Harga Makanan Di Cameron Highlands Cekik Darah, Lelaki Luah Makan Tomyam Kena RM85

Share

Harga makanan di Cameron Highlands cekik darah, lelaki luah makan tomyam kena RM85. Bila sebut pusat peranginan Cameron, pasti selain udaranya yang sejuk, buah strawberi disalut coklat, nasi lemak strawberi, antara lain pastinya jalan sesaknya setiap kali hujung minggu atau ada cuti perayaan.

Kadang pengunjung menghabiskan masa berjam-jam mengadap jem terutama di kawasan Kea Farm yang mana ia menjadi tumpuan untuk membeli belah. Namun di sebalik tempat pelancongan terkenal, luahan seorang ketua keluarga @pokteh_rajin di tik toknya tentang harga makanan melampau di mana peniaga cekik darah menjadi viral  di media sosial.

Harga Makanan Di Cameron Highlands Cekik Darah

Ini selepas dirinya berkongsi bagaimana peniaga di CH mengambil kesempatan di atas percutian orang ramai dengan menggandakan harga makanan yang disifatkan tidak masuk akal.

Dalam video dikongsikan dan menjadi viral dengan tontonan 2 juta orang, Pok Teh memaklumkan dia yang memilih untuk bercuti 4 hari 3 malam di CH terpaksa membatalkan niatnya  dan balik lebih awal hanya 2 hari 1 malam selepas harga makanan dan hotel dinaikkan berganda-ganda.

@pokteh_miskin #fyp #fyp #fyp ♬ bunyi asal – pokteh_rajin

Bermula dari harga pakej apartment, semasa booking dalam talian, harga dinyatakan cuma RM200 tapi apabila sampai sudah naik RM280 semalam.

Lelaki Luah Makan Tomyam Kena RM85

Tapi yang lebih mengejutkan harga makan malam iaitu tiga hidangan nasi putih, satu kangkung goreng belacan, satu telur dadar dan semangkuk tomyam  selain fresh oren, teh panas dan teh o limau menelan kos RM85 untuk tiga orang.

Situasi tersebut disifatkan terlampau mahal dan berbeza dengan di kawasan kediamannya yang mana dia boleh memesan seekor ikan siakap dengan kos setinggi itu.

“Taubat dah tak nak ke CH lagi, harga melampau-lampau. Kita datang bercuti tapi ditekan oleh peniaga yang cekik darah. Tahun lepas pergi bercuti di sini sekitar RM600 lebih tapi kali ini kena RM1470 hanya untuk makanan dan penginapan.

“Adalah buah strawberi sikit, baju sehelai, lain tak ada tapi kos dikeluarkan terlampau tinggi.

Pok Teh turut berkongsi bagaimana di hujung minggu peniaga sengaja menaikkan harga tinggi kerana tahu ramai pengunjung.

“Bayangkan beli roti john hari Jumaat harga RM9, pergi lagi kedai yang sama hari Sabtu dah naik RM12. Betul-betul mahal katanya yang berkali-kali tidak akan jejak kaki lagi ke tanah tinggi ini lagi.

Tak hairanlah orang ramai lebih gemar melintas sempadan menuju ke Thailand kerana hotel dan makanannya masih berpatutan dan lebih enak sekaligus merugikan ekonomi pelancongan negara jika situasi begini tidak dikawal oleh pihak berwajib.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Beli Strawberry Cameron, Godek-Godek Buat PAVLOVA Versi Air Fryer!

Percutian Ke Cameron Highlands BERAKHIR Tragedi, 7 Ahli Keluarga Meninggal. Kereta Bertembung LORI

Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah, Rasa Macam Dari ‘Cameron’ Walhal Benih Kedai Eco

Datang Sini Kalau Nak Petik Anggur Manis, Ladang Tersembunyi Di Cameron Highlands

Datang Sini Kalau Nak Petik Anggur Manis, Ladang Tersembunyi Di Cameron Highlands

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros