan. Layanlah isteri seperi pemaisuri, jangan layan serupa orang gaji je.

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar R.A pernah ditanya oleh salah seorang sahabat. “Apakah yang Nabi lakukan ketika berada di rumah bersama isterinya?” Ia menjawab, “Dahulu Nabi boleh membantu buat kerja rumah dalam keluarga.” (HR. Bukhari).

Membantu buat kerja rumah keluarganya pastinya berkait apa saja yang boleh senangkan kerja isteri. Contoh mudah seperti mencuci pakaian, menjemurkan pakaian, menyapu rumah dan memandikan anak-anak.

Moga manfaat.

Published by
Nadia