Hargai Saat Bersama Pasangan, Suami Kehilangan Isteri Kongsi Nasihat PENTING Ini!

Share

Betapa dalam rumahtangga, hargailah setiap detik berharga bersama pasangan. Ajal kematian tidak dapat diduga, akan tiba masa pasangan meninggalkan kita tanpa sebarang pesan. Penting sebagai suami isteri untuk saling menghargai dan menjaga hati pasangan. Ini kerana hanya kenangan manis bersama yang akan kekal menjadi tanda ingatan.

Jemput baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini sebagai panduan kita dalam rumahtangga.

Ada kawan facebook. Dia follow semua menu saya. Dia ambil cuti,Dia pergi beli barang-barang dapur. dia potong daging,dia masak dan hidangkan nasi beriani. Dia hantar gambar kepada saya makanan terhidang diatas meja. Depan dia ada 3 orang anak.

Lepas tu saya tanya dia. Wife cakap apa bro? saya macam tak sabar nak dengar apa ucapan wife beliau. Mesti wife dia puji melangit.

Selang beberapa hari barulah beliau reply mesej saya. Jawapan beliau buatkan saya sebak. Rupanya isteri beliau meninggal setahun yang lepas akibat kanser pangkal rahim.

gambar hiasan

Sekarang segala urusan anak anak beliau dibawah tanggungjawab beliau sendiri. A-Z beliau uruskan. Mak ayah ada nak tolong jaga anak anak. Tapi beliau menolak atas permintaan isteri supaya jaga anak anak,jangan susahkan sesiapa dalam membesarkan anak anak.

Saya terus hubungi beliau. Lama kami bersembang. Saya minta izin nak kongsi kisah beliau ini di facebook. Antara yang beliau nasihat saya.

“Hargai saat bersama pasangan”

Pertama

Hargai 1 jam pertama apabila berada di rumah.

Kedua

Balik rumah jangan bawa segala kesibukan kita di pejabat. Jika kita bos dipejabat,tidak dirumah,kita suami,kita ayah.

Ketiga

Dengar pandangan isteri. Isteri ini kadang kadang pandangan dia lebih baik dari rancangan kita. Pandangan isteri ikhlas dari hati,orang lain belum tentu.

Keempat

Jangan banyak bagi arahan kepada isteri,isteri tahu apa tanggungjawab dia,sebaliknya banyakkan khidmat kepada isteri. Apabila kita selalu bersama isteri buat segala kerja rumah,mata sekeliling akan memandang. Iaitu anak anak. Anak anak akan jadi bangga,malu jika tidak mencontohi ayah,terutama anak lelaki.

Kelima

Jangan marah atau tegur isteri depan anak anak. Nanti anak akan guna kaedah yang sama untuk lawan cakap ibu mereka. Mereka fikir jika ayah tegur ibu,kami juga boleh tegur ibu.

Dan terakhir

Selalu nasihatkan isteri baca Al Quran setiap hari,taat suami,jaga solat awal waktu,buat segala urusan rumah tangga kerana Allah. Isteri ini kena selalu beri nasihat. Buat amal bukan kerana nak dapat pujian dari suami,bukan kerana nak tunjuk kepada suami.

Paling saya rasa sebak. Rupanya dia buat satu group whatsapp kelas Al Quran dengan isteri beliau. Dan sekarang boleh dikatakan setiap hari beliau akan dengar bacaan Al Quran yang dialunkan oleh isteri.

Subhanallah. Hargai pasangan kita. Hargai selagi Roh masih dijasadnya. Akan tiba suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan orang yang tercinta. Jika bukan isteri,suami akan mati pergi dahulu.

Yang kita harap hanya satu. Moga bertemu disyurga Allah.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Baca lagi Disini: Terlambat Hargai Isteri, Sebab Stress Akhirnya Pembuluh Darah Pecah

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, hargailah saat bersama pasangan selagi mana ‘dipinjamkan’ tuhan. Peritnya kehilangan orang yang tersayang, ibarat rindu yang tiada penghujungnya.

Sumber: Muhammad Hassan

Published by
Suhaidah Abd Wahab