Pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu sangatlah luarbiasa.Biarpun dihimpit rasa keletihan dan kepenatan, semangat dan tenaganya dalam menguruskan anak-anak serta rumahtangga, hanya demi memastikan segalanya serba serbi sempurna.
Ramai yang mengetahui, pengacara Aidid Marcello, 38, telah mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola. Sepanjang tempoh pemulihan tersebut, pengorbanan isterinya, Norzie Pak Wan Chik,43 setia menjaga suami tersayang agar kembali sihat dan sembuh seperti sediakala, meskipun penat dan kena bekerja.
Baru-baru ini Aidid ada memuat naik gambar isteri tersayang yang sedang membaca berita didalam posting Instagramnya. Gambar tersebut jelas kelihatan raut wajah Norzie yang keletihan dan kepenatan. Menghargai pengorbanan penat lelah isterinya, yang menjaga dirinya dan kena keluar bekerja, Aidid ada berkongsi luahan perasaannya terhadap bingkisan doa buat para wanita yang bergelar isteri dan ibu.
“Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang-kadang sampai umah jam 1 pagi.”
“Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.”
“Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita amin. Saya doakan untuk semua juga”
Terdahulu, Aidid dan Norzie telah mendirikan rumahtangga sekitar bulan Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki.
nurissham Andai semua suami berdoa bagi setiap isteri dan ibu mereka begini alangkah bahagianya wanita-wanita dluar sana.Penat lelah mereka dihargai.
zainalkembarajohor Tahniah aidid terima kasih atas doa untuk isterimu.tersentuh rasa hati isteri kalau suami sangat perihatin.
amysufya_official aminnn pgorbanan isteri sememangnya tiada tandingan, nampak mereka letih tapi untuk kelurga mereka sanggup berkorban apa sahaja.
nooraishamkadir Hargai lah isteri anda.Pengorbanan dia terlalu besar untuk keluarga.
rafidah.rahman Alhamdulillah… Bersyukur Dan beruntung Abg dpt isteri sebaik sis norzie. Semoga ikatan perkahwinan korang Bahagia hingga ke syurga.. Ameen
hspaperbag Pengorbanan seorang isteri memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..memang besar pengorbanan mereka.
ain_emran Amin untuk semua wanita yang berkorban masa untuk family dan bantu ekonomi keluarga.
salawati79 Pengorbanan isteri terlalu banyak..isteri tak dapat hadiah pun xpe, sekadar dapat pujian dan doa dari suami pun dah memadai.
Mingguan Wanita ucapkan semoga Aidid cepat sembuh serta tahniah kerana menghargai pengorbanan wanita bergelar isteri dan ibu. Buat para suami boleh contohi sikap Aidid ni, rajin-rajinkanlah perhatikan isteri, lihat kepenatan dan pengorbanannya dalam menguruskan rumahtangga demi memastikan segalanya sempurna.
Baca Disini:
“2 Kali Saya Dimasukkan Ke OT Untuk 2 Perkara Yang Berbeza…” Aidid Marcello
Sumber: Instagram Aidid Marcello