Harga tiket  RM113,801, lelaki kongsi rasa teruja bakal saksi final Piala Dunia 2022 Qatar. Sesekali bila lelaki berbelanja memang luar biasa. Malam esok akan berlangsung pertarungan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Dua pasukan bekas juara Piala Dunia iaitu Perancis dan Argentina akan berentap menentukan juara pada jam 11 malam waktu Malaysia.

Puluhan ribu penyokong kedua pasukan sudah berada di Qatar, negara Islam pertama yang diberi peluang dan ternyata Qatar dilihat begitu cemerlang menganjurkan sukan bertaraf dunia yang diadakan empat tahun sekali ini.

Harga Tiket RM113,801, Lelaki Kongsi Rasa Teruja Bakal Saksi Final Piala Dunia 2022 Qatar

Dikatakan Qatar menerima 2.45 juta pengunjung di peringat awal perlawanan yang mana ia satu angka sangat luar biasa kerana Qatar hanya menyasarkan sekitar sejuta pengunjung sahaja. Pastinya masing-masing teruja dalam debar menanti siapakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Al-Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA

Ads

Aksi Gadis Berhijab Buat Freestyle Di World Cup Qatar Kagumkan Ramai Lelaki, Power Timbang Bola

Dalam pada itu, pasti ramai yang ingin tahu berapakah nilai harga tiket Piala Dunia 2022 yang bakal berlansung di Stadium Lusail, Qatar yang bermula jam 6 petang waktu Qatar . Bukan kaleng-kaleng harga ya kerana harga tiket pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dijual pada harga yang berbeza.

Ads

Untuk makluman para isteri, minat luar biasa orang lelaki bukan murah sebaliknya mencecah RM113,801 untuk tempat duduk biasa. Dan tiket hanya dijual sebanyak 80,000 ribu tempat duduk sahaja. Dan demandnya sangat tinggi. Siapa cepat dia dapat.

Harga Tiket RM113,801, Lelaki Kongsi Rasa Teruja Bakal Saksi Final Piala Dunia 2022 Qatar
Tiket ini dibeli oleh seorang individu yang sudah pun terbang ke Qatar untuk saksikan akhir Piala Dunia 2022

Harga tiket akhir ini berharga RM86,963 dan selepas dicampur cukai sebanyak RM26,811, kos keseluruhan perlu dibayar ialah RM113,801. Jika dibayar dalam euro 24,156. Namun harga tiket ini mengikut kedudukan tempat duduk dan ada mencecah sehingga RM309,304,51 untuk pearl lounge seat atau 57,000 pound sterling. Dan tiket di atas dibeli oleh seorang individu bertuah yang bakal menyaksikan akhir Piala Dunia 2022 dan beli melalui sistem online.

Ads

Rezeki bagi yang minat dan punya banyak duit untuk terbang ke Qatar menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 malam esok.

Jika orang perempuan membelanjakan puluhan atau ratusan ribu membeli beg tangan berjenama dan sesekali bila suami berbelanja mahal sebegini untuk tempoh empat tahun sekali, jangan marah-marah ya. Sebaliknya sokonglah. Baru dikatakan saling hormat menghormati.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI